Skip to content

7 ACARA DI KUALA LUMPUR HUJUNG MINGGU INI

7 ACARA DI KUALA LUMPUR HUJUNG MINGGU INI

Kongsikan artikel ini

Hujung minggu di Kuala Lumpur akan sentiasa dipenuhi dengan acara-acara menarik buat peminat konsert, makanan mahupun seni. 

Kuala Lumpur tidak akan pernah tidur. Setiap hujung minggu, bandar ini menjadi pentas pelbagai aktiviti menarik yang memenuhi citarasa berbeza. Sama ada anda seorang pencinta muzik yang mahu menikmati persembahan secara langsung, penggemar seni yang ingin meneroka pameran kreatif, atau ‘foodie’ yang memburu hidangan baharu di bazar dan festival makanan. Kuala Lumpur sentiasa ada acara yang menanti setiap hujung minggu. Dengan suasana bandar yang penuh energi, deretan acara ini bukan sahaja menghiburkan, malah menjadi peluang untuk bersosial, mencipta kenangan, dan merasai denyut nadi kehidupan kota. Jadi, sebelum anda merancang hujung minggu, jom lihat 7 acara pilihan yang patut masuk dalam kalendar anda kali ini.

#1 Pameran Ulang Tahun Penhaligon’s Ke-155

Bertempat di Silverfox Kuala Lumpur, jenama wangian Penhaligon’s mengadakan pameran eksklusif sempena ulang tahun ke-155. Wangian pertama jenama ini, dan satu-satunya yang direka oleh William Penhaligons, Hammam Bouquet turut dipamerkan di pameran ini. Setiap wangian ini dapat dihidu agar pengalaman menggunakan wangian Penhaligon dapat dirasai sepanjang hujung minggu ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Lelaki (@glamlelaki)

#2 Pameran Seni Galeri Ilham

Menggodam. Pameran seni di Galeri Ilham yang bakal mula berlangsung pada 17 Ogos 2025 ini. Dikurasi oleh Roopesh Sitharan dan Gunalan Nadarajan, Menggodam ialah sebuah pameran yang menampilkan kecerdikan budaya dalam menghayati dan membayangkan semula teknologi melalui karya 9 orang seniman dari seluruh Asia Tenggara.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ilham KL (@ilhamgallerykl)

#3 Riizing Loud in Kuala Lumpur

Kumpulan lelaki dari Korea Selatan, Riize bakal mengadakan konsert pertama mereka di Malaysia pada 16 Ogos 2025, bertempat di Idea Live KL. Briize, sediakan lightstick anda dan tiket sebelum anda melompat bersama Riize Sabtu ini! Malaysia merupakan hentian Asia Tenggara pertama Riize.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by iMe Malaysia (@ime.malaysia)

#4 The Swifties Night

Run For Cover Fest & MS Cassie KL bawakan 4 jam penuh lagu-lagu Taylor Swift tanpa henti buat anda. Set DJ, persembahan akustik secara langsung & suasana penuh energi buat Swifties, peminat-peminat Taylor Swift. Bertempat di MS Cassie, Desa Sri Hartamas, KL pada 16 Ogos 2025 ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Run For Cover (@runforcoverfest)

#5 The Comedy Mixtape

Dengan hanya RM30, sertai pelawak terkenal termasuk Siva Prakash, Wendy, dan ramai lagi untuk malam open mic yang pasti buat anda ketawa tidak henti. Cara terbaik untuk rileks bersama rakan-rakan sambil menikmati persembahan stand-up comedy terbaik di KEDAI KL, Mahsa Avenue.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by What’s on KL (@whats.on.kl)

#6 Nostalgia Merdeka

Dibawakan oleh Pasar Minggu, Nostalgia Merdeka bakal hadir di hari minggu anda sempena menyambut bulan kemerdekaan. Bermula dari 15 hingga 17 Ogos, nikmati makanan, minuman, aksesori serta jenama-jenama tempatan yang bakal merambangkan mata anda.

#7 Good Coffee Festival 2025

Good Coffee Festival kembali untuk tahun ini buat peminat-peminat kopi di Kuala Lumpur. Kali ini bertempat di Campus Ampang, lebih 40 jenama kopi bakal berada di acara ini. Bukan sahaja jenama kopi tempatan, malah jenama kopi dari antarabangsa seperti Hong Kong dan Jepun turut terbang ke Kuala Lumpur hujung minggu ini.

Pautan berkaitan: NAK SEAT TENGAH! INI FILEM PALING ‘HOT’ BULAN OGOS!