Skip to content

TRAGIS HIDUP KEANU REEVES YANG TIDAK SEMUA TAHU

Kongsikan artikel ini

Ramai beranggapan kehidupan para selebriti khususnya Hollywood bahagia sentiasa seolah-olah tiada langsung masalah menghimpit mereka. Maklumlah, kebanyakan mereka boleh dikatakan kaya dan hidup dalam kemewahan dan keseronokan semata, tambahan pula lahir dalam keluarga berdarah seni dan terkenal. Namun lain pula dengan kehidupan pelakon terkenal Keanu Reeves.

Keanu Reeves, 52 tahun mulai terkenal dengan impak lakonannya sebagai Neo dalam filem trilogi ikonik The Matrix dan seterusnya membintangi banyak filem-filem pecah penggung seperti Point Break, Speed dan John Wick. Walaupun Keanu dikategorikan antara pelakon filem Hollywood kelasan A, namun siapa menyangka Keanu Reeves lahir dalam keluarga yang bermasalah serta menghadapi pelbagai cabaran sepanjang hidupnya.

DITINGGALKAN BAPA PADA USIA 3 TAHUN

Keanu Charles Reeves lahir dari perkongsian hidup Samuel Nowlin Reeves dan Patricia Bond. Yang menyedihkan, selepas bercerai, bapanya meninggalkan Keanu sewaktu beliau berusia 3 tahun. Sewaktu Keanu berumur 12 tahun, ayahnya ditahan polis di Lapangan Antarabangsa Hilo atas kesalahan menjual heroin dan dadah. Kali terakhir Keanu menemui bapanya semula adalah pada usianya 13 tahun di pulau Kauai. Manakala ibunya pula bekerja sebagai penari bogel dan sering kali berkahwin dan kemudiannya bercerai. Keanu dibesarkan oleh nenek dan pengasuh sejak dari usia 15 tahun.

TIADA PENDIDIKAN

Sepanjang membesar, Keanu telah mendaftarkan diri ke empat buah sekolah namun tidak pernah menghabiskan pengajiannnya. Selain dari kesukaran hidup tanpa sokongan ibu dan bapanya, Keanu juga turut bergelut dengan sindrom Disleksia yang menyukarkan tahap pemahamannya sewaktu belajar.

KEMATIAN 

Ya, kehidupan Keanu sering kali dikaitkan dengan pelbagai insiden kematian yang tragik. Bermula dengan kematian sahabat baiknya sewaktu beliau berusia 23 tahun di mana, River Pheonix antara sahabat baik dan pernah berlakon bersama dalam filem My Own Private Idaho mati berikutan keracunan penggunaan dadah di luar kelab malam di Los Angelas pada 31 Oktober 1993.

Selepas itu, Keanu Reeves telah menyaksikan sendiri akan kematian teman wanitanya iaitu Jennifer Syme akibat kemalangan jalan raya 18 bulan selepas Jennifer keguguran dengan anak perempuan nya, Ava yang dikandungnya 8 bulan. Sejak dari insiden itu, Keanu dilihat sering mengelakkan diri beliau dari menjalin sebarang hubungan terutama di dalam hubungan percintaan yang serius dan mempunyai anak.

LEUKIMIA

Kehidupan Keanu terus diduga apabila beliau apabila mendapati adik perempuannya menghidapi Leukemia. Keanu telah menderma sebanyak 70% pendapatan beliau ketika berlakon di dalam filem Matrix kepada hospital bagi merawat pesakit Leukemia.

Keanu bersama adiknya, Kim Reeves

KEHIDUPAN BIASA

Di Hollywood, Keanu dikenali dengan sebagai seorang aktor yang cukup merendah diri dan jarang sekali melihat dirinya memakai pakaian mewah serta memandu kereta-kereta berkuasa besar. Keanu tinggal di sebuah rumah sederhana dengan 2 bilik (berharga 4 Juta, di Hollywood ia dikira sangat murah bagi seorang selebriti) dan tidak mempunyai pengawal peribadi. Malah, walaupun nilai kekayaan Keanu bernilai 350 juta, Keanu sering kali dilihat pergi kerja menaiki subway. Keanu juga seringkali dilihat duduk dan beramah mesra dengan gelandangan dan adakala memberikan mereka makanan.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 22 Mac 2017

 

 

 

 

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON MENUTUP TIRAI 2023 DENGAN PENUH MERIAH

Bacaan Lanjut
must watch December 2023

15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG DISEMBER 2023

Bacaan Lanjut

STREET PIZZA MILIK GORDON RAMSAY KINI DIBUKA DI SUNWAY PYRAMID

Bacaan Lanjut
Ruark

SISTEM MUZIK REVOLUSIONER SIRI 100 RUARK MENGHUBUNGKAN ANDA DENGAN MUZIK

Bacaan Lanjut
10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

Bacaan Lanjut

BACHA COFFEE MEMBUKA DESTINASI SUMBANGANNYA DI SURIA KLCC

Bacaan Lanjut