Skip to content

6 KAFE TEMPATAN UNTUK LEPAK SEMPENA HARI MALAYSIA

6 KAFE TEMPATAN UNTUK LEPAK SEMPENA HARI MALAYSIA

Kongsikan artikel ini

Hari Malaysia tahun ini boleh dipenuhi dengan meluangkan masa bersama orang terdekat di kafe-kafe tempatan yang menjadi pilihan GLAM Lelaki. 

Sambutan Hari Malaysia bukan sahaja tentang mengenang sejarah dan menghargai perpaduan, tetapi juga masa terbaik untuk meraikan kebersamaan bersama keluarga serta rakan-rakan. Apa cara yang lebih santai dan menyeronokkan kalau bukan dengan melepak di kafe tempatan yang penuh karakter? Lebih-lebih lagi untuk hujung minggu yang panjang ini. Dari kafe bergaya moden hingga ruang berkonsepkan tradisional, pilihan kafe di Malaysia hari ini bukan sekadar tempat menjamu selera, tetapi juga destinasi untuk menikmati kopi istimewa, mencuba pencuci mulut unik, atau sekadar berbual panjang dalam suasana mesra. Sempena Hari Malaysia ini, GLAM Lelaki senaraikan 6 kafe tempatan yang sesuai untuk anda kunjungi—bukan sahaja untuk mengisi perut, malah untuk merasai sendiri kepelbagaian budaya dan kreativiti yang membentuk identiti negara.

#1 hétam+

Hetam, yang terletak di kawasan Bangsar, menjadi pilihan ramai kerana menawarkan rasa kopi dan pastri yang cukup istimewa. Terletak di PJ Trade Centre, hétam+ merupakan salah satu kafe kegemaran anak muda, lebih-lebih lagi untuk melepak. Ruang yang luas dan selesa menjadikan hétam+ tempat yang sempurna untuk berbual, serta membuat kerja. Antara menu kegemaran ramai di situ sudah tentu tiramisu mereka. Gabungan manis mascaporn dan pahit espresso mereka menjadikan manisan itu kegemaran ramai. Recommendation penulis GLAM Lelaki? Sudah tentu minuman girpapas seasalt chocolate mereka. Menu kopi mereka turut menarik, kerana sudah tentu itu ialah kepakaran mereka. Minuman unik seperti tiramisu latte serta blackforest latte turut menonjolkan lagi keunikkan kafe ini. Board games yang tersedia menjadikan kafe ini port untuk melepak hingga lewat malam.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by hétam® (@jomhetam)

#2 Pucks Coffee

Tersorok di lorong sunyi tidak jauh dari jalan utama pusat bandar, Pucks Coffee membuatkan anda rasa seolah-olah melangkah masuk ke ruang tamu sendiri. Hidangan kopi di sini seimbang dan kaya dengan rasa, dihidang dengan penuh gaya. Yang lebih menarik, Pucks Coffee dibuka hingga pukul 12 pagi, memberi anda waktu lebih lama untuk lepak.  Waktu malam ruang ini bertukar menjadi pusat sosial meriah lengkap dengan permainan papan dan minuman istimewa. Antara menu kesukaan penulis GLAM Lelaki disitu ialah kek batik matcha mereka. Adunan manis kek batik bersama pahit matcha cukup seimbang, melengkapkan masa melepak anda. Keistimewaan sebenar Pucks terletak pada suasana komuniti yang begitu kuat—seakan gabungan antara kafe dan kelab kreatif. Di sinilah barista, pemuzik, seniman dan penunggang motosikal berkumpul dalam ruang yang sengaja direka untuk menghubungkan orang ramai.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Pucks Coffee (@pucksandfriends)

Baca: KERETAPI SARONG 2025: SEGALANYA ANDA PERLU TAHU

#3 Bijou Cafe

Terletak di Ara Damansara, Bijou Cafe antara yang menjadi pilihan anak muda sekarang. Sempena Hari Malaysia, kafe tempatan seperti inilah yang perlu kita sokong. #SupportLokal! Suasana santai dan sejuk di kafe ini bukan sahaja membuatkan ia tempat yang sesuai untuk melepak, malah untuk membuat kerja. Bijou Cafe digambarkan sebagai sebuah rumah kaca berestetik yang baru direnovasi, menawarkan menu pelbagai serta pencuci mulut yang memikat selera. Menu-menu minuman mereka juga pelbagai dan amat unik. Pencuci mulut yang sedang tular seperti banana pudding turut dijual disini!

#4 Bean Brothers

Terletak di empat lokasi, satu lokasi mereka sangat terkenal. Tersembunyi di kawasan perindustrian Sunway Damansara, kafe destinasi ini terletak di hujung kejiranan. Dari bar espresso dan bancuhan yang dikhaskan untuk menghasilkan kopi terbaik, hinggalah ke meja-meja yang sesuai untuk sahabat dan keluarga. Bean Brothers menyediakan banyak ruang untuk menikmati secawan kopi panas, hidangan mengenyangkan, serta perbualan santai penuh mesra. Ruang dalaman kafe ini menjadi salah satu faktor keistimewaan mereka. Bean Brothers mengekalkan elemen industri seperti keluli, kayu dan mentol terbuka. Bukaan besar antara tingkat bawah dan tingkat satu pula mewujudkan seolah-olah sebuah pentas yang menonjolkan barista mereka. Cukup unik!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BEAN BROTHERS (@beanbrothers.my)

Baca: 5 WAJAH LELAKI MASA KINI MENJADI REBUTAN JENAMA LOKAL

#5 Didi’s Cafe & Bakery

Di Didi’s Café and Bakery yang bertempat di Wangsa Maju, anda akan menemui kopi istimewa serta pastri segar dengan sentuhan unik yang sukar didapati di tempat lain. Di sini, sajian klasik Eropah diberi nafas tempatan melalui ciptaan seperti croizza rendang dan ciabatta berintikan masak lemak. Cukup sinonim dengan Hari Malaysia! Antara yang paling menarik ialah ciabatta masak lemak—ayam yang dicarik halus dimasak dalam kuah masak lemak pedas masam, kemudian disumbat ke dalam roti Itali rangup. Isian kuning terang itu kelihatan kuat, tetapi sebenarnya tidak berminyak dan cukup menyelerakan. Pada malam merdeka kelmarin, penulis GLAM Lelaki sempat lepak di Didi’s Cafe & Bakery untuk merasai ciabatta masak lemak mereka. Approved!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Didi’s (@didisonaroll)

#6 Whatever Works Coffee

Whatever Works Coffee ialah kafe yang cukup memikat. Kafe ini diusahakan oleh sebuah keluarga dan berkongsi kawasan dengan Classic Malay House Airbnb, kurang daripada sepuluh minit dari KLCC. Hidangan kopi dan pastri di sini cukup memuaskan, manakala persekitarannya yang berkonsepkan kampung menyerlah dengan gaya Balinese-Bohemian yang unik. Terdapat pelbagai board games yang tersedia, cukup sesuai untuk lepak bersama rakan-rakan pada hujung minggu yang panjang ini. Dari minuman berkopi hingga ke strawberry matcha yang viral serta manisan menarik, semua tersedia di sini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Whatever Works Coffee (@wwcoffee.co)

Pautan berkaitan: 5 JENAMA FESYEN LOKAL PILIHAN GLAM LELAKI

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

KERETAPI SARONG 2025: SEGALANYA ANDA PERLU TAHU

KERETAPI SARONG 2025: SEGALANYA ANDA PERLU TAHU

Bacaan Lanjut

7 HERO MALAYA MASA KINI PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut