ADAM DRIVER TERAJUI TRELER FILEM SAINS FIKSYEN EPIK MEGALOPOLIS
Aktor versatil Adam Driver menjadi muse terbaru pengarah Francis Ford Coppola dalam naskah terbarunya, Megalopolis.
Menerusi filem sains fiksyen arahannya itu, Adam diberi tanggungjawab melakonkan watak seorang arkitek idealistik yang ingin membina semula bandar dystopian.
Melihatkan treler yang baru dikongsi, terbukti ini adalah karya sains fiksyen pertama daripada pembikin filem yang masyhur dengan filem Godfather itu.
Nathalie Emmanuel mendampingi Adam sebagai teraju utama. Aktres Inggeris ini menggalas watak teman wanita Cesar Catalina (lakonan Adam), juga anak perempuan kepada Datuk Bandar kaki rasuah lakonan Giancarlo Espocito.
Filem ini turut menampilkan nama-nama besar dalam industri termasuk Aubrey Plaza, Lauren Fishburne, Jon Voight, Grace VanderWaal, Shia LaBeouf dan Dustin Hoffman.
Ceritera Di Sebalik Megalopolis
Megalopolis mengisahkan tentang kisah dongeng epik Rom yang berlatarkan Amerika moden.
Seperti yang tertulis dalam sinopsis, “Bandar Rom Baru harus melalui perubahan. Ini mencetuskan konflik antara Cesar Catilina, artis pintar yang berusaha melompat ke masa depan idealistik dan utopia serta Datuk Bandar Franklyn Cicero yang komited terhadap status quo regresif serta kekal dengan ketamakan, kepentingan istimewa dan perang partisan.”
Tambah sinopsis itu, “Tersepit antara mereka adalah sosialit Julia Cociro, anak Datuk Bandar. Cintanya terhadap Cesar membahagikan kesetiaan terhadap bapanya. Sekali gus memaksanya untuk menerokai apa yang dia dirasakannya berhak buat kemanusiaan.”
Megalopolis ditayangkan buat kali pertama di Festival Filem Cannes ke-77 pada 16 Mei lalu. Ia dicalonkan untuk anugerah utama, Palme d’Or. Bagaimanapun ia tumpas di tangan Anora arahan Sean Baker.
Filem ini bakal menemui penonton di pawagam pada 27 September 2024. Anda boleh menonton treler di bawah ini.
Foto: American Zoetrope/Megalopolis/Mihai Malaimare
Pautan berkaitan: PENYATUAN CINTA JOAQUIN PHOENIX & LADY GAGA DALAM TRELER JOKER: FOLIE À DEUX
Tags
Artikel Yang Berkaitan
FILEM MENARIK WAJIB TONTON DI PAWAGAM SEPANJANG SEPTEMBER 2024
Tahun 2024 bakal berakhir namun layar perak kekal rancak dengan sajian barisan filem hebat lagi menghiburkan.