FILEM PANGKU, LAKONAN CLARESTA TAUFAN, FEDI NURIL & ARAHAN REZA RAHADIAN
Filem Pangku arahan Reza Rahadian kini ditayangkan di Malaysia dengan jalan cerita penuh peribadi dan menyentuh emosi penonton.
Pangku ialah sebuah filem Indonesia terbitan 2025 arahan Reza Rahadian, menandakan debut pengarahan filem cereka beliau. Skrip filem ini ditulis bersama Felix K. Nesi. Filem ini dibintangi Claresta Taufan sebagai Sartika, seorang ibu tunggal yang bekerja sebagai pelayan kopi pangku. Penggambaran utama filem ini bermula pada November 2024.
Filem Pangku mengadakan tayangan perdana dunia di Festival Filem Antarabangsa Busan ke-30 dalam segmen Visions – Asia pada 20 September 2025. Mereka berjaya memenangi empat anugerah. Ia kemudian ditayangkan di pawagam Indonesia pada 6 November 2025. Di Festival Filem Indonesia 2025, Pangku dinobatkan sebagai Filem Terbaik serta meraih tiga lagi anugerah.
Berlatarbelakangkan krisis ekonomi Indonesia pada tahun 1998, filem ini mengisahkan seorang wanita muda, Sartika yang bekerja di kedai kopi pangku. Ia merupakan sebuah pekerjaan di mana wanita duduk di pangkuan pelanggan lelaki ketika mereka minum kopi. Sartika melakukan kerja ini demi mengubah nasib dan menjamin kehidupan yang lebih baik untuk anaknya.
Idea asal filem ini tercetus apabila Reza Rahadian menyaksikan kewujudan kedai kopi pangku ketika menjalani penggambaran di kawasan Pantura pada tahun 2020.”Ini tahun ke 20 saya dalam industri dan saya rasa ini adalah masanya untuk saya mula mengarah. Saya inginkan konsep ini untuk menjadi filem pertama yang saya arahkan.” ujar Reza Rahadian ketika malam premier filem Pangku di Kuala Lumpur.
Fedi Nuril Sebagai Watak Utama Filem Pangku
Menurut Fedi Nuril, Reza menyifatkan filem ini sebagai sebuah “surat cinta” buat ibunya. Filem tersebut dihasilkan dengan penuh kejujuran. Ini semua kerana perkara-perkara kecil yang menyentuh perasaan mampu mengubah kehidupan seseorang. Fedi turut menyatakan keyakinannya terhadap watak yang dibawanya.
Dia juga menekankan bahawa karya yang bersifat peribadi akan sentiasa meninggalkan kesan mendalam dan kekal diingati oleh penonton sepanjang masa. Salah satu fakta istimewa tentang filem ini, lokasi yang dijalankan merupakan kota kelahiran ibu kepada Devano Danendra, menjadikan filem ini cukup peribadi buat dirinya juga.
Projek ini turut dipilih untuk menyertai JAFF Market 2024 sempena Festival Filem Asia Jogja-NETPAC ke-19. Ia juga terlibat dalam Hong Kong—Asia Film Financing Forum 2025 dan terpilih sebagai salah satu projek yang dibentangkan di Marché du Film. Selain itu, Pangku dipilih untuk program Far East in Progress di bawah Focus Asia semasa Far East Film Festival, serta menerima geran pascaproduksi daripada Red Sea Fund pada tahun 2025.
Pautan berkaitan: FILEM IKONIK LAKONAN PRIMADONA MALAYSIA, ERRA FAZIRA
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
IMBAS 8 LELAKI YANG MENGHIASI COVER GLAM LELAKI 2025
Mari imbas semula 8 lelaki ikonik yang menjadi penghias cover GLAM Lelaki pada tahun 2025 dengan aura mereka yang tersendiri.
“PRIVACY IS A LUXURY” – REZA RAHADIAN
Eksklusif digital cover Ogos 2025, GLAM Lelaki tampilkan ikon filem dan pelakon hebat dari Indonesia, Reza Rahadian. Yang telah meraih pelbagai anugerah dan gelaran sepanjang dua dasawarsa berkarya.
GLAM LELAKI OGOS 2025
I choose not to use the word ‘celebration’ . It’s more of a reflection. This whole process – sama ada ketika menghasilkan buku atau pameran adalah sebuah proses yang sangat contemplative. Saya merefleksi semula apa kesilapan yang pernah dilakukan, apa yang saya pelajari and what keeps me going as a person,” ujar Reza Rahadian, wajah…
LIMA KARAKTER FILEM IKONIK LAKONAN REZA RAHADIAN
Reza Rahadian terkenal sebagai pelakon yang memiliki versatiliti luar biasa dalam membawa karakter dengan penuh penghayatan.
AKTRES YANG PERNAH JADI ISTERI FEDI NURIL, RAJA POLIGAMI DI LAYAR PERAK
Fedi Nuril yang terkenal dengan watak berpoligami akan kembali dengan genre yang lebih kurang pada tahun 2025.










