Skip to content

PENYATUAN CINTA JOAQUIN PHOENIX & LADY GAGA DALAM TRELER JOKER: FOLIE À DEUX

PENYATUAN CINTA JOAQUIN PHOENIX & LADY GAGA DALAM TRELER JOKER: FOLIE À DEUX

Kongsikan artikel ini

The Clown Prince of Crime, Joker dan Harley Quinn mahu semua orang tahu, apa yang dunia perlukan ketika ini adalah ‘cinta’.

Itulah mesej yang disampaikan dalam treler pertama Joker: Folie à Deux yang menyaksikan Joaquin Phoenix menghidupkan semula wataknya sebagai Arthur Fleck.

Rakaman dimulakan dengan babak di Arkham Asylum — tempat Joker dikurung pada penghujung cerita filem pertama — di mana Arthur bertemu seorang banduan wanita yang menarik perhatiannya, Harley. Watak ini dilakonkan oleh Lady Gaga.

Selepas perjumpaan singkat di dewan penjara, mereka jatuh cinta dan merancang untuk melarikan diri. Pasangan itu kemudiannya dilihat berjalan-jalan dan menari di sekitar Gotham City. “I’m nobody. I haven’t done anything with my life like you have,” kata Harley Quinn kepada Joker, sambil membuat isyarat menembak kepalanya menggunakan jari.

treler Joker: Folie à Deux

Plot Cinta Dalam Joker: Folie à Deux

Filem pertama yang menampilkan asal-usul Joker menggambarkan watak itu sebagai pelawak berjiwa kacau dan badut sambilan yang bergelut dalam hidup.

Dalam sekuelnya pula, dia membuat persembahan di atas jalan bersama Harley di mana muse-ya itu turut mengenakan solekan sama sepertinya. Kali ini, Arthur dilihat tidak begitu kesepian. “I’ll tell you what’s changed. I’m not alone anymore — that’s what we should be talking about!” katanya.

Treler berakhir dengan babak yang menampilkan Harley melukis senyuman menggunakan gincu merah pada dinding kaca yang memisahkan mereka di Arkham Asylum. “I want to see the real you,” katanya kepada Joker.

Pengarah Joker: Folie à Deux, Todd Phillips mempersembahkan treler pertama itu di CinemaCon, konvensyen tahunan untuk pemilik pawagam. Ia dijangka menemui penonton di layar perak seluruh dunia pada 4 Oktober 2024.

 

Pautan berkaitan: SELAMI JIWA KACAU DAN KRONIK ARTHUR FLECK DALAM JOKER

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

15 FILEM BARU HEBAT BAKAL MENEMUI ANDA SEPANJANG 2024

15 FILEM BARU HEBAT BAKAL MENEMUI ANDA SEPANJANG 2024

Bacaan Lanjut
FOTO PERTAMA LADY GAGA DALAM JOKER: FOLIE À DEUX

FOTO PERTAMA LADY GAGA DALAM JOKER: FOLIE À DEUX

Bacaan Lanjut
Russell Crowe Gladiator 2

PENGGANTI RUSSELL CROWE UNTUK FILEM ‘GLADIATOR 2’ SUDAH DITEMUI

Bacaan Lanjut
25 LAGU YANG PALING LARIS SEPANJANG ZAMAN

25 LAGU YANG PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN

Bacaan Lanjut
PENAMPILAN PERTAMA JOAQUIN PHOENIX DALAM JOKER: FOLIE À DEUX DIDEDAHKAN

PENAMPILAN PERTAMA JOAQUIN PHOENIX DALAM JOKER: FOLIE À DEUX DIDEDAHKAN

Bacaan Lanjut
5 AKTRES YANG MERAIH PENDAPATAN TERTINGGI PADA 2022

5 AKTRES YANG MERAIH PENDAPATAN TERTINGGI PADA 2022

Bacaan Lanjut