Skip to content

5 SELEBRITI LELAKI YANG BERKAHWIN LEBIH TIGA KALI

5 SELEBRITI LELAKI YANG BERKAHWIN LEBIH TIGA KALI

Kongsikan artikel ini

Hidup perlu diteruskan – itulah mantra yang dipegang kebanyakan orang termasuk selebriti apabila memilih untuk berkahwin lagi selepas bercerai.

Isu perkahwinan dan perceraian bukanlah sesuatu yang luar biasa di kalangan selebriti Hollywood, malah ada yang telah melaluinya beberapa kali dalam hidup. Kebanyakan mereka tidak serik dan sanggup menghadapinya buat kali kedua, ketiga mahupun seterusnya.

Ini barisan selebriti lelaki Hollywood yang berkahwin berkali-kali

1. Tom Cruise

Dua perkahwinan Bintang Mission Impossible ini menjadi sebutan ramai, iaitu perkahwinannya bersama Nicole Kidman dari 1990 hingga 2001 dan Katie Holmes dari 2006 hingga 2012. Namun ramai tidak tahu dia mendirikan rumah tangga buat kali pertama bersama pelakon Mimi Rogers pada 1987. Perkahwinan mereka hanya bertahan tiga tahun.

selebriti

Tom Cruise dan Mimi Rogers. Foto: Pinterest

 

2. Nicolas Cage

Pelakon ini pernah berkahwin sebanyak lima kali. Dia bergelar suami kepada Patricia Arquette dari 1995 hingga 2001; Lisa Marie Presley dari 2002 hingga 2004; Alice Kim dari 2004 hingga 2016 dan Erika Koike pada 2019 yang hanya bertahan selama empat hari. Pada Februari 2021 dia mendirikan rumah tangga buat kali kelima dengan Riko Shibata, seorang wanita muda dari Jepun.

selebriti

Isteri kelima Nicolas Cage. Foto: Getty Images

 

3. Harrison Ford

Berdasarkan standard Hollywood, ketiga-tiga perkahwinan Harrison bertahan agak lama. Dia bergelar suami kepada Mary Marquardt selama 15 tahun dari 1964 hingga 1979, juga Melissa Mathison selama 21 tahun dari 1983 hingga 2004 walau pernah mengumumkan perpisahan pada 2000. Pada 2010, legenda Star Wars ini mendirikan rumah tangga dengan bintang Ally McBeal, Calista Flockhart selepas menjalin hubungan romantis selama lapan tahun.

Harrison Ford dan Calista Flockhart. Foto: Getty Images

 

4. Billy Bob Thornton

Pelakon ini bergelar suami kepada Melissa Lee Gatlin dari 1978 hingga 1980; Toni Lawrence dari 1986 hingga 1988; Cynda Willimas dari 1990 hingga 1992; Pietra Dawn Cherniak dari 1993 hingga 1997 dan Angelina Jolie dari 2000 hingga 2003. Dia menjalin hubungan romantis dengan Connie Angland pada 2002 ketika masih bergelar suami yang sah kepada Angelina. Selepas lebih sedekad bercinta, mereka mendirikan rumah tangga secara rahsia pada 2014.

Billy Bob Thornton dan Angelina Jolie. Foto: Shutterstock

 

5. Stevie Wonder

Penyanyi, komposer dan penerbit ini berkahwin dengan Syreeta Wright dari 1970 hingga 1972. Hampir tiga dekad kemudian, dia mendirikan rumah tangga dengan pereka fesyen Kai Millard namun hanya bertahan selama 11 tahun sebelum bercerai pada 2012. Stevie berkahwin buat kali ketiga pada 2017 dengan Tomeeka Robyn Bracy.

Isteri kedua Stevie Wonder. Foto: WireImage

 

Foto: Koimoi

Pautan berkaitan: “PERKAHWINAN BUKAN SATU PENJARA” – WILL SMITH DEDAH REALITI OPEN MARRIAGE

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

7 BINTANG HOLLYWOOD YANG MERUPAKAN JURUTERBANG BERTAULIAH

7 BINTANG HOLLYWOOD YANG MERUPAKAN JURUTERBANG BERTAULIAH

Bacaan Lanjut
TOM CRUISE PUTUS CINTA DEK GANGGUAN ORANG KETIGA

TOM CRUISE PUTUS CINTA DEK GANGGUAN ORANG KETIGA

Bacaan Lanjut
MENGAPA TOM CRUISE TIDAK LAGI DIBENARKAN MEMBELI BUGATTI?

MENGAPA TOM CRUISE TIDAK LAGI DIBENARKAN MEMBELI BUGATTI?

Bacaan Lanjut
5 FILEM AKTOR POPULAR YANG MERAIH SKOR TERENDAH DARIPADA IMDb

5 FILEM AKTOR POPULAR YANG MERAIH SKOR TERENDAH DARIPADA IMDb

Bacaan Lanjut
5 PELAKON HOLLYWOOD INI SANGGUP MENUKAR NAMA DEMI KEMASYHURAN

5 PELAKON HOLLYWOOD INI SANGGUP MENUKAR NAMA DEMI KEMASYHURAN

Bacaan Lanjut
ATURAN CINTA TOM CRUISE & SHAKIRA

ATURAN CINTA TOM CRUISE & SHAKIRA

Bacaan Lanjut