Skip to content

FILEM UNTUK DITONTON SEPANJANG CUTI RAYA BERSAMA KELUARGA

FILEM UNTUK DITONTON SEPANJANG CUTI RAYA BERSAMA KELUARGA

Kongsikan artikel ini

Cuti Hari Raya tahun ini boleh diisi dengan menonton filem-filem yang memberi nostalgia bersama keluarga di rumah. 

Hari Raya Aidilfitri merupakan salah satu perayaan yang paling dinanti-nantikan di Malaysia. Ia bukan sahaja waktu untuk bermaaf-maafan dan meraikan kemenangan selepas sebulan berpuasa. Ia juga saat terbaik untuk berkumpul bersama keluarga, sanak-saudara dan sahabat handai. Suasana rumah yang meriah dengan lampu-lampu berwarna-warni, bau rendang dan ketupat yang menggamit selera. Kegembiraan anak-anak yang bermain bunga api, menjadikan Raya momen yang tidak ternilai untuk diingati.

Selain daripada aktiviti tradisional seperti bersalam-salaman dan makan bersama, menonton filem bersama keluarga juga menjadi cara yang menyeronokkan untuk mengisi waktu lapang sepanjang cuti. Filem bertema Raya atau filem keluarga tempatan bukan sahaja menghiburkan, malah sering memaparkan nilai kekeluargaan, persahabatan, perpaduan budaya dan pengajaran moral yang boleh dijadikan iktibar.

Di samping itu, sesetengah filem komedi atau filem klasik membawa unsur nostalgia. Ia mampu mengimbau kenangan zaman kanak-kanak dan cara orang ramai meraikan Raya dahulu. Dengan pelbagai genre yang tersedia seperti komedi, romantik, antologi, sehinggalah seram ringan. Penonton pasti dapat memilih filem yang sesuai dengan citarasa keluarga. Berikut ialah lima filem Malaysia yang amat sesuai ditonton sepanjang cuti Raya, lengkap dengan sinopsis dan senarai pelakon utama, agar momen berkumpul bersama keluarga lebih meriah dan bermakna.

#1 Sa Balik Baju

Sinopsis: Sa Balik Baju ialah sebuah filem komedi Malaysia yang memaparkan enam kisah kehidupan wanita moden. Ia mengisahkan tentang cinta, kerja, media sosial dan perjalanan hidup mereka yang saling bersilang. Filem ini menonjolkan bagaimana tekanan zaman moden memberi kesan kepada hubungan dan identiti peribadi.

Lakonan: Nadiya Nisaa, Elena Laurel Moujing, Juliana Evans, Sarancak, Mira Filzah, Kaka Azraff, Jo Kukathas

#2 I Know What You Did Last Raya

Sinopsis: I Know What You Did Last Raya ialah filem komedi seram Malaysia yang menjadi nostalgia Raya. Ia mengisahkan sekumpulan lima sahabat yang dalam perjalanan pulang ke kampung pada malam Raya terlibat dalam satu kejadian pelik selepas melanggar seorang lelaki tua dan kambingnya. Situasi itu membawa kepada siri kejadian lucu dan misteri ketika mereka cuba menyembunyikan kejadian tersebut.

Lakonan: Erra Fazira, Waheeda Wassini, Mazlan Pet Pet, Azlee Jaafar, Zamarul Hisham

#3 Kongsi Raya

Sinopsis: Kongsi Raya ialah filem komedi romantik Malaysia yang mengisahkan percintaan antara Jack, seorang chef Cina, dan Sharifah, penerbit rancangan TV Melayu. Pertalian cinta mereka diuji apabila ayah masing-masing, yang juga chef terkenal, bersaing sengit dalam satu pertandingan memasak secara langsung di TV, wujudkan konflik budaya dan kekeluargaan sebelum mereka dapat bersama.

Lakonan:  Wilson Lee, Qasrina Karim, Harith Iskander, Erra Fazira, Chew Kin Wah, Ong Ai Leng, Teddy Chin, Amerul Affendi

#4 Hantu Kak Limah

Sinopsis: Hantu Kak Limah ialah filem komedi seram Malaysia yang merupakan sebahagian daripada siri Hantu Kak Limah. Filem ini mengisahkan Husin yang pulang ke kampung dan mendapati rohnya Kak Limah, yang telah ditemui mati, masih menghantui Kampung Pisang. Dalam usaha memahami kejadian itu, dia dan rakan-rakan berdepan dengan misteri, babak lucu dan kejutan seram.

Lakonan: Awie, Zul Ariffin, Uqasha Senrose, Delimawati, TJ Isa, Sharwani NS

#5 Raya Tak Jadi

Sinopsis: Raya Tak Jadi! ialah filem komedi Malaysia yang mengikuti dua beradik, Shuib dan Bob, ketika mereka menemui seorang lelaki misteri (Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja) di dalam bonet teksi mereka sebelum Hari Raya. Mereka berusaha menyelesaikan situasi itu untuk memastikan pengumuman Hari Raya tetap berjalan seperti biasa.

Lakonan: Saiful Apek, Johan Raja Lawak, Dato’ Jalaluddin Hassan, Wan Sharmila, Mak Jah, Noreen Noor, Ben Tan, Iedil Putra, Azlee Khairi

Pautan berkaitan: POP-UP RAYA SEKITAR KUALA LUMPUR YANG PERLU ANDA BOOKMARK SEKARANG

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Sorry, we couldn't find any posts. Please try a different search.