7 FILEM DAN SIRI BAHARU DI NETFLIX PATUT TONTON
Filem dan siri baharu dari Netflix sentiasa menjadi penantian ramai, lebih-lebih lagi peminat yang ingin mengisi masa pada hujung minggu.
Setiap minggu, Netflix bakal sajikan rancangan-rancangan baharu untuk ditonton, lebih-lebih lagi pada hujung minggu. Dari drama bersiri hingga filem-filem pawagam, Netflix tidak pernah mengecewakan penonton mereka. Pelbagai genre boleh dilihat, dengan hanya satu klik di Netflix. Dalam keluaran baharu Netflix kali ini, terdapat banyak filem dan siri menarik yang wajib ditonton. Sama ada anda penggemar drama mendalam, aksi penuh adrenalin, atau komedi yang menghiburkan. GLAM Lelaki akan senaraikan tujuh filem dan siri baharu di Netflix yang anda semua patut tonton, untuk mengisi masa lapang.
#1 Kahar: Kapla High Council
Merupakan sekuel kepada drama bersiri Project High Council, filem ini fokus kepada watak Kahar, yang dilakonkan oleh Amir Ahnaf. Menceritakan tentang sebelum terjadinya segala kejadian di drama bersiri Project High Council serta kisah disebalik Kahar sebelum memegang takhta Kapla di KUDRAT. Selain daripada Amir Ahnaf, filem ini juga dilakonkan oleh pelakon-pelakon yang disukai rakyat Malaysia seperti Aedy Ashraf, Sky Iskandar, Fazziq Muqris dan ramai lagi. Kahar: Kapla High Council ditayangkan di pawagam pada 28 November 2024 dan baru ditayangkan di Netflix pada 1 July 2025 yang lalu.
#2 Oppenheimer
Pertama kali ditayangkan di pawagam pada tahun 2023, filem kegemaran ramai Oppenheimer kini turut ditayangkan di Netflix. Dibintangi oleh Cillian Murphy, Robert Downey Jr dan Emily Blunt, filem ini memenangi tujuh anugerah di Anugerah Oscar. Oppenheiment menceritakan tentang J. Robert Oppenheimer, seorang ahli fizik teori Amerika yang membantu membangunkan senjata nuklear pertama semasa Perang Dunia Kedua.
#3 Our Unwritten Seoul
Dibintangi oleh Park Bo-young dan Park Jin-young dan Ryu Kyung-soo, drama Our Unwritten Seoul membawa emosi buat penonton. Park Bo-young melakonkan watak sepasang adik-beradik kembar,Yoo Mi-ji dan Yoo Mi-rae yang persamaan mereka hanya pada rupa paras. Mereka kemudian bertukar identiti di tengah-tengah pergolakan peribadi, lalu memulakan perjalanan untuk menemui semula makna cinta dan kehidupan. Drama ini bersiaran di Netflix bermula 24 Mei 2025 dengan 12 episod.
#4 Squid Game 3
Cukup menjadi penantian peminat drama bersiri Squid Game, musim ketiga kini muncul! Menjadi sambungan kepada musim kedua yang tergantung, drama ini dipenuhi suspen dan babak-babak yang tidak dijangka. Drama ini masih dilakonkan oleh barisan pelakon musim kedua seperti Lee Jung-jae, Lee Byung-hun, Jo Yu-ri, Im Si-wan, Wi Ha-joon dan ramai lagi. Saksikan kesinambungan dan pengakhiran Squid Game musim ini di Netflix, turut mula ditayangkan pada 27 Jun 2025.
#5 Thug Life
Filem aksi gangster Netflix, Thug Life ditayangkan pada bulan Jun 2025 di Netflix. Ia mengisahkan Rangaraaya Sakthivel, seorang ketua mafia yang digeruni di New Delhi, yang berusaha mencari penebusan dosa dan membalas dendam. Ini berlaku apabila dia dikhianati oleh saudaranya, Rangaraaya Manickam, serta Amaran, anak yang dibesarkannya sendiri. Filem aksi ini berada di tempat keempat Netflix Malaysia untuk carta minggu ini.
#6 The Sandman 2
Musim kedua untuk drama bersiri Netflix, The Sandman telah ditayangkan di Netflix pada 3 Julai 2025 yang lalu. Diadaptasikan oleh komik dari DC Comics, The Sandman mengisahkan tentang Dream atau Morpheus, watak utama yang dikenali sebagai Sandman. Siri ini dibintangi oleh Tom Sturridge sebagai watak utama, dengan Boyd Holbrook, Vivienne Acheampong, dan Patton Oswalt sebagai pelakon pembantu. Setelah berjaya melarikan diri selepas berdekad-dekad dipenjarakan oleh seorang ahli sihir , Dream yang merupakan seorang personafikasi mimpi, berusaha untuk mendapatkan semula peralatannya yang telah hilang.
#7 Tastefully Yours
Drama Korea yang baru ditayangkan di Netflix ini mencuit hati ramai penonton. Berkisahkan tentang Han Beom-woo l, seorang pengarah eksekutif di konglomerat makanan terkemuka Korea, Hansang, yang mengendalikan restoran fine dining terbaik di Seoul. Dia kemudian bertemu dengan Mo Yeon-joo, seorang tukang masak yang obses dengan rasa dan menguruskan sebuah restoran kecil di ceruk pedalaman. Mereka berkembang bersama dan jatuh cinta ketika mengendalikan sebuah restoran kecil di Jeonju. Drama ini dibintangi oleh Kang Ha-neul dan Go Min-si.
Pautan berkaitan: KEHANGATAN FILEM ANIMASI NETFLIX, K-POP DEMON HUNTERS
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KEHANGATAN FILEM ANIMASI NETFLIX, K-POP DEMON HUNTERS
Filem animasi K-Pop Demon Hunters menjadi satu fenomena dalam kalangan peminat filem dan muzik, dengan keunikkannya sendiri.
BAHAGIAN TERBURUK DALAM SQUID GAME SEASON 3 (SPOILER ALERT)
Squid Game Musim 3 berjaya goncang dunia, tapi satu babak jadi punca peminat kecewa.
PENAMPILAN PERTAMA CHOI SEUNGHYUN SETELAH 5 TAHUN
Kemunculan semula Choi Seunghyun (T.O.P) selepas 5 tahun, di acara Squid Game di Egyptian Theater, cetus tanda tanya ramai.
KENALI 7 PELAKON SIRI NETFLIX TERBARU, BET
Pelakon-pelakon siri terbaru Netflix, Bet bukanlah biasa. Wajah mereka juga sering dilihat di dalam siri atau filem Netflix yang lain.
CERITA MENARIK DI NETFLIX TERKINI MESTI TONTON
Tertanya apa cerita menarik di Netflix sekarang ini yang boleh ditonton? Tidak perlu runsing lagi. Platform penstriman gergasi ini telah melancarkan beberapa senarai filem dan siri baru yang menarik dan pastinya akan membuat penontonnya terleka selama berjam-jam. Tidak kira peminat thriller aksi, komedi, atau drama yang menyentuh hati, Netflix sentiasa mempunyai sesuatu yang baru untuk…
NETFLIX: 10 SIRI DAN FILEM PALING MENAKUTKAN WAJIB TONTON
Filem dan siri seram di Netflix tidak akan pernah habis dan akan sentiasa menjadi tontonan ramai kerana elemen kejutan dan misterinya.