BRAD PITT PANDU SENDIRI DI DALAM F1 THE MOVIE!
Bersedia untuk pengalaman perlumbaan yang bukan biasa-biasa? F1 The Movie akhirnya memecut masuk ke pawagam dan membawa penonton terus ke jantung dunia Formula 1 dengan kelajuan yang gila, aksi yang menggetarkan dan gaya yang penuh kelas.
Bukan sahaja Brad Pitt memegang watak utama sebagai pelumba veteran, tetapi apa yang membuatkan filem ini lebih ‘cool’ adalah penglibatan Tommy Hilfiger sebagai rakan gaya rasmi dalam filem ini. Ya, bukan sekadar perlumbaan, fesyen pun sama penting di litar kali ini.
Dengan sentuhan pengarah Top Gun: Maverick, Joseph Kosinski, dan penggambaran eksklusif di Grand Prix sebenar, filem ini memang wajib tonton untuk peminat F1, pencinta fesyen, dan semua yang sukakan adrenaline.
Brad Pitt Pandu Sendiri, Bukan Gimik, Bukan CGI!

Kredit foto: F1 The Movie
Brad Pitt memegang watak Sonny Hayes, bekas pelumba F1 yang kembali ke litar untuk membimbing pelumba muda berbakat dalam pasukan fiktif APXGP. Filem ini merakamkan perjalanan mereka bersaing dengan pasukan sebenar seperti Ferrari, Mercedes dan Red Bull.
Yang paling mind-blowing, Brad Pitt memandu sendiri sebuah kereta Formula 2 yang diubah suai dengan penuh aksi di litar sebenar. Kereta ini dilengkapi dengan aero-package Formula 1, tetapi enjin asalnya telah dibuang dan digantikan dengan motor elektrik khas untuk penggambaran.
Walaupun kereta ini dipandu semasa hujung minggu perlumbaan sebenar, ia tidak melibatkan sesi rasmi F1. Namun, semua penggambaran dijalankan di tengah-tengah suasana sebenar Grand Prix, memberikan vibe yang sangat real dan immersive.
Kereta istimewa ini dihasilkan melalui kolaborasi eksklusif antara Mercedes-AMG F1 dan Carlin Motorsport, menjadikan babak perlumbaan dalam filem ini kelihatan tulen dan profesional.
Brad Pitt Latihan Hardcore & Kereta Custom Mercedes

Kredit foto: F1 The Movie
Brad Pitt bukan sekadar berlakon. Beliau menjalani latihan intensif dan memandu sendiri kereta F2 custom yang direka oleh Mercedes untuk babak penggambaran. Dalam beberapa babak, anda akan lihat sendiri aksi pemanduan Pitt di litar terkenal seperti Silverstone, Monza dan Spa.
Filem ini turut mendapat sentuhan Lewis Hamilton sebagai penerbit eksekutif untuk memastikan filem ini betul-betul tepat dari segi budaya dan dunia sebenar F1.
Tommy Hilfiger: Gaya Eksklusif di Litar

Kredit foto: Deadline
Satu lagi highlight menarik dalam F1 The Movie adalah kolaborasi Tommy Hilfiger sebagai ‘Official Apparel Partner’. Tommy Hilfiger bukan nama asing dalam dunia F1 kerana jenama ini sudah lama menjadi rakan rasmi Mercedes-AMG Petronas Formula One Team.
Dalam filem ini, Tommy Hilfiger memastikan semua kru pasukan APXGP tampil dengan gaya ikonik dari jaket paddock, pakaian pit crew, hingga busana kasual Brad Pitt sendiri di luar litar. F1 bukan sahaja tentang siapa yang terpantas tetapi siapa yang paling bergaya juga.
Kolaborasi ini bukan sekadar dalam filem, ia turut memberi inspirasi kepada koleksi kapsul F1 x Tommy Hilfiger yang boleh anda dapatkan di butik terpilih.
Penggambaran Di Litar Ikonik Dunia

Kredit foto: Getty Images
Team F1 membawa Brad Pitt dan Damson Idris ke 2023–2024 musim Grand Prix untuk rakaman aksi berkelas dunia. Antara litar yang dijadikan lokasi ialah:
-
Silverstone (UK)
-
Spa‑Francorchamps (Belgium)
-
Monza (Italy)
-
Hungaroring (Hungary)
-
Suzuka (Japan)
-
Zandvoort (Netherlands)
-
Mexico City (Mexico)
-
Las Vegas Strip (USA)
-
Yas Marina (Abu Dhabi)
Mereka juga sempat merakam penggambaran di litar non‑F1 seperti Daytona Beach & Paul Ricard ! APXGP difilem secara rasmi semasa Formation Lap di litar-litar ini, babak yang memberi rasa real tanpa menyertai sesi F1 sebenar.
F1 The Movie Kini Di Pawagam

Kredit foto: The Today Show
Berita baik: F1 The Movie kini sudah ditayangkan di pawagam seluruh negara! Ini adalah pengalaman perlumbaan yang mesti ditonton di layar besar, anda akan terasa seperti berada di paddock sebenar.
Dengan gabungan aksi realistik, fesyen berkelas dan pelakon berbakat, filem ini berpotensi menjadi karya perlumbaan terbaik dekad ini setanding dengan Rush dan Ford v Ferrari.
Sebab Wajib Tonton F1 The Movie

Kredit foto: F1 The Movie
-
Aksi Real Grand Prix: Dirakam di litar sebenar dengan penonton sebenar.
-
Brad Pitt Bukan ‘Stunt Double’: Beliau memandu sendiri kereta F2 modified.
-
Gaya Tommy Hilfiger: Fesyen paddock paling ‘in’ di dunia F1.
-
Input Lewis Hamilton: Asli, tepat dan penuh hormat pada dunia F1 sebenar.
Jadi tunggu apa lagi? Tempah tiket anda sekarang dan alami sendiri gabungan kelajuan dan gaya dalam F1 The Movie!
Artikel berkaitan: KOLEKSI APXGP TOMMY HILFIGER GABUNGAN BERSAMA FILEM F1®
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KOLEKSI APXGP TOMMY HILFIGER GABUNGAN BERSAMA FILEM F1®
Tommy Hilfiger telah menyatukan dunia fesyen, sukan permotoran dan penceritaan sinematik menerusi pelancaran Koleksi APXGP.
10 FILEM BAKAL MENGHIBURKAN ANDA PADA SUKU KEDUA 2025
Tahun ini peminat filem dijanjikan dengan naskah luar biasa yang menampilkan barisan pelakon ternama tempatan dan antarabangsa.
GLAM LELAKI MAC 2025 #MODERNMUSES MEMPERSEMBAHKAN AEDY ASHRAF
Memutuskan untuk memberi tumpuan kepada penghasilan dan pengarahan filem, melangkah tegas meninggalkan arena drama dan kini memberikan fokus kepada produksi filem yang lebih memberi impak. "Saya merancang untuk tidak terlibat dengan drama dalam lima tahun akan datang."
DOMINASI STRAY KIDS SEBAGAI DUTA JENAMA
Dalam era di mana selebriti dan idola K-pop menjadi wajah utama jenama mewah global, Stray Kids muncul sebagai kuasa besar.
LOUIS VUITTON MENJADI RAKAN RASMI FORMULA 1
Rumah fesyen mewah Louis Vuitton telah mengumumkan perkongsian bersejarah selama 10 tahun dengan Formula 1, menjadikannya Rakan Rasmi.
BRAD PITT BERSUARA SELEPAS WANITA DITIPU HASIL PENIPUAN CATFISHING
Nasib si malang! Heboh satu dunia apabila hanya dengan menggunakan teknologi seorang wanita Perancis yang ditipu untuk menjalinkan hubungan dalam talian dengan seorang penipu yang menyamar sebagai pelakon pemenang Oscar itu. Dalam satu kisah seperti filem Hollywood, seorang penipu yang menyamar sebagai Brad Pitt didakwa melarikan wang ribuan dolar dalam satu skim penipuan catfishing. Inilah…