CIRI TERKINI FITNESS+ KINI BOLEH DINIKMATI TANPA APPLE WATCH
Fitness+ Tersedia untuk Pengguna iPhone
Mulai 24 Oktober, buat pertama kalinya, Fitness+ akan tersedia untuk pengguna iPhone untuk melanggan dan menikmatinya di 21 negara yang ditawarkan, walaupun mereka tidak mempunyai Apple Watch. Pengguna iPhone akan mempunyai akses kepada keseluruhan perkhidmatan yang menampilkan lebih 3,000 senaman dan meditasi gaya studio, semuanya diketuai oleh pasukan jurulatih yang pelbagai dan inklusif. Pengguna juga akan melihat panduan jurulatih pada skrin dan pemasaan selang waktu, dan anggaran kalori yang dibakar akan digunakan untuk membuat kemajuan pada cincin Move mereka.
Dengan iOS 16.1, Fitness+ akan disepadukan sepenuhnya dengan aplikasi Fitness dan terletak di tab tengah, di mana pengguna boleh terus bermotivasi untuk menutup cincin Move mereka melalui coaching, award, activity sharing dan banyak lagi. Pengguna hanya memerlukan iPhone untuk mendaftar, dan kemudian boleh melayari Fitness+ pada iPhone, iPad dan Apple TV. Pelanggan Fitness+ tanpa Apple TV boleh menggunakan AirPlay untuk menstrim latihan atau meditasi pada peranti pihak ketiga yang serasi, dan semua peranti Roku yang didayakan AirPlay akan melihat metrik pada skrin untuk motivasi tambahan bulan depan.

Pengguna iPhone akan mempunyai akses kepada keseluruhan perpustakaan Fitness+ yang menampilkan lebih 3,000 senaman dan meditasi gaya studio, semuanya diketuai oleh pasukan jurulatih yang pelbagai dan inklusif. Pengguna juga akan melihat panduan jurulatih pada skrin dan pemasaan selang waktu, dan anggaran kalori yang dibakar akan digunakan untuk membuat kemajuan pada cincin Move mereka.
Pengguna Fitness+ dengan Apple Watch boleh terus meningkatkan motivasi mereka ke tahap seterusnya dengan metrik masa nyata yang diperibadikan yang dipaparkan pada iPhone, iPad dan Apple TV, serta keupayaan untuk menggunakan Time to Walk, Time to Run dan meditasi hanya dengan Apple Watch mereka dipasangkan dengan fon kepala berdaya Bluetooth.
Artikel berkaitan: 10 PERKARA ANDA PERLU TAHU TENTANG IOS 16
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DANIEL BOGERS, BEKAS PELUMBA MOTOR, KINI MENONJOL SEBAGAI INSPIRASI FITNESS & PENGULAS SUKAN
Daniel Bogers mengubah haluan kerjayanya sebagai pengulas dan hos sukan, sambil menyalurkan minatnya dalam dunia kecergasan.
MOMEN JAM TANGAN PALING BERPENGARUH TAHUN 2025
Tahun 2025 mengubah landskap horologi global dengan momen jam tangan selebriti, Rolex, TAG Heuer dan Formula 1.
OSKAR LEE, SEIMBANG ANTARA SUKAN DAN STAIL. “SAYA MEMANG AKTIF SUKAN SEJAK KECIL.”
"Gaya saya banyak berubah. Era “hypebeast streetwear” dulu sudah berakhir, kini berkembang menjadi sesuatu yang lebih matang," Oskar Lee.
INSPIRASI BAHARU DUNIA FITNESS MALAYSIA: ‘NEXT-GEN FITFLUENCERS’
Temui barisan fitfluencer, ikon baharu dunia fit Malaysia yang sedang mencipta nama dan memberi inspirasi di media sosial.
KETAHUI 7 CARA UNTUK MENGATASI KULIT BERJERAWAT DAN SENSITIF UNTUK KAUM LELAKI
Masalah kulit berjerawat dan sensitif bukan hanya dialami oleh wanita, malah lelaki juga Ketahui tips atasi kulit berjerawat dan sensitif.
PEMUZIK DENGAN KEMENANGAN TERBANYAK DI AMAS
Pemuzik yang meraih kemenangan terbanyak di American Music Awards membuktikan kebolehan mereka di dalam industri muzik yang sengit.











