Skip to content

5 PELAKON GAYONG 2 SERTA MENGAPA ANDA PERLU TONTON

BARISAN PELAKON HEBAT GAYONG 2 SERTA MENGAPA ANDA PERLU TONTON

Kongsikan artikel ini

Gayong 2 kini kembali selepas hampir setahun menjadi penantian sejak filem pertama yang dilakonkan oleh Beto Kusyairy dan Nabila Huda. 

Bakal ditayangkan pada 9 April 2026, Gayong kini kembali dengan filem kedua, selepas setahun. Kini kembali dengan lebih ramai pelakon-pelakon hebat tanah air, Gayong 2 dijangka bakal memberi impak yang lebih hebat. Penulis GLAM Lelaki diberi peluang menonton filem ini pada Malam Gala Gayong 2 yang lalu. Buat seseorang yang tidak meminati filem aksi, mata saya semestinya tidak berkelip ketika menonton filem ini. Setiap scene pergaduhan meningkatkan adrenalin, dan tiada satu pun babak yang membosankan. Tiba-tiba, ia sudah tamat. Cukup epik, lebih-lebih lagi kerana ia hadir dari bakat-bakat perfileman tempatan.

Diarahkan oleh Faisal Ishak, Gayong 2 merupakan sambungan dari kisah pengasas silat gayong dari Perak, Datuk Meor Abdul Rahman. Dia merupakan seseorang yang berjuang mempertahankan keselamatan rakyat. Selepas penguasaan Jepun di Tanah Melayu berakhir, Meor yang dilakonkan oleh Beto Kusyairy bekerja sebagai anggota polis di unit Cawangan Khas di Singapura. Kali ini dia berdepan dengan triad Cina, yang majoritinya beroperasi dalam perniagaan candu di bawah perlindungan pegawai rasuah.

Pelakon-Pelakon Menambah Seri Filem

Yang lebih menarik, tambahan pelakon-pelakon tanah air seperti Hanna Aqeela, Rabbit Chen, Tian Jiang Lee dan Sandra Lim menambah seri filem kedua ini. Selain nama-nama tempatan, pelakon antarabangsa seperti Fauzie Laily dan Bobby Tonelli turut menjadi pelengkap filem ini. Aura Sandra Lim yang memegang watak pembunuh cukup memberi impak. Yang menjadikan filem ini lebih menarik adalah kepantasan filem ini. Tiada babak yang membosankan dan membuatkan kita menunggu. Beto Kusyairy, Nabila Huda dan Syafie Naswip turut kekal dalam filem kedua ini dengan emosi yang lebih besar.

 

gayong 2

GLAM Lelaki turut berpeluang menemubual dan merakam momen watak utama, Beto Kusyairy bersiap untuk ke Malam Gala tersebut dalam segmen GL Roompass. “Gayong 2 lebih aksi, lebih drama, lebih brutal.” ujar Beto apabila ditanya 3 sebab orang ramai patut menonton filem ini. Jadi, sudah tentu anda semua perlu menonton filem ini!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Lelaki (@glamlelaki)

Pautan berkaitan: TARUNG: UNFORGIVEN BAWAKAN BARISAN PELAKON HEBAT

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

GL25: SOROTAN EKSKLUSIF TAHUN PENUH PENGARUH

GL25: SOROTAN EKSKLUSIF TAHUN PENUH PENGARUH

Bacaan Lanjut
TOP 5 FILEM MALAYSIA PALING HANGAT TAHUN 2025

TOP 5 FILEM MALAYSIA PALING HANGAT TAHUN 2025

Bacaan Lanjut
pelakon lelaki glam lelaki

5 BAKAT BAHARU YANG DIJANGKA “GOING BIG” PADA 2026

Bacaan Lanjut
GLAM LELAKI SEPTEMBER 2025 MEN IN CINEMA: IDAN AEDAN

GLAM LELAKI SEPTEMBER 2025 MEN IN CINEMA: IDAN AEDAN

Bacaan Lanjut
KLEPET BAWAKAN BARISAN PELAKON LELAKI HEBAT DALAM SATU FILEM

KLEPET BAWAKAN BARISAN PELAKON LELAKI HEBAT DALAM SATU FILEM

Bacaan Lanjut
6 WATAK IKONIK DALAM FILEM ROMANTIK KOMEDI MALAYSIA

6 WATAK IKONIK DALAM FILEM ROMANTIK KOMEDI MALAYSIA

Bacaan Lanjut