Skip to content

GARMIN MALAYSIA PERKENALKAN DESCENT X50I

Garmin Descent X50i: Komputer Selam Canggih untuk Revolusi Penyelaman

Kongsikan artikel ini

Garmin Malaysia melancarkan Descent X50i, komputer selam terbesar mereka dengan paparan skrin sentuh berwarna 3″ yang jelas.

Menggunakan teknologi sonar SubWave, penyelam boleh menggunakan Descent X50i untuk berkomunikasi antara satu sama lain di bawah air. Ia boleh memantau tekanan tangki, kedalaman, serta jarak antara penyelam lain apabila jarak penglihatan terhad. Mereka juga boleh menyelam lebih dalam dengan lampu selam sokongan terbina dalam, penarafan selam 20 ATM, dan butang logam kalis kebocoran.

“Sama ada menyelam skuba, menyelam gua atau mencari bangkai kapal, kami tahu betapa pentingnya mempunyai data yang paling tepat pada setiap masa. Dengan paparan yang besar, terang, dan penarafan selam 20 ATM, Descent X50i yang baharu adalah komputer selam yang sempurna untuk penyelam teknikal. Ia juga pilihan hebat untuk penyelam rekreasi yang ingin melihat statistik dan maklumat kritikal dengan jelas ketika meneroka dasar laut.” ujar Encik Scoppen Lin, Penolong Pengurus Besar, Garmin Asia.

Reka Bentuk Fokus Selaman

Dengan paparan berwarna 3″ yang terang, Descent X50i memudahkan untuk membaca lebih banyak data dalam sekelip mata. Skrin sentuh memudahkan penyediaan dan sesuai untuk menavigasi peta serta tetapan bagi persiapan menyelam seterusnya. Descent X50i dilengkapi dengan lensa nilam yang kuat, butang logam kalis kebocoran dan lampu selam sokongan. Tali elastik berkembar memberikan keselesaan serta keselamatan di pergelangan tangan. Gesper yang mempunyai sambungan kepala anak panah memberi penutupan satu tangan dengan mudah, manakala kunci pelarasan dapat menghalang tali daripada tergelincir.

DESCENT X50I

Terokai Kedalaman Laut

Direka oleh penyelam untuk penyelam, Descent X50i sedia untuk penjelajahan dasar laut. Descent X50i menawarkan pelbagai ciri canggih untuk penyelam. Ini termasuk integrasi udara yang membolehkan jejak tekanan udara tangki apabila dipadankan dengan pemancar Descent T2. Ia juga membolehkan penyelam memantau tekanan tangki, kedalaman, dan jarak sehingga lapan penyelam lain yang menggunakan pemancar Descent T2. Menggunakan teknologi SubWave, Descent X50i membolehkan penghantaran mesej pratetap antara penyelam yang disambungkan dalam jarak 30 meter. Pengguna boleh melihat sejarah kedalaman dalam masa nyata melalui carta kedalaman dan sejarah selaman. Ia membantu memahami lokasi yang telah diteroka dan bagaimana ia akan mempengaruhi pelan penyahmampatan.

DESCENT X50I

Kegunaan Di Atas Permukaan

Sebaik sahaja penyelam kembali ke darat, log selam membolehkan mereka menyemak data. Selain itu, menjejak peralatan, mengambil nota, dan berkongsi butiran melalui aplikasi Garmin Dive. Untuk persediaan selaman seterusnya, pengguna boleh memanfaatkan GPS terbina dalam untuk menavigasi ke lebih 4,000 lokasi tapak selam. Ia pramuat dari seluruh dunia atau menambah butiran tambahan. GPS permukaan juga boleh membantu pengguna menjejaki titik masuk dan keluar mereka dengan sambungan satelit yang maju.

DESCENT X50I

Dibangunkan untuk pengembaraan di luar, produk Garmin telah merevolusikan kehidupan bagi pengembara, atlet, peneroka luar jalan, pemandu jalan raya dan penggemar aktiviti luar di seluruh dunia. Komited untuk membangunkan produk yang meningkatkan pengalaman, memperkaya kehidupan dan memberikan ketenangan fikiran, Garmin percaya setiap hari adalah peluang untuk berinovasi dan peluang untuk mengatasi pencapaian semalam.

Pautan Berkaitan: BOLT, PESAING BAHARU GRAB YANG KINI HADIR DI MALAYSIA 

By Batrisyia Faisal
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

alif satar

“SATU DETIK PENTING DALAM PERJALANAN SEBAGAI BAPA ADALAH KETIKA ANAK PERTAMA ALIF DILAHIRKAN.” – ALIF SATAR

Bacaan Lanjut
GARMIN INSTINCT CROSSOVER, JAM TANGAN PINTAR YANG LEBIH TAHAN LASAK UNTUK PENGEMBARAAN LELAKI ALFA

GARMIN INSTINCT CROSSOVER, JAM TANGAN PINTAR YANG LEBIH TAHAN LASAK UNTUK PENGEMBARAAN LELAKI ALFA

Bacaan Lanjut

GARMIN EPIX GEN 2, FENIX 7 & INSTINCT 2: JAM TANGAN PINTAR BUAT LELAKI MODEN

Bacaan Lanjut

GARMIN MALAYSIA MELANCARKAN VIVOMOVE SPORT & VENU 2 PLUS DENGAN FUNGSI SUARA BERINTERGRASI

Bacaan Lanjut

4 SEBAB GARMIN FORERUNNER 55 TERBAIK BUAT PELARI DAN ATLET

Bacaan Lanjut

SELAMI KEINDAHAN PERAIRAN PULAU JEJU DENGAN GALAXY S21 ULTRA

Bacaan Lanjut