BERBUKA PUASA DENGAN PELBAGAI HIDANGAN ENAK DI HOTEL NEW WORLD PETALING JAYA
Pelbagai hotel mewah lagi selesa berlumba-lumba menampilkan bufet ramadan dengan variasi hidangan makanan yang cukup menyelerakan. Ini termasuklah bufet berbuka puasa dengan citarasa ala kampung dan tradisi di New World Petaling Jaya Hotel, sebuah hotel baru yang baru saja dilancarkan Januari lalu.
![]()
Untuk kamu yang gemar berbuka puasa secara bufet, New World Petaling Jaya Hotel adalah antara lokasi ‘panas’ pilihan pengunjung. Menampilkan pelbagai menu tradisional bercita rasa kampung, restoran PASAR BARU di New World PJ Hotel, membuatkan sesi berbuka puasa seolah seperti di rumah.

Pasar Baru menghidangkan lebih 100 jenis hidangan makanan bercita rasa tempatan dan tradisional Malaysia untuk bufet Medan Kampung yang ditawarkan. Daripada variasi makanan laut yang segar seperti yabby yang diimport khas, siput buluh, ketam dan udang, sehinggalah ke hidangan masakan tradisional Melayu yang menampilkan menu signature made-to-order sate daging dan ayam, makanan laut segar yang dipanggang dan bubur lambuk tradisi.

Antara menu utama pilihan kebanyakan pengunjung termasuklah kambing bakar, pencuci mulut, kuih-muih serta manisan ala kampung menjadi taruhan seperti sago gula Melaka, variasi kuih Melayu, blueberry cheese tart atau mungkin anda boleh hasilkan sendiri ais-krim soft-serve di mesin yang disediakan.
Bufet Medan Kampung dibuka bermula 17 Mei sehingga 14 Jun 2018 dari jam 6.30 petang sehingga 10.30 malam pada harga RM168 nett (dewasa) dan RM84 nett (kanak-kanak berusia 12 tahun serta warga emas berusia 60 tahun dan ke atas).

Buat sesi berbuka dengan kumpulan yang besar, Corporate Festive Packages turut disediakan dengan harga bermula RM148 nett seorang dengan tempahan minimum seramai 200 orang diperlukan. Jika ingin membuat tempahan, hubungi +603 7682 0000 atau e-mel ke marketing.petalingjaya@newworldhotels.com.
Oleh Wan Mohd Firdaus, 31 Mei 2018
Tags
Artikel Yang Berkaitan
APA SEBENARNYA MAKSUD ‘MAHU MENGAHWINI LELAKI KAYA’?
Adakah kesemua perempuan materialistik?
5 ARTIS LOKAL UNTUK DIDENGARI SEANDAINYA ANDA MEMINATI KUMPULAN ALPHA
Lihatkan lima artis lokal yang berkongsi latar bunyi bersama ALPHA, daripada DUKES hinggalah Aisha Retno.
RICK OWENS: BEGINIKAH RUPA FESYEN MASA HADAPAN?
Untuk 2026, dunia Rick Owens tampil lebih ekstrem menerusi koleksi Spring/Summer 2026 “Temple” dan Fall/Winter 2026 “Tower” dengan elemen masa hadapan.
7 PROMOSI SEMPENA MERDEKA 2026 UNTUK MERAIKAN SEMANGAT PARTIOTIK
Raikan Merdeka 2026 dengan 7 promosi dan acara menarik yang sedang berlangsung di seluruh Malaysia, daripada tawaran makanan dan pengalaman budaya hingga aktiviti bersama keluarga dan rakan.
GAYA MEWAH ZEEKR 7X BLACK NOVA
Zeekr 7X, model SUV elektrik kegilaan ramai, kini hadir dalam monokromatik hitam serba elegan, Zeekr 7X Black Nova.
5 FILEM YANG MEMBUKTIKAN BAKAT LAKONAN DAIYAN TRISHA
Biarpun sudah lama mengikuti atau baru mahu mengenali Daiyan Trisha, lihatkan lima sorotan filem terbaik yang menjadi bukti bakat lakonannya.










