Skip to content

ATAS DI THE RUMA HOTEL AND RESIDENCE

ATAS DI THE RUMA HOTEL AND RESIDENCE PERKENAL MENU BARU

Kongsikan artikel ini

Nikmati pengalaman gastronomi baru di ATAS, The RuMa Hotel dengan menu lunch yang menampilkan hidangan Eropah klasik berjiwa Malaysia.

The RuMa Hotel and Residences dengan bangganya memperkenalkan wajah baru untuk restoran mereka yang terkenal, ATAS. Restoran ini kini hadir dengan konsep bistro yang segar, menawarkan pengalaman menjamu selera yang menggabungkan hidangan klasik Eropah dengan sentuhan istimewa yang mencerminkan keunikan ATAS.

MEMPERKENALKAN HIDANGAN TERBARU TENGAHARI DARI ATAS DI THE RUMA HOTEL AND RESIDENCE

ATAS DI THE RUMA HOTEL AND RESIDENCE

Foto: ATAS, The Ruma Hotel And Residence

Chef Suhalmi Tasir, Ketua Chef baru di ATAS, menggabungkan teknik masakan Eropah dengan bahan-bahan tempatan yang segar dan lestari. Menu baru di ATAS menampilkan hidangan yang ringkas namun elegan, disediakan dengan gaya moden yang unik. Anda boleh menikmati hidangan makan tengah hari dan malam yang istimewa dengan harga yang berpatutan. Berikut di atas merupakan menu baru mereka.

Set Lunch

Foto: ATAS, The Ruma Hotel And Residence

Menu baru di ATAS menekankan pada hidangan Eropah yang sederhana serta elegan, disediakan dengan sentuhan moden yang menggambarkan kreativiti dan inovatif ATAS. Menggunakan ketuhar kayu MIBRASA, chef handal mereka berjaya mengeluarkan rasa yang mendalam dan kaya dalam setiap hidangan. Menonjolkan gabungan terbaik antara teknik masakan Eropah dan bahan-bahan tempatan Malaysia.

ATAS DI THE RUMA HOTEL AND RESIDENCE

Foto: Foto: ATAS, The Ruma Hotel And Residence

Para tetamu boleh menikmati pelbagai pilihan hidangan di ATAS, daripada set makan tengah hari hingga pengalaman makan malam yang mewah.

Harga set makan tengah hari bermula dari RM88 untuk dua hidangan, manakala set tiga hidangan berharga RM105. Bagi pengalaman makan malam yang lebih mewah, set makan malam ditawarkan pada harga RM328 seorang, dengan pilihan tambahan yang boleh didapati secara à la carte.

Untuk maklumat lanjut atau tempahan, tetamu boleh menghubungi ATAS di +603 2778 0614.

Pautan Berkaitan: SAMSUNG MALAYSIA MENGUMUMKAN PERTANDINGAN “SOLVE FOR TOMORROW”

By Siti Maliyanah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

THE RUMA HOTEL AND RESIDENCES MEMPERKENALKAN SAJIAN BAHARU EROPAH UNTUK ATAS

Bacaan Lanjut
M Resort Hotel KL

RAIKAN HARI BAPA DI M RESORT & HOTEL KUALA LUMPUR

Bacaan Lanjut
percutian new Zealand

10 DESTINASI PERCUTIAN MESRA-MUSLIM DAN HALAL DI NEW ZEALAND

Bacaan Lanjut
sahur

5 MAKANAN ANDA PERLU ELAK KETIKA SAHUR SEPANJANG RAMADAN

Bacaan Lanjut

AURUM THEATRE LANCAR PENGALAMAN HIBURAN ULTRA-MEWAH TERBESAR DI THE EXCHANGE TRX

Bacaan Lanjut

3 TIP PERSIAPAN RAYA YANG MUDAH DI RUMAH UNTUK LELAKI

Bacaan Lanjut