5 DRAMA LAKONAN ALVN YANG CEMERLANG
Banyak rupanya drama ALVN yang cemerlang. Ini lima buah dramanya yang kalau anda tonton pasti akan ingat sampai bila-bila.
Ramai yang tidak tahu, ALVN atau dahulu dikenali sebagai Alvin Chong memulakan kariernya di dalam industri seni dengan bidang nyanyian. ALVN memulakan kariernya sebagai seorang penyanyi pada tahun 2009 melalui rancangan Astor Star Quest.
Namun, dia mendapat lebih banyak perhatian apabila mula berlakon. Karier lakonannya yang kini sudah menjejak 12 tahun, bermula pada tahun 2014. Pada tahun 2016, dia mula menyertai industri lakonan drama melayu dengan drama Dia Semanis Honey. Banyak drama melayu yang dilakonkan olehnya dan kefasihannya dalam berbahasa melayu menaikkan lagi jumlah peminatnya di Malaysia. GLAM Lelaki akan senaraikan lima drama lakonan ALVN yang cemerlang dan boleh ditonton sebagai throwback, sempena cover star GLAM Lelaki April 2025.
Drama Alvn Chong Yang Patut Tonton
#1 Drama Alvn: Suri Hati Mr. Pilot
Drama yang pernah menjadi kegilaan ramai pada tahun 2016, Suri Hati Mr. Pilot merupakan sebuah drama televisyen yang diarahkan oleh Hadith Omar, menampilkan Fattah Amin dan Neelofa sebagai pelakon utama. ALVN memegang watak Johan, rakan baik kepada Ejaz Fakhri (Fattah Amin) yang merupakan seorang juruterbang juga. Watak Johan banyak memberi sokongan kepada Ejaz yang berada di dalam konflik percintaan bersama Warda Erina (Neelofa). Drama ini menjadi salah satu drama yang membuka nama ALVN ke dunia lakonan, hingga dianggap mualaf oleh ramai orang kerana wataknya.
#2 Awak Suka Saya Tak?
Awak Suka Saya Tak dibintangi oleh ALVN dan Emma Maembong, ditayangkan pada tahun 2017, arahan Raja Ahmad Alauddin. Cerita tentang Hilman Yong (ALVN), seorang mualaf berdarah Korea-Amerika-Cina, dan Intan Zulaikha, (Emma Maembong) seorang gadis Melayu. Walaupun perbezaan menyatukan mereka, hubungan mereka diuji apabila Hilman kehilangan hingga menimbulkan konflik antara mereka. Hubungan persahabatan antara ALVN dan Emma Maembong bermula dari drama ini.
#3 Drama Alvn: She Was Pretty
She Was Pretty ialah drama web Malaysia 2022 arahan Yusry Abdul Halim dengan skrip oleh beberapa penulis termasuk Rafidah Abdullah. Dibintangi Diana Danielle, Aiman Hakim Ridza dan Alvin Chong, drama ini merupakan adaptasi daripada siri Korea Selatan popular tahun 2015. ALVN memegang watak Ashraff Yatim, rakan sekerja Nadia (Diana Danielle) yang banyak membantunya dan suka menyakatnya.
#4 Takdir Yang Tertulis
Takdir Yang Tertulis merupakan sebuah drama yang ditayangkan pada tahun 2021, diarahkan oleh Shahrulezad Mohameddin. Ia menampilkan lakonan Nad Zainal, Nazim Othman, Datin Elvina Mohamad dan ALVN. ALVN memegang watak Ean, rakan universiti kepada Juweta (Nad Zainal), Ruhila (Datin Elvina), dan Azlan (Nazim Othman). Konflik berlaku apabila Azlan menaruh hati pada Ruhila tanpa menyedari bahawa Ruhila ialah kekasih Ean, perkara ini sedikit sebanyak menimbulkan rasa tergugat dalam diri Ean.
#5 Drama Alvn: Rahsiamu Selamat Denganku
Rahsiamu Selamat Denganku ialah sebuah drama yang diarahkan oleh Jade dan Faliq Sharif pada tahun 2024. Ia menampilkan Alvin Chong dan Siti Khadijah Halim sebagai pelakon utama. Ia menceritakan tentang Profesor Hana (Siti Khadijah Halim) yang tampak sempurna sebagai ahli akademik. Namun di sebalik imej profesionalnya, tersembunyi rahsia yang mengejutkan, dia sebenarnya peminat fanatik K-Pop. Profesor Rafel (Alvin Chong) juga mempunyai rahsia sendiri dan mereka mengetahui rahsia masing-masing. Kisah antara mereka berdua bermula di situ.
Artikel Berkaitan: 5 DRAMA SHUKRI YAHAYA YANG HEBAT DAN PATUT TONTON SEKARANG
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 DRAMA SHUKRI YAHAYA YANG HEBAT DAN PATUT TONTON SEKARANG
Pelakon yang cukup terkenal di Malaysia, Shukri Yahaya sekali lagi mengejutkan orang ramai dengan lakonannya yang tidak terhingga.
ALVN: 5 ACARA FESYEN BESAR PERNAH DIHADIRI
Impak ALVN di dalam dunia fesyen semestinya tidak mampu dinafikan lebih-lebih lagi apabila wajahnya sering kelihatan di acara fesyen dunia.
ALVN, “SAYA MAHU MENCUBA WATAK LEBIH GELAP, PUNYA DIMENSI YANG LEBIH MENDALAM.”
Dalam industri yang sentiasa berubah, Alvn adalah bukti bahawa ketahanan dan evolusi adalah kunci kejayaan. Sebagai seorang pelakon yang berpengalaman dan wajah yang dikenali dalam dunia fesyen, dia telah mengharungi pelbagai cabaran untuk menempatkan dirinya dalam kedua-dua bidang ini.
DATUK ADI PUTRA PUNCA AIR MATA AMYRA ROSLI MENITIS
Datuk Adi Putra, namanya menjadi sebutan apabila memegang watak antagonis yang bisa membuat aktres Amyra Rosli tersiksa.
FATTAH AMIN: MENJIWAI WATAK DALAM “BIDAAH”
Bidaah bukan sekadar drama, tetapi sebuah pengalaman emosi yang mendalam dan Fattah Amin adalah bintang yang menerangi kisah ini.
MENGENANG ASHRAF SINCLAIR: HENING RINDU NOAH AIDAN SINCLAIR
Tahun ini genap 5 tahun perginya aktor terkenal Allahyarham pelakon dan pengacara terkenal, Ashraf Sinclair. Kepergiannya yang berpunca daripada serangan jantung di Jakarta, Indonesia.