Skip to content

AKON JAYAKAN THE SUPERFAN TOUR DI KUALA LUMPUR NOVEMBER INI

AKON JAYAKAN THE SUPERFAN TOUR DI KUALA LUMPUR NOVEMBER INI

Kongsikan artikel ini

Penyanyi Amerika-Senegal, Akon bakal menghiburkan peminat di Malaysia dalam satu konsert yang berlangsung pada 19 November 2024.

Bertempat di Mega Star Arena Kuala Lumpur, persembahan ini merupakan sebahagian daripada konsert jelajah besarnya di Asia dan Asia Tenggara. Usai persembahan di Malaysia, pemilik nama Aliaune Damala Bouga Time Puru Nacka Lu Lu Lu Badara Akon Thiam itu akan menghiburkan peminat di Singapura pula.

The Superfan Tour dibawakan oleh penganjur terkenal dari Sabah, JeeHarris Entertainment. Menurut pengasas dan ketua pegawai eksekutif iaitu penyanyi Harris Baba, Akon adalah artis antarabangsa pertama yang dibawakan syarikat itu ke Malaysia.

“Konsert The Superfan Tour ini menandakan langkah awal kami melebarkan sayap ke pasaran penganjuran konsert di Kuala Lumpur dan Singapura.

“JeeHarris sudah membuat persiapan sejak Januari tahun ini untuk membawa Akon ke Malaysia dan Singapura. Apa yang istimewanya ialah, JeeHarris merupakan satu-satunya promoter yang mendapat hak eksklusif untuk menganjurkan konsert ini di dua buah negara,” katanya.

Konsert Jelajah Dunia Akon Pada 2024

The Superfan Tour merupakan konsert berskala besar pertama penyanyi itu di Malaysia dan Singapura. Difahamkam kehadirannya ke tanah air sebelum ini hanyalah untuk persembahan korporat.

Penyanyi berusia 51 tahun itu baru sahaja melengkapkan konsertnya di Amerika Syarikat dan United Kingdom. Selepas ini dia akan membuat persembahan di Asia antaranya India, China, Kazakhstan dan Nepal. Seterusnya bersambung ke Asia Tenggara iaitu di Malaysia, Singapura, Thailand dan Filipina.

“Pastinya ramai peminat Akon di Malaysia dan Singapura yang tidak sabar menyaksikan persembahan beliau secara langsung yang menampilkan himpunan lagu popular dan malar segar. Kami janjikan konsert besar yang hebat, luar biasa dan istimewa,” kata Harris.

Jualan tiket konsert The Superfan Tour sudah pun dibuka sejak 20 September 2024 di laman web Ticket2u. Harga tiket bermula dari RM288 hingga RM988.

konsert akon malaysia, akon superfan tour

 

Foto: Akon

Pautan berkaitan: GREEN DAY BAKAL GEGARKAN PENTAS KONSERT SULUNG DI MALAYSIA