GILIRAN POWER RANGERS DITANGGUHKAN TAYANGAN
Baru semalam rakyat negara ini seakan meraikan tayangan Beauty and the Beast yang akhirnya diluluskan untuk ditayangkan di pawagam Malaysia pada 30 Mac 2017. Malah, Disney Malaysia mengesahkan filem tersebut menerima kelulusan tayangan tanpa sebarang suntingan dengan klasifikasi P13.

Namun hari ini, sekali lagi negara digemparkan dengan filem Power Rangers yang terpaksa ditangguhkan tayangan berikutan terdapat babak lesbian yang dilakon oleh salah seorang ‘ranger’ iaitu Triny, ranger kuning yang dilakonkan oleh Becky G. Power Rangers adalah sebuah filem yang diadaptasi dari siri TV popular sekitar tahun 90-an dikhabarkan kini berada di dalam perhatian Lembaga Penapisan Filem berikutan babak tersebut.


Melalui laporan media antarabangsa, pengarah filem tersebut Dean Israelite berkata babak tersebut ‘penting’ dalam filem tersebut. Power Rangers dijadualkan akan ditayangkan pada 23 March namun jadual tayangkan dikatakan telah ditarik balik oleh kebanyakan panggung wayang di Malaysia.
Ini bukan pertama kali siri tv ini bikin kontroversi. Pada tahun 1995, siri tv ini ditarik hak tayangannya di Malaysia disebabkan oleh perkataan ‘Morphin’ yang dikaitkan dengan dadah yang boleh mengalakkan belia untuk menyuntik jarum ke dalam darah mereka.
Buat masa ini, belum ada keputusan rasmi berhubung tarikh tayangan filem ini. Sama-sama kita nantikan.
Oleh Wan Mohd Firdaus, 22 Mac 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
THE DEVIL WEARS PRADA 2: EVOLUSI KUASA DAN SURVIVAL FESYEN DI ERA DIGITAL
Miranda Priestly kembali! Adakah taringnya masih tajam berdepan serangan influencer? Baca ulasan eksklusif The Devil Wears Prada 2 di sini.
EVOLUSI WATAK DAN KARISMA AEDY ASHRAF DALAM 5 FILEM IKONIK LAKONANNYA
Teroka evolusi seni Aedy Ashraf daripada bintang cilik Tentang Bulan sehingga menjadi penerbit filem aksi Tarung di sini.
5 FILEM HEBAT LAKONAN MERYL STREEP
Terokai 5 filem terbaik lakonan legenda Meryl Streep sebelum kemunculannya dalam filem baru The Devil Wears Prada 2.
5 FILEM BIOPIK PENYANYI LELAKI YANG MEMPUNYAI RATING ATAS LAPAN
Ketahui senarai filem biopik berkisar tentang penyanyi lelaki dengan penilaian tinggi melebihi paras rating lapan.
THE LEGENDARY ZUL ARIFFIN: 7 FILEM WAJIB TONTON SEPANJANG ZAMAN
Terokai 7 filem terbaik lakonan Zul Ariffin yang wajib tonton. Temui evolusi kerjaya ikon aksi Malaysia ini sekarang.
DUNE MESSIAH: PERTEMBUNGAN DUA IKON FILEM DUNIA
Siapa bakal menguasai Arrakis? Robert Pattinson dan Timothée Chalamet bertembung dalam filem epik Dune: Messiah.











