FIVE GUYS MELANCARKAN RESTORAN PERTAMA DI RESORT WORLD GENTING
Bermula 25 Oktober, anda boleh menikmati pengalaman unik menghasilkan burger dan susu kocak sendiri di restoran FIVE GUYS pertama yang terletak di Resort World Genting,Tanah Tinggi Genting.
Mahukan sesuatu yang baharu akhir bulan ini? Bermula 25 Oktober 2021, anda boleh menikmati pengalaman menghasilkan burger dan susu kocak sendiri di FIVE GUYS yang terletak di Resort World Genting, Tanah Tinggi Genting. Pembukaan restoran pertama Malaysia di Sky Avenue ini boleh menempatkan sehingga 50 pengunjung pada satu-satu masa, dan juga mesra Muslim untuk dinikmati oleh semua.
Pilihan Menu
Restoran berukuran 2600 kaki persegi ini akan memberikan peluang kepada pengunjung untuk menghasilkan sendiri burger, hotdog atau sandwic yang unik. Dengan pilihan 15 hias atas secara percuma, pengunjung boleh menghasilkan kombinasi mengikut citarasa masing-masing. Oleh itu, terdapat lebih 250,000 pilihan kombinasi yang boleh dihasilkan oleh pengunjung nanti.
Seperti burger, pengunjung juga boleh menghasilkan minuman susu kocak mengikuti selera masing-masing di FIVE GUYS. Mereka memberikan keunikan dengan lapan campuran perisa secara percuma seperti slated caramel, coklat dan susu malt, untuk menghasilkan susu kocak tersendiri.
Tidak dilupakan, setiap pengunjung perlu mencuba kentang goreng FIVE GUYS yang dimasak dengan susu kacang untuk memberikan kerangupan di luar serta rasa kentang putar berkrim di dalam. Terdapat juga alternatif perasa Cajun yang pedas sebagai kelainan nanti.
Sejarah FIVE GUYS
FIVE GUYS telah menjadi kegemaran di sekitar Washington D.C. sejak 1986 lagi. Ia diasaskan oleh Jerry dan Janie Murrell yang menawarkan nasihat kepada tiga adik-beradik lelaki Murrell, “Start a business or go to college.” Adik-beradik lelaki Murrell kemudiannya memilih untuk memulakan sebuah perniagaan burger di Arlington, Virginia.
Perniagaan yang bermula kecil itu kian mendapatkan perhatian, lantas diundi nombor satu sebagai burger terbaik di kawasan metro Washington D.C. Selepas itu, dua lagi adik beradik menyertai mereka selari dengan permintaan yang semakin meningkat. Pada 2003, Jerry dan Janie bersama ‘Five Guys’ mula menawarkan peluang francais. Sedekad selepas itu, FIVE GUYS boleh didapati di 1700 lokasi di seluruh dunia.
Foto: FIVE GUYS Malaysia
Baca lebih lanjut: DARI PEKERJA BURUH KEPADA SENIMAN, ISA ISHAK KONGSI KISAH DIRI MELALUI PAMERAN SOLO PERTAMA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
ATAS DI THE RUMA HOTEL AND RESIDENCE PERKENAL MENU BARU
Nikmati pengalaman gastronomi baru di ATAS, The RuMa Hotel dengan menu lunch yang menampilkan hidangan Eropah klasik berjiwa Malaysia.
THE RUMA HOTEL AND RESIDENCES MEMPERKENALKAN SAJIAN BAHARU EROPAH UNTUK ATAS
The RuMa Hotel and Residences menampilkan reka bentuk semula restoran istimewanya, ATAS. ATAS menggunakan sentuhan persona bistro baharu dan menawarkan pengalaman menjamu selera yang segar.
RAIKAN HARI BAPA DI M RESORT & HOTEL KUALA LUMPUR
Bersempena Hari Bapa tahun ini, M Resort & Hotel Kuala Lumpur mahu menghargai hero dalam hidup anda dengan pengalaman gastronomi istimewa pada 16 Jun 2024.
GOOD VIBES FESTIVAL KEMBALI JULAI INI DENGAN PEGGY GOU, J BALVIN, JOJI, RUSS DAN RAMAI LAGI
Festival muzik dan seni tempatan, Good Vibes Festival bakal kembali pada 20 dan 21 Jalai 2024 di Resorts World Awana, Genting Highlands.
10 DESTINASI PERCUTIAN MESRA-MUSLIM DAN HALAL DI NEW ZEALAND
Mahu pengalaman kembara yang luar biasa ke New Zealand? Nikmati percutian musim luruh dengan festival kebudayaan dan destinasi yang mesra-Muslim yang mengagumkan.
5 MAKANAN ANDA PERLU ELAK KETIKA SAHUR SEPANJANG RAMADAN
Pemilihan makanan yang betul ketika sahur adalah sangat penting untuk memberikan tenaga, menahan lapar dan meningkatkan kesihatan sepanjang berpuasa Ramadan ini.