BERGAYA INDIVIDUALIS NAN SPORTY
MINI CLUBMAN TERBARU HADIR PENUH GAYA LAGI TERSENDIRI. TAMPIL DALAM VARIAN COOPER S, CLUBMAN BARU INI MENGGABUNGKAN CIRI-CIRI PEMANDUAN MINI YANG MENGUJAKAN DENGAN KEUPAYAAN PEMANDUAN HARIAN SERTA BUAT KEMUDI PERJALANAN BERJARAK JAUH.

MINI, jenama automotif premium kompak tercanggih di Malaysia merungkaikan versi terkini MINI Clubman. Bagi membekalkan sebuah pengalaman pemilikan luar biasa yang sinonim dengan MINI, ia hadir dengan sentuhan terkini buat elemen eksterior serta interior. Tampil dengan susuk rekaan terbaru yang meliputi penawaran eksterior dengan rona terbaru yakni merah menyala atau Indian Summer Red. Langsung, penyerlahan interior yang elegan serta keupayaan keterhubungan diperkembangkan menerusi rangkaian perkhidmatan digital MINI Connected. Di mana ia, menonjolkan perwatakan progresif dan orientasi gaya hidup yang dibawakan oleh MINI Clubman. MINI Connected generasi terbaru juga disertakan berteknologi SIM 4G terintegrasi yang memaksimumkan ciri-ciri keselamatan dan kemudahan di atas jalan raya.

Sehubungan itu, MINI Clubman ini turut hadir dengan gril radiator yang diperbaharui bagi menerbitkan penampilan lebih sporty. Termasuk lampu hadapan LED baru dan lampu kabus, serta Transmisi Automatik ‘Dual Clutch Sports’ Tujuh Kelajuan yang menawarkan kemudahan penukaran gear yang pantas, lalu dipersiap efisiensi teroptimum. Pada keliling lampu utama bulatnya, terdapat lingkaran lampu putih yang bertindak sebagai lampu siang, dan juga boleh bertukar warna utama untuk menjadi lampu penunjuk arah. Dikuasakan oleh enjin 2.0 liter MINI TwinPower Turbo yang mampu menjana 192 hp dan 280 Nm tork. Ia berupaya memecut dari 0 ke 100 kmh hanya dalam masa 7.2 saat juga berkemampuan mencatat kelajuan tertinggi mencecah 228 km/j. Sementara mengguna pakai 6.2 liter bahan api bagi setiap jarak perjalanan berjumlah 100 km, dan menjana output CO2 berjumlah 141 g/km.

MINI Clubman terbaru ini sudah boleh dilihat dengan lebih dekat di pusat pameran bermula awal November lalu dan ditawarkan dalam warna Indian Summer Red, British Racing Green, Pepper White, Thunder Grey, Melting Silver dan Starlight Blue. Interiornya pula diolah dengan upholsteri tempat duduk ‘MINI Yours Walknappa Leather Lounge Carbon Black’. Tempat duduknya juga menampilkan perincian corak Union Jack yang ikonik pada bahagian penyandar kepala. Lantas, memberikan sentuhan tambahan pada ruang interior yang sinonim dengan jentera MINI.

Turut, memperkayakan elemen pencahayaan dan ambien MINI Clubman terbaru ialah ‘MINI Yours Interior Styles’ yang diterangi dalam rona biru ‘Frozen Blue’. Selain itu, ia menawarkan hiburan muzik premium dengan Sistem 12 Pembesar Suara Harman Kardon, disuaikan secara eksklusif untuk MINI Clubman terbaru. Memperdengarkan bunyi bes yang jitu serta kualiti bunyi yang cemerlang. Edisi terbaru MINI Clubman berharga RM298,888. Tidak termasuk insurans, bersama jaminan selama empat tahun tanpa had batuan, servis berkala percuma dan program bantuan tepi jalan lima tahun. Bagi maklumat lanjut mengenai MINI Clubman terbaru kunjungi www.mini.my.

Tags
Artikel Yang Berkaitan
THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA SALMAN FARISH
Memiliki gaya peribadi yang unggul menjadikan Salman Farish salah satu inspirasi fesyen terbesar untuk generasinya. GLAM Lelaki tampilkan Salman Farish untuk November 2025.
THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA ISMAIL IZZANI
'The Hypemakers' untuk GLAM Lelaki November 2025. Ismail Izzani antara lima personaliti ditampilkan menghiasi cover digital bulan November
6 INFLUENCER PEREMPUAN YANG BERPENGARUH DI MALAYSIA KINI
GLAM Lelaki mengetengahkan enam influencer perempuan yang kini mendominasi ruang media sosial melalui pengaruh dan kapakaran dalam kandungan masing-masing.
THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA FAZZIQ MUQRIS
'The Hypemakers' untuk GLAM Lelaki November 2025. Fazziq Muqris antara lima personaliti ditampilkan menghiasi cover digital bulan November.
THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA MIERUL AIMAN
'The Hypemakers' untuk GLAM Lelaki November 2025. Mierul Aiman antara lima personaliti ditampilkan menghiasi cover digital bulan November.
KAPTEN BATIK: MERAIKAN WARISAN BERINSPIRASIKAN GAYA MODEN
Kapten Batik membuka butik utama di The Gardens Mall, meraikan warisan batik Malaysia yang meraikan warisan dan rekaan moden.











