7 ‘BOY GROUP’ HANGAT GENERASI KE-5 K-POP
Generasi ke-5 K-Pop telah mula mengambil alih perhatian peminat global dengan bakat luar biasa serta konsep yang unik.
Industri K-Pop sentiasa berevolusi dengan kemunculan generasi baharu yang membawa warna dan identiti tersendiri. Dari vokal mantap hingga persembahan bertenaga, kumpulan-kumpulan lelaki generasi ini bukan sahaja mewarisi semangat K-Pop terdahulu, malah mencipta arah baharu dalam dunia hiburan. Dalam artikel ini, kami senaraikan 7 boy group paling hangat daripada generasi ke-5 K-Pop yang sedang mencuri perhatian GLAM Lelaki dan orang ramai, sama ada dari segi konsep muzik inovatif, populariti mendadak, atau keunikan identiti mereka.
#1 BOYNEXTDOOR
Berada di bawah label K’Oz Entertainment yang diasaskan oleh idol generasi kedua Zico, BOYNEXTDOOR adalah antara boy group yang cukup hangat dari generasi ke-5 K-Pop. Sungho, Riwoo, Jaehyun, Taesan, Leehan, dan Woonhak dikenali dengan imej ‘budak lelaki sebelah rumah’ yang menjadi identiti mereka dalam kumpulan ini. Debut pada tahun 2023, mereka mentakrifkan karya mereka sebagai muzik yang mudah didengar dengan fokus tema kepada kehidupan harian. Bakat mereka dalam menulis lagu sendiri juga tidak mampu dinafikan. Dengan genre unik, lagu mereka boleh dilihat mendapat inspirasi dari beberapa lagu Block B, kumpulan CEO mereka, Zico.
#2 Riize
Juga debut pada tahun 2023, boy group dari syarikat besar SM Entertainment ini cukup sinonim dengan konsep ‘coming of age’ mereka. Selain itu, konsep emotional pop mereka menumpukan kepada ekspresi pelbagai emosi melalui muzik yang diinspirasikan oleh pengalaman harian. Terdiri daripada enam ahli, Shotaro, Eunseok, Sungchan, Wonbin, Sohee dan Anton. Seunghan merupakan bekas ahli Riize, yang masih disayangi peminat dan diharap untuk kembali ke kumpulan itu. Riize bakal membuat kemunculan di Malaysia buat pertama kalinya untuk jelajah dunia mereka pada 16 Ogos 2025.
#3 ZEROBASEONE
Ditubuhkan melalui program realiti Boys Planet, ZEROBASEONE terdiri daripada 9 ahli yang berjaya meletakkan diri mereka di dalam kumpulan itu. Kim Ji-woong, Zhang Hao, Sung Han-bin, Seok Matthew, Kim Tae-rae, Ricky, Kim Gyu-vin, Park Gun-wook, dan Han Yu-jin merupakan ahli kumpulan itu. Walaupun bakal aktif selama 2 tahun 6 bulan sahaja, boy group generasi ke-5 K-Pop ini cukup disayangi dan ramai yang berharap mereka bakal menjadi satu kumpulan yang kekal. Konsep kumpulan ini berkait rapat dengan nama mereka, merujuk kepada permulaan yang gemilang buat sembilan ahli kumpulan, bermula dari sifar (0) dan berakhir dengan satu (1).
#4 Plave
Antara kumpulan K-Pop yang cukup unik sepanjang sejarah K-Pop, Plave merupakan kumpulan virtual. Debut di bawah label VLAST, mereka terdiri daripada 5 ahli, Yejun, Noah, Bamby, Eunho, dan Hamin. Ramai yang salah faham, ahli PLAVE bukanlah watak yang dihasilkan oleh AI. Mereka menggunakan teknologi motion capture untuk menjejaki pergerakan dan ekspresi setiap ahli manusia di belakang teknologi ini. Gabungan antara K-Pop dan teknologi ini menjadikan mereka unik dan disukai ramai, bukan sahaja dari peminat malah dari selebriti lain seperti G-Dragon, ahli EXO, TXT dan ramai lagi menjadikan mereka antara yang terhangat dalam kalangan boy group generasi ke-5 K-Pop.
#5 xikers
Berada di bawah naungan KQ Entertainment, sama seperti boy group yang cukup terkenal, ATEEZ, xikers mempunyai 10 ahli. Mereka pada asalnya dikenali sebagai KQ Fellaz 2, sebelum debut. Minjae, Junmin, Sumin, Jinsik, Hyunwoo, Junghoon, Seeun, Hunter, Yujun, dan Yechan debut secara rasmi pada bulan Mac 2023. ‘x’ di dalam nama mereka membawa simbol koordinasi dan ‘hiker’ membawa simbol peneroka. Ia juga refleks kepada konsep perjalanan mereka melalui masa dan ruang yang tidak terhingga sebagai boy group.
#6 KickFlip
KickFlip ialah sebuah boy group yang dibentuk melalui program realiti SBS, Loud dan diuruskan oleh JYP Entertainment. Kumpulan ini terdiri daripada tujuh orang ahli iaitu Kyehoon, Amaru, Donghwa, Juwang, Minje, Keiju, dan Donghyeon. Debut mereka dilakukan pada Januari 2025 yang lalu. Digelar sebagai ‘adik kepada Stray Kids’ oleh STAYs, konsep mereka juga cukup muda dan fun. Nama kumpulan ini diambil daripada aksi papan selaju, di mana seseorang memusingkan papan sebanyak 360 darjah sepanjang paksi panjangnya dan mendarat semula di atas papan tersebut, kickflip.
#7 XODIAC
XODIAC ialah sebuah boy group yang dibentuk oleh One Cool Jacso. Kumpulan ini terdiri daripada sembilan orang ahli, Hyunsik, Zayyan, Lex, Beomsoo, Gyumin, Wain, Sing, Davin, dan Leo. Mereka membuat debut rasmi pada April 2023 dengan pelancaran single digital “Throw a Dice”. Salah seorang ahli mereka, Zayyan berasal dari Indonesia dan beragama Islam, menjadikan kumpulan ini terkenal di negara Asia Tenggara.
Pautan Berkaitan: KATSEYE, KUMPULAN WANITA GLOBAL TERHANGAT MASA KINI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
10 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG JULAI 2023
Dari filem “Bird Box Barcelona” kepada siri dokumentari TOMORROW X TOGETHER, laman penstriman utama membariskan 10 rancangan ‘must watch’ sepanjang Julai 2023.
JIMIN PINTAS KEJAYAAN JUNGKOOK DALAM GUINESS WORLD RECORD
Hanya '16 hari' diperlukan Jimin untuk memadam rekod dunia yang dilakar oleh Jungkook dua bulan lalu.
J-HOPE ANGGOTA BTS KEDUA SERTAI LATIHAN KETENTERAAN WAJIB
Selepas empat bulan Jin memasuki kem latihan Korea Selatan, kini giliran J-Hope BTS pula memulakan khidmat ketenteraan wajib selama 18 bulan.
KASUT SNIKER PILIHAN KUMPULAN K-POP, NCT 127
Kumpulan K-Pop popular, NCT 127 dilantik sebagai duta Puma untuk rantau Asia Pasifik dengan pelancaran kasut sniker terbaharu.
BILLBOARD MUSIC AWARDS 2022: BTS PECAH REKOD DENGAN TIGA KEMENANGAN BERSEJARAH
BTS sekali lagi membuka mata dunia dengan tiga kemenangan di Billboard Music Awards 2022 yang berlangsung di Las Vegas.
SKANDAL BURNING SUN: TEMPOH HUKUMAN SEUNGRI DIPENDEKKAN
Kerjaya Seungri melonjak dengan bakat luar biasanya sebagai penyanyi pada 2006 namun malangnya ia berakhir dengan skandal dan hukuman.