ANGKARA COVID-19, WIMBLEDON PULA DIBATALKAN
ALL England Club akan mengumumkan pembatalan kejohanan tenis terkemuka, Wimbledon selepas mesyuarat ahli lembaga Rabu ini, menurut salah seorang yang berpengaruh di dalam sukan itu. Kerugian daripada kegagalan penganjuran kejohanan itu akan dilindungi oleh insurans khas pandemik Covid-19.
Menerusi satu temu ramah bersama media Jerman, individu berpengalaman di bahagian pentadbiran tenis Jerman, Dirk Hordorff menerangkan perbezaan tindakan yang diambil oleh All England Club dengan Persekutuan Tenis Perancis (FFT) yang mencetuskan kemarahan pemegang taruh lain apabila mengumumkan penangguhan Terbuka Perancis pada 17 Mac lalu. Menurut Horforff, pengerusi FFT, Bernard Giudicelli memberi tekanan tanpa sebarang rundingan. Giudicelli didakwa mahu menyerlahkan dirinya dan tidak menghiraukan apa yang berlaku di seluruh dunia.

“Hanya Wimbledon satu-satunya saingan Grand Slam yang dilindungi insurans. Jadi kerugian dapat diminimumkan,” kata Horforff.
Apabila Wimbledon dibatalkan, ia akan menyaksikan kali pertama selepas Perang Dunia Kedua kejohanan berprestij itu tidak dapat dianjurkan. Pilihan lain adalah untuk menganjurkan kejohanan itu secara tertutup atau ditangguhkan. Pilihan pertama masih lagi memerlukan tenaga kerja yang ramai untuk menguruskan kejohanan itu manakala pilihan kedua dilihat tidak praktikal untuk gelanggang rumput di Wimbledon.

All England Club sudah bersedia untuk bekerjasama membantu membendung penularan Covid-19. “Kami menawarkan kemudahan kami kepada NHS (Pusat Kesihatan Kebangsaan) dan cuba membantu semampu yang mungkin,” kata badan induk itu menerusi satu kenyataan.
Sumber: Harian Metro
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DESTINASI BAHARU BAYU SOMERSET, KINI DI MERDEKA 118
Bayu Somerset kini dibuka di 118 Mall, Merdeka 118 sejak 1 November 2026. Terokai destinasi gaya hidup baharu di Kuala Lumpur.
KLCC GETS A NEW WAVE! OMBAK KLCC TARIK PERHATIAN
Ombak KLCC hadir sebagai destinasi gaya hidup di Kuala Lumpur, menggabungkan seni bina unik, seni, budaya dan pengalaman membeli-belah moden.
SUDAH DIBUKA! 118 MALL MENJADI TARIKAN BAHARU KUALA LUMPUR
118 Mall kini dibuka di Menara Merdeka 118, menawarkan pengalaman membeli-belah, gaya hidup dan seni bina moden di Kuala Lumpur.
SENARAI PEMENANG MTV VMAS 2026
Anugerah Music Video kembali buat edisi ke-43 dengan kemenangan artis ternama seperti Taylor Swift, Madonna, dan Lisa Manobal.
GLAM LELAKI SEPTEMBER 2026: ALPHA, DALAM RENTAK SENDIRI
Tujuh individu dengan karakter dan kekuatan berbeza bertemu membentuk nama hangat dalam muzik tempatan kini. ALPHA dianggotai Daniel Sher, Izat Ibrahim, Rizal Rasid, Ariel Fesol, Ray-D, Araff dan Afiq Sky. Mereka membuktikan bahawa kerja keras, keserasian, dan keberanian untuk mencuba adalah rentak sebenar dalam merealisasi objektif seni mereka.
APA SEBENARNYA MAKSUD ‘MAHU MENGAHWINI LELAKI KAYA’?
Adakah kesemua perempuan materialistik?











