Skip to content

GARMIN EPIX GEN 2, FENIX 7 & INSTINCT 2: JAM TANGAN PINTAR BUAT LELAKI MODEN

Kongsikan artikel ini
1 of 4

Sama ada untuk kesihatan, pengembaraan mahupun bergaya, jam tangan pintar Garmin FENIX 7, EPIX GEN 2 dan INSTINCT 2 membariskan fungsi dan teknologi terkini untuk lelaki moden yang aktif.

Penyelaras & teks MUZAMMIN MUZLAN Foto AIMAN YAZID Grooming ZAC LEE HENG CONG Model HADRI HASHIM

Hari ini, jam tangan bukan lagi sebagai penentu waktu sahaja. Jam tangan pintar kini sinonim dengan fungsi kesihatan, pengembaraan dan gaya. Peneraju dalam jam tangan pintar, Garmin memperkenalkan tiga model baharu iaitu EPIX GEN 2, FENIX 7 dan INSTINCT 2 yang masing-masing mempunyai fungsi dan teknologi unik, serta desain yang tersendiri.

Garmin EPIX GEN 2, FENIX 7 dan INSTINCT 2

Kesihatan adalah simbol kekayaan sebenar. Jam tangan pintar Garmin dapat menyempurnakan setiap gaya hidup  lelaki moden masa kini dengan menggunakan data sains terus dari pergelangan tangan. Selain menjadi  motivasi untuk mencapai matlamat kesihatan, kecergasan mahupun pengembaraan, ia turut menjadi gajet untuk berhubung terus  ke dunia digital dan sosial media.

Garmin kekal dengan reka bentuk yang klasik, cukup versatil dan mudah dipadankan dalam apa jua gaya dan suasana. EPIX GEN 2 ditujukan untuk penggemar aktiviti luar yang berfesyen yang mementingkan stail dan nikmat kehidupan. FENIX 7 pula sesuai untuk pencari cabaran dan cukup berani untuk menyertai triatlon atau sebarang sukan luar, manakala jam tangan pintar INSTINCT 2 pula buat lelaki yang tech-savvy dan mahukan keseronokan dalam kehidupan.

1 of 4

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

GARMIN MALAYSIA PERKENALKAN DESCENT X50I

Garmin Descent X50i: Komputer Selam Canggih untuk Revolusi Penyelaman

Bacaan Lanjut
alif satar

“SATU DETIK PENTING DALAM PERJALANAN SEBAGAI BAPA ADALAH KETIKA ANAK PERTAMA ALIF DILAHIRKAN.” – ALIF SATAR

Bacaan Lanjut
suunto malaysia

SUUNTO VERTICAL – JAM TANGAN PINTAR PALING BERKUASA UNTUK PENGEMBARAAN LELAKI ALPHA

Bacaan Lanjut
GARMIN INSTINCT CROSSOVER, JAM TANGAN PINTAR YANG LEBIH TAHAN LASAK UNTUK PENGEMBARAAN LELAKI ALFA

GARMIN INSTINCT CROSSOVER, JAM TANGAN PINTAR YANG LEBIH TAHAN LASAK UNTUK PENGEMBARAAN LELAKI ALFA

Bacaan Lanjut
CIRI TERBARU APPLE FITNESS+ HADIR UNTUK PENGGUNA IPHONE BERMULA HARI INI

CIRI TERKINI FITNESS+ KINI BOLEH DINIKMATI TANPA APPLE WATCH

Bacaan Lanjut
montblanc summit 3

PADUAN TEKNOLOGI DENGAN LEGASI MONTBLANC SUMMIT 3

Bacaan Lanjut