GUCCI GUILTY ABSOLUTE X JARED LETO
Gucci baru-baru ini melancarkan wangian terbaru yang diberi nama Gucci Guilty Absolute di mana ia merupakan kolaborasi antara pengarah kreatif Alessandro Michele dan pakar wangian Alberto Morillas. Keistimewaan wangian lelaki ini disifatkan sebagai eksperasi inovatif sekitar bauan woody khas untuk lelaki yang dahagakan kebebasan dalam melayari kehidupan.
WAJAH EKSLUSIF JARED LETO
Oleh itu, dalam menerajui kempen wangian ekslusif ini, penyanyi dan pelakon berbakat serta pemenang anugerah Oscar, Jared Leto dipilih atas persembahan aura kontemporari dan maskulin yang dimiliki beliau. Jared juga mewakili individualiti dengan kebebasan semangat, cukup kena dengan aksen wangian ini.
Malah kempen ini turut memperlihatkan keseksikan Jared Leto yang dilihat punya kelas tersendiri yang mana tidak wujud pada lelaki-lelaki lain. Kempen ini turut disertai oleh dua lagi model wanita jelita Julia Hafstrom dan Vera van Erp. Jurugambar terkemuka, Glen Luchford bertanggungjawab membingkaskan sentuhannya untuk kempen ini di mana Leto dilihat super cool dengan jaket piped-edged, kemeja putih dengan tali leher berlipat serta cincin sebagai eksosari dekorasi. Turut dirakam adegan berahi Leto bersama kedua model tersebut ternyata membiaskan mood romantis namun seksi apabila anda bersama dengan pasangan.
BOTOL UNIK
Reka bentuk botol wangian kali ini mempersembahkan gabungan ritual dan tradisi dari dunia maskuliniti seorang lelaki di mana tekstur dan warna cigar menjadi inspirasi. Sebuah lagi ‘karya agung’ menempiaskan keunikkan serta keunggulan wangian Gucci sebagai antara haruman sejati yang mengaromakan segenap pelusuk dunia.
Layari pautan di bawah untuk menyaksikan video ekslusif wangian Gucci Guilty Absolute yang dibintangi Jared Leto.
Oleh Wan Mohd Firdaus, 3 Februari 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
OLD MONEY HAIR: 5 GAYA RAMBUT LELAKI UNTUK TAMPIL EKSKLUSIF
Ingin tampil segak dan eksklusif? Kenali 5 gaya rambut lelaki berkonsepkan old money yang buat anda kelihatan kemas, bergaya dan berkelas!
DARI FOTOGRAFI KE FESYEN, GAYA MUHAMMAD IMRAN
Kenali perjalanan Muhammad Imran daripada fotografi ke dunia fesyen dan bagaimana pengalaman membentuk gaya dan identitinya.
SENARAI PEMENANG MTV VMAS 2026
Anugerah Music Video kembali buat edisi ke-43 dengan kemenangan artis ternama seperti Taylor Swift, Madonna, dan Lisa Manobal.
PENGARUH FESYEN, GAYA, DAN PERSONALITI OSCAR YUHANG
Kenali Oscar Yuhang, wajah baharu dalam dunia fesyen dan salah seorang pengasas 365uniform, serta gaya peribadi yang menjadi identitinya.
THE SHAPESHIFTER: 5 PENAMPILAN RAMBUT TERBAIK OLEH ALICIA AMIN
Bagi meraikan watak Zahra dalam Chelot, GLAM Lelaki menampilkan lima penampilan rambut terbaik oleh Alicia Amin.
BLEU DE CHANEL, KARISMA LELAKI, TERJEMAHAN MELALUI GAYA
BLEU DE CHANEL hadir sebagai gambaran seorang lelaki yang yakin, bebas dan tidak perlu terlalu banyak menjelaskan siapa dirinya.













