Skip to content

ACCA LANCARKAN KEMPEN ‘YES MALAYSIA’ UNTUK MEMPERJUANGKAN ‘THE POWER OF ETHICS’

Kongsikan artikel ini

ACCA (Association of Chartered Certified Accountants) menyerlah dari sudut etika menerusi penganjuran kempen ‘YES Malaysia’ di seluruh negara, yang menyokong ‘The Power of Ethics’ dan mendorong rakyat Malaysia untuk mengundi secara dalam talian di www.yesmalaysia.my, sebagai tanda sokongan penuh mereka terhadap prinsip etika perakaunan negara. Bermula dari 1 November sehingga 31 Disember 2019, orang ramai boleh menyertai kempen tersebut dan ‘klik untuk mengundi’.

Kempen ‘YES Malaysia’ ini mencerminkan komitmen ACCA kepada para ahli, rakan-rakan  niaga bersekutu termasuk generasi akauntan pada masa hadapan. Sebagai sebahagian daripada tema global ‘The Power of Ethics’, kempen ‘YES Malaysia’ bertujuan memberi tumpuan kepada isu-isu berkaitan etika dalam masa yang sama menyokong seruan kerajaan Malaysia untuk menjadi negara yang lebih cekap, bertanggungjawab dan telus.

“Etika dan profesionalisma adalah sangat penting untuk profesion kami, yang menjadi teras ACCA dan kesemua aktiviti yang kami laksanakan. Pengetahuan kami dalam isu-isu etika digabungkan dengan liputan yang luas tentang kejayaan perniagaan yang merangkumi isu-isu kewangan, etika, digital dan kemampanan memberikan kami kelebihan yang besar dalam dunia yang pantas berubah. Dengan kelebihan ini, membolehkan kami bekerjasama dengan rakan-rakan sekutu untuk melengkapkan para pelajar dengan peralatan yang betul, kemahiran dan pengetahuan yang tepat untuk berjaya,” jelas Edward Ling, Ketua Negara ACCA Malaysia.

“Kami berbesar hati untuk memperjuangkan ‘The Power of Ethics’ di Malaysia dan berharap kempen ‘YES Malaysia’ dapat meningkatkan kesedaran mengenai perkara-perkara yang berkaitan etika dan kesannya kepada individu, perniagaan dan seluruh negara.”

Pada tahun lepas, ACCA menganjurkan kempen “Doing the Right Thing” i-Pledge, yang menyeru rakyat Malaysia membuat ikrar peribadi mereka sendiri untuk melakukan perkara yang betul. Usaha tersebut mendapat sambutan yang baik dan ACCA berjaya mengumpul  sebanyak 10,000 ikrar dari segenap lapisan rakyat Malaysia.

Bagi tahun 2019, kempen ‘YES Malaysia’ mensasarkan untuk melangkaui pencapaian tahun lepas bagi meraih lebih banyak sokongan daripada rakyat Malaysia untuk mendidik dan menggalakkan rakyat  mengundi  bagi masa depan yang beretika. Selain inisiatif  dalam talian, kempen ‘YES Malaysia’ turut melibatkan satu pertandingan yang menarik untuk rakan-rakan pembelajaran ACCA dan rakan-rakan majikan di Malaysia. Pertandingan yang dilancarkan di seluruh negara antara para pendidik dan majikan ini bertujuan menguji kreativiti pelajar ACCA, rakan sekutu dan ahli-ahli dalam mempromosikan etika yang baik di dalam kampus dan media sosial.

Semangat kerjasama antara rakan pembelajaran dan rakan majikan memainkan peranan yang penting bagi ACCA untuk pembangunan akauntan masa hadapan. Tambahan pula, menerusi Modul Kemahiran Etika dan Profesional dalam talian interaktif (EPSM), ACCA melengkapkan pelajar dan ahli dengan pelbagai kemahiran yang diperlukan oleh majikan. EPSM turut mempersiapkan mereka bagi menghadapi kerjaya sebagai ahli professional kewangan yang berkeyakinan dan dipercayai, memiliki tahap etika yang tinggi, mempunyai kemahiran profesionalisma dan kemahiran digital yang diperlukan agar menyerlah di tempat kerja kelak .

ACCA Malaysia mensasarkan untuk mengumpul lebih daripada 10,000 undian daripada para pelajar ACCA, ahli-ahli bersekutu, ahli-ahli dan rakan-rakan kerjasama perniagaan juga semua lapisan masyarakat Malaysia. Bermula dari 1 November sehingga 31 Disember 2019, mari mengundi secara dalam talian di www.yesmalaysia.my dan bersama-sama mengatakan ‘YA’ untuk Malaysia yang lebih baik.

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

10 FAKTA TENTANG MOVEMBER BOLEH SELAMATKAN NYAWA ANDA

Bacaan Lanjut

LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON MENUTUP TIRAI 2023 DENGAN PENUH MERIAH

Bacaan Lanjut

STREET PIZZA MILIK GORDON RAMSAY KINI DIBUKA DI SUNWAY PYRAMID

Bacaan Lanjut
Ruark

SISTEM MUZIK REVOLUSIONER SIRI 100 RUARK MENGHUBUNGKAN ANDA DENGAN MUZIK

Bacaan Lanjut
10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

Bacaan Lanjut

BACHA COFFEE MEMBUKA DESTINASI SUMBANGANNYA DI SURIA KLCC

Bacaan Lanjut