LEDAKAN G-SHOCK X MAHARISHI
Berita baik buat pengemar jam tangan G-Shock! Koleksi edisi khas dengan kolaberasi Maharishi akhirnya tiba di Malaysia, bersempena ulang tahun ke 20 jenama tersebut. Buat pengetahuan anda, Maharishi adalah jenama dari England yang terkenal dengan motif militari pada setiap koleksinya. Jenama ini bermula sejak tahun 1994 hasil perantis Hardy Blechman, seorang pengumpul item militari popular. Yang menariknya, jam G-SHOCK Mudmaster ini juga tidak terkecuali dari mengenakan tempias motif cetakan askar yang menarik.

Model jam tangan Mudmaster ini dilengkapi dengan barometer dalam mengukur tekanan udara, kompas digital, mud resistant serta tahan lasak pada suhu rendah. Motif British Bonsai Forest dicetak pada tali jam ini ditambah pula dengan engraving logo Maharishi pada bahagian belakang menyerlahkan tarikannya.


Namun, jam tangan ini dijual dengan harga RM3,999 dan boleh dibeli di cawangan G FACTORY Malaysia. Untuk lebih informasi, anda boleh tekan link ini. Saksikan dengan sendiri kehebatan jam tangan ini melalui pautan di bawah.
Oleh Wan Mohd Firdaus, 22 Mac 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KOLEKSI JAM TANGAN ERLING HAALAND LEBIH MENGAGUMKAN DARIPADA KOLEKSI HERMÈS MILIKNYA
Haaland terus membuktikan bahawa koleksi jam tangannya sama hebat dengan prestasinya di atas padang.
FRANCK MULLER MERAIKAN SENI PEDANG SAMURAI DENGAN KOLEKSI VANGUARD DAMASCUS
Franck Muller memperluaskan koleksi Vanguard dengan meraikan seni ketukangan pedang Samurai.
BELL & ROSS BR-03 GMT GREEN LUM BAHARU BERINSPIRASIKAN RONA NOTHERN LIGHTS
Bell & Ross meneruskan momentum evolusi rangkaian BR-03 dengan perkenalan model terbaharu, BR-0R GMT GREEN LUM.
5 JAM TANGAN MEWAH DENGAN ‘STYLE EQUITY’ TERTINGGI 2026
Cari jam tangan mewah pelaburan terbaik 2026. Terokai 5 jam tangan mewah yang menawarkan Style Equity tinggi untuk gaya maskulin moden.
RADO DIASTAR ORIGINAL SKELETON BAHARU, EKSPRESI BERANI WARNA MUSIM PANAS
Rado melancarkan siri DiaStar Original Skeleton dengan tiga warna musim panas bertenaga. Ketahui kehebatan enjin Swiss kaliber R808 di sini.
KILAUAN JAM TANGAN MEWAH CHOPARD DI GALA AMFAR CANNES 2026
Kilauan estetika Chopard mendominasi amfAR Gala Cannes 2026. Lihat gandingan jam tangan mewah pilihan lelaki alfa global.











