7 FILEM & SIRI TENTANG DEPRESI REMAJA DAN PEMBULIAN YANG WAJAR DITONTON
Masalah kesihatan mental dalam kalangan remaja semakin membimbangkan, terutama apabila melibatkan tekanan sosial, pembulian, dan pencarian identiti diri. Media seperti filem dan siri televisyen kini memainkan peranan penting dalam meningkatkan kesedaran masyarakat. Berikut adalah 7 karya penting yang menyentuh isu depresi remaja dan pembulian. Kesemuanya mempunyai jalan cerita yang penuh emosi, realistik, dan membuka mata. Juga banyak pengajaran berguna boleh dipelajari.
Pada anda yang belum pernah tonton filem atau siri berikut, bolehlah luangkan masa dengan menonton. Dan pelajari sedikit sebanyak mengenai isu yang semakin berleluasa ini.
#1 The Perks of Being a Wallflower (2012)
Filem ini mengisahkan Charlie, seorang remaja introvert yang baru memasuki sekolah menengah selepas mengalami trauma kehilangan sahabat baik. Dia berdepan masalah kemurungan dan rasa tidak diterima. Namun, kehidupannya berubah apabila dia berkawan dengan dua pelajar senior yang membuka ruang kepadanya untuk merasai erti persahabatan, cinta, dan penerimaan diri. Filem ini sangat menyentuh hati dan menyampaikan mesej bahawa seseorang itu tidak keseorangan walaupun dalam kesunyian.
#2 Euphoria (2019–kini)
Euphoria menampilkan dunia remaja moden yang penuh dengan kekeliruan, tekanan sosial dan identiti. Watak utamanya, Rue (lakonan Zendaya), seorang remaja yang bergelut dengan ketagihan dadah dan depresi selepas kehilangan ayah. Siri ini juga menampilkan pelbagai isu berat seperti buli siber, tekanan seksual, dan kesunyian mendalam walaupun dikelilingi ramai. Ia mungkin sukar ditonton bagi sesetengah penonton, tetapi memberikan gambaran jujur tentang realiti yang dihadapi oleh ramai remaja hari ini.
#3 Kahar: Kapla High Council (2024)
Filem ini membawa penonton ke dunia sekolah asrama elit yang kelihatan sempurna dari luar, tetapi penuh dengan budaya buli dalaman. Kahar (lakonan Amir Ahnaf), pelajar baharu, menjadi mangsa sistem “hierarki” yang melibatkan penganiayaan fizikal dan mental oleh pelajar senior. Kesan psikologi terhadap Kahar digambarkan dengan sangat mendalam. Dari kehilangan keyakinan diri hingga ke trauma yang berpanjangan.
Filem ini mencabar normalisasi buli sebagai “tradisi” dan menuntut perubahan dalam sistem pendidikan. Banyak lagi isu yang menyentuh mental, kekeluargaan dan kelakian yang jarang dikupas dalam masyarakat kita secara terbuka. Namun, terdapat beberapa kisah mengenai isu tersebut dipaparkan dalam filem ini.
#4 Thirteen (2003)
Sebuah filem kontroversi tetapi sangat penting, Thirteen mengikuti kisah Tracy, pelajar perempuan cemerlang yang berubah secara drastik selepas berkawan dengan gadis popular, Evie. Terpengaruh dengan gaya hidup liar, Tracy terjerumus dalam dadah, mencuri, mencederakan diri, dan mengalami tekanan emosi yang hebat.
Filem ini membuka mata tentang betapa mudahnya remaja “tergelincir” apabila tidak mendapat bimbingan atau perhatian yang sepatutnya dari keluarga.
#5 A Silent Voice (2016)
Filem anime ini menceritakan tentang Shoya, seorang pelajar lelaki yang membuli Shoko, pelajar perempuan pekak. Selepas Shoko berpindah sekolah akibat buli yang berpanjangan, Shoya mula disisihkan oleh rakan-rakan, menyebabkan dia mengalami kemurungan dan keinginan untuk membunuh diri. Bertahun kemudian, dia cuba menebus kesalahan dengan mencari Shoko.
Filem ini bukan sahaja menyentuh isu buli, tetapi juga pengampunan, penyesalan dan pemulihan emosi secara perlahan-lahan. Visual yang indah dipadankan dengan mesej mendalam menjadikannya pengalaman yang menyentuh hati.
#6 Moonlight (2016)
Pemenang Anugerah Oscar untuk Filem Terbaik, Moonlight mengisahkan kehidupan Chiron, seorang budak lelaki kulit hitam yang membesar dalam persekitaran penuh keganasan, ketagihan dan diskriminasi. Dibelenggu dengan rasa keliru tentang identiti seksualnya, Chiron menjadi sasaran pembulian sejak kecil hingga remaja.
Filem ini dibahagikan kepada tiga babak penting dalam hidupnya, iaitu kanak-kanak, remaja dan dewasa. Menggambarkan bagaimana trauma awal membentuk watak dan emosi seseorang. Ia bukan sekadar kisah tentang depresi, tetapi tentang pencarian kasih sayang dan penerimaan dalam dunia yang tidak adil.
#7 The Glory (Siri Netflix, 2022)
Siri Korea ini mengisahkan Moon Dong-eun, wanita yang menjalani kehidupan penuh trauma selepas dibuli secara kejam oleh rakan sekolahnya. Pembulian yang dialaminya sangat fizikal dan emosional, sehingga menyebabkan dia berhenti sekolah dan merancang strategi balas dendam selama bertahun-tahun.
Walaupun kisah ini berlatarkan masa dewasa, trauma yang dialaminya semasa remaja menjadi nadi utama jalan cerita. The Glory menekankan betapa dalam dan kekal kesan buli jika tidak ditangani, dan bagaimana keadilan yang tertunda boleh menjadi pendorong hidup seseorang. Siri ini mempunyai beberapa musim dan bahagian. Ia mengambil masa yang agak panjang untuk mengetahui perjalanan cerita Moon.
Artikel berkaitan: KLEPET BAWAKAN BARISAN PELAKON LELAKI HEBAT DALAM SATU FILEM
Tags
Artikel Yang Berkaitan
IMBAS 8 LELAKI YANG MENGHIASI COVER GLAM LELAKI 2025
Mari imbas semula 8 lelaki ikonik yang menjadi penghias cover GLAM Lelaki pada tahun 2025 dengan aura mereka yang tersendiri.
TONTON FILEM-FILEM INI DI BULAN NOVEMBER DAN DISEMBER 2025
Bulan November dan Disember 2025 bakal memenuhkan pawagam dengan filem-filem penuh genre menarik buat peminat filem.
THE HYPEMAKERS, KENALI 5 JEJAKA WAJAH HADAPAN NOVEMBER 2025 INI
GLAM Lelaki menampilkan Mierul, Sky, Salman, Fazziq dan Ismail Izzani sebagai The Hypemakers buat wajah hadapan November 2025.
THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA SKY ISKANDAR
'The Hypemakers' untuk GLAM Lelaki November 2025. Sky Iskandar antara lima personaliti ditampilkan menghiasi cover digital bulan November.
GLAM LELAKI SEPTEMBER 2025 MEN IN CINEMA: SKY ISKANDAR
GLAM Lelaki bawakan pelakon yang sedang meningkat naik, Sky Iskandar sebagai salah seorang Men In Cinema buat isu cetakkan September 2025.
KLEPET BAWAKAN BARISAN PELAKON LELAKI HEBAT DALAM SATU FILEM
Filem Klepet bakal ditayangkan di Malaysia tahun ini dengan kemunculan pelakon lelaki hebat seperti Aedy Ashraf, Nadhir Nasar dan Meerqeen.











