Skip to content

BELANJAWAN MALAYSIA 2025: PERUBAHAN MENGEJUTKAN WAJIB DIKETAHUI RAKYAT

Kongsikan artikel ini
3 of 3

BELANJAWAN MALAYSIA 2025

LANJUTAN PELEPASAN CUKAI PENDAPATAN INDIVIDU UNTUK YURAN TASKA ATAU TADIKA
Pelepasan cukai pendapatan untuk yuran taska atau tadika sehingga RM3,000 akan dilanjutkan selama tiga (3) tahun dari Tahun Taksiran 2025 hingga Tahun Taksiran 2027.

PELEPASAN CUKAI PENDAPATAN INDIVIDU UNTUK PERBELANJAAN PEMBELIAN MESIN PENGOMPOS SISA MAKANAN DOMESTIK

  • Skop pelepasan cukai pendapatan untuk peralatan pengecas kenderaan elektrik (EV) akan diperluaskan untuk termasuk pembelian mesin pengompos sisa makanan untuk kegunaan rumah.
  • Jumlah pelepasan kekal terhad kepada RM2,500.
  • Pelepasan untuk pembelian mesin pengompos sisa makanan boleh dituntut sekali dalam tempoh tiga (3) Tahun Taksiran.
    Ini akan berkuat kuasa mulai Tahun Taksiran 2025 hingga Tahun Taksiran 2027.

PENGECUALIAN CUKAI PENDAPATAN INDIVIDU KE ATAS SKIM HADIAH KEMENANGAN SUKAN
Pengecualian cukai pendapatan diberikan ke atas hadiah wang kemenangan sukan yang diterima oleh atlet individu dan pasukan melalui Skim Hadiah Kemenangan Sukan yang disediakan oleh kerajaan menerusi Majlis Sukan Negara.

 

Artikel Berkaitan: FAZZIQ MUQRIS, KONGSI TIPS & BAGAIMANA UNTUK KEKAL BERSEMANGAT DAN KONSISTEN (PART 1)

3 of 3