EXO BAEKHYUN DAN D.O BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA SECARA SOLO
Ahli EXO, Baekhyun dan D.O bakal ke Malaysia secara individual untuk konsert solo mereka pada tahun ini. Penantian EXO-Ls kini tamat!
Dua ahli kumpulan lagenda Korea Selatan, EXO bakal kembali ke Malaysia untuk konsert jelajah dunia solo mereka. Baekhyun dan D.O akan melakukan konsert mereka pada bulan yang sama, Ogos 2025 nanti. Jadi, adakah erikyoongs dan dandanies sudah bersedia untuk dua konsert yang cukup hangat ini? Buat julung kalinya, Baekhyun akan ke Malaysia secara solo untuk <Reverie> 2025 World Tour. Ini merupakan jelajah dunia kedua Baekhyun, tetapi pertama kali di Malaysia. Baekhyun telah memulakan titik langkah jelajah dunianya di Korea Selatan pada bulan Jun 2025, membangkitkan lagi keterujaan peminatnya yang sudah lama menanti.
Mempunyai nama yang sama dengan album terbarunya, Reverie membawa maksud pengalaman yang indah bak mimpi. Gabungan visual dan sentuhan emosi Baekhyun di dalam album ini, peminat semestinya boleh menantikan konsert itu. Konsert Reverie World Tour 2025 yang bakal bertempat di Kuala Lumpur akan diadakan pada 23 Ogos 2025, di Idea Live KL, anjuran iME Malaysia. Jualan tiket telah berlangsung pada 17 Jun 2025 yang lalu. Tiket konsert itu dikhabarkan telah habis dijual lebih kurang dalam masa 2 minit. Baekhyun effect indeed!
Kemunculan D.O di Malaysia Selepas Baekhyun
Seminggu selepas kehadiran vokalis utama EXO di Kuala Lumpur, seorang lagi vokalis utama dari kumpulan itu bakal kembali untuk konsert solo keduanya di Malaysia. Bakal berlangsung pada 30 Ogos 2025, DOH KYUNG SOO ASIA CONCERT TOUR <DO it!> bakal berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil. Jelajah ini dijadualkan bakal bermula di Seoul pada bulan Julai. Ia juga akan hadir dengan beberapa persembahan tambahan di seluruh Asia termasuk Taipei, Manila, Bangkok dan Tokyo.
Pada tahun 2024, D.O ke Malaysia buat konsert solo sulungnya dan dia menyimpan kenangan yang cukup manis bersama peminat, serta makanan tempatan. Kepulangan D.O pada 30 Ogos ini amat dinanti-nantikan oleh peminatnya, EXO-Ls. Jualan tiket telah bermula pada 9 Jun 2025 yang lalu, dibawah anjuran UnUsUaL Entertainment dan HS Entertainment. D.O juga bakal membuat kemunculan semula dengan album baharu berjudul BLISS pada 7 July 2025.
Pada 24 Mei 2025 yang lalu, salah seorang ahli EXO Kai juga hadir ke Malaysia untuk jelajah dunia solonya. Ini merupakan konsert pertamanya selepas tamat perkhidmatan tentera. Seminggu kemudian, diikuti oleh ketua kumpulan EXO, Suho juga hadir pada 30 Mei 2025 untuk konsert solonya. Tahun 2025 semestinya dipenuhi dengan konsert solo ahli EXO di Malaysia. Mungkin kita dapat lihat mereka berkumpul semula pada tahun hadapan di Malaysia? We never know!
Pautan Berkaitan: 8 KONSERT KOREA SELATAN BAKAL KE MALAYSIA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
NEW RELEASE K-POP ANDA PATUT DENGAR DI SPOTIFY
Lagu-lagu new release K-pop semestinya menjadi satu keperluan untuk di dengari setiap kali dilancarkan di platform-platform muzik digital.
KENALI 7 PELAKON SIRI NETFLIX WEAK HERO CLASS 2
Drama bersiri Weak Hero Class 2 kini kembali untuk musim kedua, dengan situasi yang lebih intense dan aksi yang lebih hebat.
8 KONSERT KOREA SELATAN BAKAL KE MALAYSIA
Peminat muzik Korea Selatan bakal dihiburkan oleh pelbagai artis dari berbeza genre setiap hujung minggu dengan konsert yang tidak terhenti.
8 FAKTA MENARIK TENTANG HYUNJIN BERSAMA VERSACE
Hyunjin dari Stray Kids terus mencuri perhatian di Milan Fashion Week, terutamanya melalui kerjasama eksklusifnya dengan Versace.
DOMINASI STRAY KIDS SEBAGAI DUTA JENAMA
Dalam era di mana selebriti dan idola K-pop menjadi wajah utama jenama mewah global, Stray Kids muncul sebagai kuasa besar.
KAI EXO TAMAT LATIHAN KETENTERAAN SELEPAS 2 TAHUN
The It Boy is back! Kai dari EXO akhirnya sudah menamatkan latihan ketenteraannya selepas setahun sembilan bulan.