Skip to content

HOSPITALITI HUJUNG MINGGU DI The Ruma Hotel & Residences KL

Kongsikan artikel ini

Sejak kebelakangan ini, tempahan bilik untuk hujung minggu di beberapa hotel terkemuka sekitar ibu kota Kuala Lumpur, meningkat baik. Senario ‘staycation’ yang semakin popular disaksikan sebagai perkembangan positif dengan segmen hotel mewah menjadi pilihan. The Ruma Hotel & Residences tak terkecuali. Malah, dijadikan pilihan utama lokasi penginapan sejak ia dibuka pada 2018.

Terletak strategik di pusat bandar Kuala Lumpur, hanya selangkah dari destinasi ikonik dan kawasan tarikan pelancong, seperti Menara Berkembar Petronas, kompleks Pavilion Kuala Lumpur, Jalan Bukit Bintang, Suria KLCC, peratusan tetamu tempatan dan pelancong dilaporkan sangat menggalakkan berkunjung ke The Ruma Hotel & Residence untuk dijadikan opsyen tempat menginap.

Penginapan 'corner studio' di The Ruma Hotel & Residences KL

Pun begitu, kesesakkan kota tidak akan menjejaskan ‘mood’ dan keselesaan penginap, kerana binaan premium hotel pastinya mengalihkan fokus mereka. Dan fasiliti yang disediakan menawarkan penginapan dengan gaya seperti di rumah, bagi memberi keselesaan optimum kepada tetamu yang juga simbolik kepada jenama The Ruma. Tetamu ditawarkan pelbagai kemudahan rekreasi antaranya gimnasium beroperasi 24 jam, kolam renang infinity, bar, tempat makan premium, spa, ‘barbershop’ khusus lelaki, selain dapat menikmati variasi sarapan dalam suasana berbeza.

Jenama hotel ini memberi fokus kepada kreativiti seni yang tinggi melalui kewujudan bilik hotel yang direka berilhamkan seni warisan Malaysia dengan sematan aspek kolonial. Terlihat jelas pada pemilihan perabot dan suasana bilik. Ia secara tak langsung membolehkan penginap terutamanya golongan pelancong asing untuk mempelajari dan menerokai budaya dan seni Malaysia yang menjunjung keragaman.

4 of 4

Sajian ayam ‘cornfed’ dengan buah keluak, bendi dan sos cili ditapai

[/tps_title]
4 of 4

By Abdul Aziz Draim
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

10 FAKTA TENTANG MOVEMBER BOLEH SELAMATKAN NYAWA ANDA

Bacaan Lanjut
sheraton pj

CITA RASA AUTENTIK JEPUN DI MIYABI, SHERATON PETALING JAYA HOTEL

Bacaan Lanjut
Managala Resort

‘HEALING’ BERSAMA HERO ANDA DI MANGALA ESTATE BOUTIQUE RESORT

Bacaan Lanjut
Tanah Gajah Ubud Bali

TANAH GAJAH, A RESORT BY HADIPRANA: DESTINASI PERCUTIAN ALAM SEMULA JADI DI UBUD, BALI

Bacaan Lanjut
percutian new Zealand

10 DESTINASI PERCUTIAN MESRA-MUSLIM DAN HALAL DI NEW ZEALAND

Bacaan Lanjut

LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON MENUTUP TIRAI 2023 DENGAN PENUH MERIAH

Bacaan Lanjut