8 KONSERT K-POP PEMINAT HARAP BAKAL HADIR DI MALAYSIA
Walaupun Malaysia menjadi hotspot konsert K-Pop, masih banyak kumpulan yang peminat di Malaysia harap bakal hadir untuk konsert jelajah dunia.
Kehangatan K-Pop masih membara di Malaysia. Dengan kehadiran puluhan kumpulan idol yang semakin mendapat tempat di hati peminat tempatan, keinginan untuk melihat mereka secara langsung di pentas Malaysia semakin meningkat. Walaupun beberapa nama besar sudah pernah menjejakkan kaki ke sini, masih ramai artis K-pop kegemaran peminat yang belum sempat mengadakan konsert di tanah air. Tambahan pula, selepas era pandemik, industri hiburan kembali rancak dengan jelajah dunia yang dinanti-nanti. GLAM Lelaki senaraikan 8 konsert K-pop yang peminat harap bakal diadakan di Malaysia. Ia berdasarkan populariti semasa, kekuatan fandom, serta permintaan luar biasa daripada peminat tempatan. Siapa tahu, salah satu impian anda mungkin akan menjadi kenyataan tidak lama lagi?
#1 Blackpink
Baru sahaja memulakan jelajah dunia mereka yang kedua, Deadline World Tour pada 5 Julai 2025, Blackpink bakal menjelajah seluruh dunia untuk konsert ini. Malangnya, tidak seperti jelajah dunia pertama mereka, Kuala Lumpur tidak berada di dalam senarai perhentian Blackpink. Tetapi, Blinks masih lagi berharap bahawa mereka bakal menambah tarikh untuk Malaysia. Antara negara-negara yang bakal dijelajah ialah Amerika Syarikat, Jepun, Singapura, Itali, Kanada, Thailand dan banyak lagi. Jadi, konsert Blackpink adalah antara konsert K-pop yang peminat harap bakal hadir ke Malaysia. Peminat semestinya menantikan kehadiran Jisoo, Jennie, Rose dan Lisa!
#2 SEVENTEEN
Sejak kemunculan salah seorang ahli SEVENTEEN, Mingyu di Sunway Pyramid untuk acara pop-up Snickers, dia dikatakan melawan ‘sumpahan’ kumpulan di bawah naungan HYBE untuk ke Malaysia. Kali pertama dan terakhir SEVENTEEN mengadakan konsert di Malaysia merupakan 6 tahun yang lalu. Pada tahun 2020, SEVENTEEN dijangka untuk memgadakan konsert di Malaysia tetapi terpaksa dibatalkan akibat virus Covid-19. Kehadiran Mingyu ke Malaysia diikuti DK, Joshua dan Dino yang bakal hadir menaikkan lagi harapan Carats Malaysia untuk konsert SEVENTEEN di Kuala Lumpur. Mari kita nantikan!
#3 EXO
Cukup setia dengan slogan mereka, ‘We Are One’, EXO juga ke Malaysia, one by one. Tahun 2024 dan 2024 cukup meriah dengan kehadiran ahli EXO yang ke Malaysia untuk jelajah dunia secara solo. Akan tetapi, EXO-Ls sangat menantikan kepulangan ahli terakhir yang sedang melakukan perkhidmatan tentera, Sehun. Ketua kumpulan itu, Suho pernah berkata bahawa EXO akan kembali sebagai satu kumpulan dan bakal mengadakan konsert selepas kepulangan Sehun. Konsert jelajah dunia EXO yang terakhir merupakan pada tahun 2019, 6 tahun yang lalu. Semoga Kuala Lumpur menjadi salah satu perhentian mereka dan semoga EXO Planet 6 dapat dirasai oleh Merries, peminat EXO di Malaysia.
#4 BIGBANG
Sama seperti EXO, kemunculan semula kumpulan lagenda ini amat dinantikan lebih-lebih lagi selepas pengumuman dan hint dari ketua kumpulan, G-Dragon ketika konsert Übermensch di Sydney, Australia. Kali terakhir BIGBANG mengadakan jelajah dunia merupakan pada tahun 2016, MADE. Mereka turut hadir ke Kuala Lumpur sebagai salah satu perhentian. VIPs yang sudah menunggu hampir 10 tahun masih menantikan kemunculan semula serta konsert jelajah dunia yang menggabungkan tiga lagenda muzik iaitu G-Dragon, Taeyang dan Daesung ini. Ketiga-tiga mereka turut hadir ke Malaysia pada tahun lepas dan tahun ini untuk konsert solo mereka.
#5 Girls Day
Setelah sekian lama, kumpulan wanita Girls Day melakukan mini reunion pada ulang tahun ke-15 mereka di saluran YouTube Hyeri, ahli termuda mereka. Telatah mereka yang dirindui menyebabkan ramai peminat yang inginkan kemunculan semula mereka, serta konsert jelajah dunia. Pelbagai cerita baharu dari setiap ahli termasuklah berita perkahwinan Minah. Dai5y, peminat Girls Day turut berharap untuk melihat lebih banyak interaksi dari Sojin, Minah, Yura dan Hyeri.
#6 aespa
Kumpulan wanita terhangat generasi keempat ini sudah dua kali mengadakan konsert jelajah dunia, tetapi Kuala Lumpur tidak tersenarai. Peminat-peminat aespa, MY di Malaysia sanggup keluar negara seperti Singapura dan Thailand untuk menghadiri konsert mereka. Walaupun kebanyakkan kumpulan daripada SM Entertainment sering ke Malaysia seperti NCT Dream, aespa masih belum berpeluang untuk mengadakan konsert mereka disini. Semoga kita dapat dengarkan “Kuala Lumpur, calling!” dari Giselle suatu hari nanti.
#7 BTS
Mungkin ramai yang tidak tahu, kumpulan global terbesar dari Korea Selatan ini pernah ke Malaysia untuk konsert. BTS pernah hadir ke Kuala Lumpur 2 tahun selepas kemunculan sulung mereka pada tahun 2015 untuk jelajah dunia ‘The Red Bullet’. Kini, dengan nama dan populariti yang lebih besar, ARMYs di Malaysia turutt berkembang dan semestinya, mereka mahukan BTS untuk membuat persembahan di Malaysia lagi. Mungkinkah BTS bakal ke Malaysia untuk jelajah dunia mereka yang seterusnya, selepas semua ahli lengkap menamatkan perkhidmatan tentera mereka? Cannot wait for the purple ocean!
#8 Stray Kids
Walaupun gelaran ‘budak Ampang’ cukup terkenal untuk Han dari Stray Kids, kumpulan ini tidak pernah ke Malaysia. Nama Malaysia sering kali keluar dari mulut Han, yang pernah menetap di Malaysia selama enam tahun. Populariti Stray Kids di Malaysia bukanlah biasa-biasa, tetapi malangnya Kuala Lumpur tidak pernah berada di dalam senarai jelajah dunia mereka walaupun sudah kali ketiga mereka mengadakan konsert jelajah dunia. STAYs di Malaysia turut terbang ke pelbagai negara seperti Singapura, Indonesia, Thailand dan Korea Selatan untuk merasai pengalaman ke konsert mereka. Han Jisung balik kampung when? Stray Kids in Malaysia one day!
Pautan Berkaitan: EXO BAEKHYUN DAN D.O BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA SECARA SOLO
Tags
Artikel Yang Berkaitan
EXO BAEKHYUN DAN D.O BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA SECARA SOLO
Ahli EXO, Baekhyun dan D.O bakal ke Malaysia secara individual untuk konsert solo mereka pada tahun ini. Penantian EXO-Ls kini tamat!
MET GALA 2025 SOROTAN FESYEN TETAMU LELAKI
Acara fesyen tahunan terbesar, Met Gala 2025 sudah bermula untuk tahun penuh fesyen ini, penuh sorotan istimewa.
10 IDOL RAPPER KPOP DENGAN RAP TERPANTAS DI DUNIA
Walaupun ramai menganggap idol rapper hanyalah pelengkap lagu, realitinya segelintir bintang mampu menyaingi rapper profesional.
8 KONSERT KOREA SELATAN BAKAL KE MALAYSIA
Peminat muzik Korea Selatan bakal dihiburkan oleh pelbagai artis dari berbeza genre setiap hujung minggu dengan konsert yang tidak terhenti.
8 FAKTA MENARIK TENTANG HYUNJIN BERSAMA VERSACE
Hyunjin dari Stray Kids terus mencuri perhatian di Milan Fashion Week, terutamanya melalui kerjasama eksklusifnya dengan Versace.
DOMINASI STRAY KIDS SEBAGAI DUTA JENAMA
Dalam era di mana selebriti dan idola K-pop menjadi wajah utama jenama mewah global, Stray Kids muncul sebagai kuasa besar.