BERDEPAN KEKECEWAAN SEKSUAL? MUNGKIN ANDA JUGA MANGSA!
Bagaimana mengenali tanda-tanda anda atau pasangan sedang berdepan dengan kekecewaan seksual?
Perasaan tidak sedap secara keseluruhan itu agak menebal jika anda atau pasangan sedang mengalami kekecewaan seksual. Tidak tahu apa yang tidak kena, perasaan kurang enak bila melihat pasangan atau diri sendiri membuat anda tidak bermaya untuk melakonkan babak seks bersama. Benar, kepuasan seksual memberi kehidupan seseorang itu lebih bermakna, bahagia, punya kesihatan fizikal dan mental yang baik, kualiti tidur yang cukup, dan kepuasan dalam hubungan bersama pasangan. Namun bila kita berdepan dengan kekecewaan seksual, ia sedikit sebanyak boleh mengakibatkan banyak perkara baik berubah menjadi sebaliknya seperti kekecewaan setiap hari sama ada terperangkap dalam lalu lintas, lewat ke tempat kerja, dimarahi bos dek tugasan yang tidak siap dan sebagainya.
Kekecewaan seksual adalah satu perkara biasa kita dengari dari sahabat terdekat, dan apabila tubuh mengalami perubahan seperti keletihan, fasa yang berbeza dalam hubungan anda dan menginginkan sesuatu yang berbeza daripada sebelumnya adalah antara puncanya. Walaupun kekecewaan seksual boleh dikategorikan dalam pelbagai perkara, ini beberapa tanda yang anda mungkin sedang bergelut dengan permasalahan ini:
- Tidak mencapai orgasme semasa melakukan hubungan seks.
- Memikir perihal seks pada masa yang tidak sesuai.
- Kurang fokus dan menghadapi masalah untuk menumpukan perhatian pada aktiviti harian.
- Anda berasa jauh dari segi emosi dan/atau fizikal daripada pasangan anda.
- Kurang melakukan hubungan seks dan bosan dengan intimasi yang sama.
- Tidak fokus kala bersama. Terlalu banyak perkara yang bermain di minda anda ketika itu.
- Tidak lagi berasa seronok atau ghairah apabila melakukan hubungan seks bersama pasangan.
- Mudah marah dan bergaduh hanya kerana perkara kecil.
- Cuba memulakan aktiviti seks lebih kerap daripada kebiasaaan.
- Tiada keinginan untuk bersama apatah lagi memulakannya.
- Tidak mahu memulakan hubungan seks kerana anda tahu ia tidak lagi suatu yang menyeronokkan.
- Anda lebih kerap menolak untuk bersama dengan pasangan.
- Pasangan anda tidak mahu mencuba atau belajar untuk menggembirakan anda ketika di ranjang.
Jika anda sedang bergelut dengan mana-mana permasalahan yang disenaraikan di atas, kekecewaan seksual mungkin antara sebabnya. Baca halaman sebelah untuk mengetahui bagaimana caranya menangani kekecewaan seksual jika anda atau pasangan anda adalah mangsanya.
Sebagai Pengarah Kreatif, mindanya ibarat kanvas yang hidup; liar, puitis, dan sentiasa dipenuhi ledakan idea. Bukan sekadar mencipta, Nisa' menghidupkan, mencabar arus, dan sentiasa bermain dengan kemungkinan baru serta tidak takut lari dari kebiasaan.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
MEN’S FASHION WEEK SS27: BARISAN DUTA GLOBAL & BINTANG KPOP YANG DIJANGKA MENGGEGARKAN ‘FRONT ROW’
Jelajahi jangkaan barisan duta global dan bintang K-Pop di pentas Menswear RTW SS27. Ikuti perkembangan trend terkini bersama GLAM LELAKI.
BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF
Boggi Milano melancarkan Koleksi Kapsul Piala Dunia 2026 di TRX. Terokai gaya sukan mewah lelaki urban moden di sini.
SAMSONITE PACU KELESTARIAN BERSAMA GAYA VERSATIL
Tingkatkan gaya kembara maskulin anda dengan Samsonite Myton dan Hi-Fi. Sertai Kempen Tukar Beli Bagasi 2026 demi kelestarian alam hari ini.
MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU
Rumah fesyen LOEWE membawakan manifestasi adibusana eksklusif ke padang hijau selaku rakan rasmi pasukan bola sepak kebangsaan Sepanyol.
ALPHA, BOY GROUP PALING ‘STUNNING’ & BERPENGARUH TAHUN INI
Kenali kumpulan ALPHA, ikon M-Pop paling berpengaruh tahun ini. Ketahui rahsia estetika visual dan dominasi karya hebat mereka sekarang.
EYKA FARHANA & AKHYAR RASHID KONGSI DETIK KELAHIRAN MUHAMMAD LUAY KHAYR
Eyka Farhana dan Akhyar Rashid kini bergelar ibu bapa. Ketahui detik kelahiran putera sulung dan maksud indah di sebalik namanya.











