Skip to content

6 KOSTUM HALLOWEEN IKONIK SELEBRITI LELAKI SEMPENA HARI HALLOWEEN!

10 KOSTUM HALLOWEEN IKONIK SELEBRITI LELAKI SEMPENA HARI HALLOWEEN!

Kongsikan artikel ini

Musim Halloween seringkali diserang dengan kostum-kostum ikonik dari selebriti lelaki seluruh dunia, dengan oenuh gaya.

Bulan Oktober bukan sahaja sinonim dengan daun luruh dan labu berukir, tetapi juga waktu di mana dunia hiburan  bertukar menjadi pentas penuh imaginasi. Halloween season! Dari pesta mewah Hollywood hingga ke acara santai bersama rakan-rakan, selebriti lelaki semakin berani bermain dengan fesyen luar batas. Ia menzahirkan sisi kreatif dan humor mereka melalui kostum Halloween yang luar biasa.

Tahun demi tahun, kita menyaksikan bagaimana bintang-bintang lelaki global menolak sempadan gaya.  Ada yang tampil misteri, ada yang memilih humor, malah ada juga yang tampil dengan gaya penuh keberanian hingga menjadi perbualan hangat di media sosial. Halloween bukan sekadar tentang menakut-nakutkan, tetapi kini menjadi ruang ekspresi diri, di mana selebriti membuktikan bahawa mereka juga punya sisi imaginatif yang tak terduga.

Dari Chanyeol yang menjelma sebagai Iron Man hingga Harry Styles yang tampil mempesonakan sebagai Dorothy, berikut ialah 10 kostum Halloween paling ikonik yang pernah digayakan selebriti lelaki. Ini menjadi bukti bahawa gaya dan personaliti boleh bersatu dalam satu malam yang penuh fantasi.

#1 Chanyeol (EXO) – Iron Man

Image

Sebagai antara ahli EXO yang terkenal dengan gaya karismatik dan minat terhadap karakter fiksyen, Chanyeol benar-benar menghidupkan semangat Tony Stark. Dengan sut Iron Man yang hampir menyerupai versi filem, lengkap dengan pencahayaan LED dan perincian logam yang mengagumkan, Chanyeol membuktikan bahawa Halloween juga boleh jadi sebuah pentas pahlawan moden.

#2 Justin Timberlake – Lego Robin

Siapa sangka bintang pop terkenal ini sanggup ‘turun ke tahap Lego’? Bersama isterinya Jessica Biel dan anak mereka, Justin memilih tema Lego Batman, dengan dirinya sebagai Lego Robin. Lucu, comel dan penuh semangat keluarga. Inilah sisi fun Justin yang jarang kita lihat. Ia bukan sekadar kostum, tapi juga simbol bagaimana Halloween menyatukan generasi dalam dunia penuh imaginasi.

#3 The Weekend – Beetlejuice

Jika ada anugerah untuk kostum paling berani, The Weeknd pasti tersenarai. Menyamar sebagai Beetlejuice, penyanyi itu tampil dengan rambut kusut, solekan seram, dan sut berjalur hitam putih yang ikonik. Aura misteri dan karisma beliau menjadikan karakter ini terasa so on brand. Sedikit gila, sedikit pelik, tapi sangat stylish.

#4 Poom – Detective Conan

Bintang Thailand ini mencuri tumpuan dengan pilihan kostum yang unik, Detective Conan! Dengan blazer biru, bow tie merah, dan cermin mata, Poom membawa nostalgia zaman kanak-kanak terus ke dunia nyata. Gaya polos namun penuh kecomelan ini membuktikan bahawa tak semua kostum Halloween perlu menyeramkan.

#5 Key (Shinee) – Voldermort

Image

Key sememangnya dikenali sebagai antara ikon fesyen paling eksperimental dalam K-pop. Kostum-kostum Halloweennya tidak pernah mengecewakan. Tampil sebagai Voldemort, lengkap dengan solekan pucat, kepala botak tiruan, dan jubah hitam menjuntai, Key menunjukkan dedikasi penuh terhadap karakternya. Seram, tapi penuh gaya. Hanya Key yang mampu menjadikan penjahat paling ditakuti di dunia sihir kelihatan begitu elegan.

#6 Chenle (NCT) – The Nun

Image

Jika ada anugerah untuk kostum paling menyeramkan buat SM Town, Chenle mungkin pemenangnya. Ahli NCT ini memilih The Nun, watak ikonik dari siri seram The Conjuring. Dengan mata hitam legam dan ekspresi kosong, penampilannya membuat ramai peminat menjerit dan ketawa secara serentak. Siapa sangka wajah comel Chenle boleh berubah jadi mimpi ngeri malam Halloween?

#7 Younghoon & NEW (The Boyz) – Victor Van Dort & Emily

Image

Pasangan Halloween duo paling romantik semestinya atuh kepada Younghoon dan New, yang tampil menawan sebagai Victor Van Dort dan Emily dari filem animasi Corpse Bride. Dengan solekan biru pucat, pakaian vintaj dan ekspresi melancholic, kedua-duanya mempamerkan sinematografi Halloween dalam bentuk sebenar. Menyeramkan tetapi indah.

#8 Harry Styles – Dorothy

Tidak lengkap senarai ini tanpa sentuhan luar jangka daripada Harry Styles. Menjadi Dorothy dari The Wizard of Oz, penyanyi ini tampil dengan gaun biru kotak serta kasut merah berkilat. Berani, lucu dan penuh keyakinan. Harry membuktikan bahawa gaya sebenar lahir daripada keberanian untuk berseronok dan tidak terlalu serius.

#9 Josh Duhamel – Karl Lagerfield

Pelakon kacak ini memilih sesuatu yang lebih chic daripada seram. Dia tampil sebagai pereka fesyen legenda, Karl Lagerfeld. Dengan sut hitam, sarung tangan kulit, dan cermin mata gelap, Josh memberi penghormatan kepada ikon gaya yang telah banyak membentuk dunia fesyen moden. Halloween tak semestinya tentang darah dan labah-labah. Kadang kala, ia boleh jadi haute couture.

#10 Q (The Boyz) – Chucky

Menutup senarai ialah Q, yang menghidupkan semula patung pembunuh paling ikonik, Chucky! Dengan baju belang, overall denim dan rambut jingga kusut, Q memberi sentuhan baru pada karakter klasik itu. Walaupun menakutkan, pesona Q tetap terserlah, menjadikan Chucky versi K-pop ini kelihatan lebih charming daripada menyeramkan. Cukup sesuai dengan karakternya yang seperti Chucky itu.

Pautan berkaitan: LECLERC TERKEJUT GEMBIRA DENGAN PODIUM MENDADAK DI MEXICO, FERRARI NAIK KE TEMPAT KEDUA DALAM KEJUARAAN PASUKAN

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

rambut selebriti lelaki

6 HAIR STYLISTS YANG PAKAR GAYA RAMBUT LELAKI

Bacaan Lanjut

MACAM KEMBAR! SELEBRITI LELAKI BERSAMA ANAK LELAKI YANG WAJAHNYA SALING TAK TUMPAH

Bacaan Lanjut
GAYA SELEBRITI LELAKI DI KARPET MERAH GOLDEN GLOBES 2025

GAYA SELEBRITI LELAKI DI KARPET MERAH GOLDEN GLOBES 2025

Bacaan Lanjut
FAKTA MENGENAI AKTOR LEE JI HAN, MANGSA TRAGEDI HALLOWEEN ITAEWON

FAKTA MENGENAI AKTOR LEE JI HAN, MANGSA TRAGEDI HALLOWEEN ITAEWON

Bacaan Lanjut
LUANGKAN MUSIM HALLOWEEN DENGAN FILEM NETFLIX WAJIB TONTON INI

10 FILEM WAJIB TONTON SEPANJANG MUSIM HALLOWEEN INI

Bacaan Lanjut
NIGHTS OF FRIGHT 8 KEMBALI MENGHANTUI AKHIR SEPTEMBER INI

NIGHTS OF FRIGHT 8 KEMBALI MENGHANTUI OKTOBER INI

Bacaan Lanjut