APPLE PERKENALKAN HOMEPAD, SPEAKER PINTAR DENGAN INTEGRASI SIRI
Syarikat Apple semalam telah memperkenalkan sebuah pembentu suara (speaker) rumah yang diberi nama HomePod alat pembantu suara digital, yang dikuasakan integrasi kecerdasan buatan Siri. HomePod yang akan dijual pada harga US$349 apabila ia mula didapati pada bulan Disember di Amerika Syarikat, Australia dan Britain. Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh CEO Apple, Tim Cook pada persidangan pemaju tahunannya. HomePod dikhabarkan bakal memberikan persaingan sengit dengan Amazon Alexa dan Google Home sebagai hab rumah bijak dan hab muzik.

“Ia amat kool, kita benar-benar percaya ia akan memberi satu pengalaman pendengaran muzik di rumah anda ke tahap seterusnya,” katanya tentang peranti baru itu. HomePod telah direka untuk operasi serasi dengan perkhidmatan Apple Muzik dan boleh menghasilkan bunyi berkualiti tinggi manakala memanfaatkan kuasa kecerdasan buatan Siri.

Menyokong Siri dalam bahasa Malaysia, Apple HomePod ini hadir dengan ketinggian sekitar 7-inci, dilengkapi cip Apple A8, malah turut dilengkapi teknologi pengecaman persekitaran bilik dalam membolehkan ia menawarkan pengalaman audio yang amat baik. Khabarnya, ia datang dengan dua variasi warna, iaitu hitam dan putih. Walaubagaimanapun, masih belum diketahui sama ada speaker pintar ini akan memasuki pasaran tempatan atau tidak? Sama-sama kita nantikan.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
APA SEBENARNYA MAKSUD ‘MAHU MENGAHWINI LELAKI KAYA’?
Adakah kesemua perempuan materialistik?
5 ARTIS LOKAL UNTUK DIDENGARI SEANDAINYA ANDA MEMINATI KUMPULAN ALPHA
Lihatkan lima artis lokal yang berkongsi latar bunyi bersama ALPHA, daripada DUKES hinggalah Aisha Retno.
RICK OWENS: BEGINIKAH RUPA FESYEN MASA HADAPAN?
Untuk 2026, dunia Rick Owens tampil lebih ekstrem menerusi koleksi Spring/Summer 2026 “Temple” dan Fall/Winter 2026 “Tower” dengan elemen masa hadapan.
7 PROMOSI SEMPENA MERDEKA 2026 UNTUK MERAIKAN SEMANGAT PARTIOTIK
Raikan Merdeka 2026 dengan 7 promosi dan acara menarik yang sedang berlangsung di seluruh Malaysia, daripada tawaran makanan dan pengalaman budaya hingga aktiviti bersama keluarga dan rakan.
GAYA MEWAH ZEEKR 7X BLACK NOVA
Zeekr 7X, model SUV elektrik kegilaan ramai, kini hadir dalam monokromatik hitam serba elegan, Zeekr 7X Black Nova.
5 FILEM YANG MEMBUKTIKAN BAKAT LAKONAN DAIYAN TRISHA
Biarpun sudah lama mengikuti atau baru mahu mengenali Daiyan Trisha, lihatkan lima sorotan filem terbaik yang menjadi bukti bakat lakonannya.










