Skip to content

HUJUNG MINGGU DI LEMBAH KLANG, APA PATUT ANDA LAKUKAN?

HUJUNG MINGGU DI LEMBAH KLANG, APA PATUT ANDA LAKUKAN?

Kongsikan artikel ini

Hujung minggu di Lembah Klang tidak akan pernah sunyi dengan pelbagai aktiviti menarik yang boleh anda pilih.

Sama ada anda seorang yang gemar meneroka kafe baharu, menghadiri acara seni dan muzik, ataupun mencari ketenangan. Lembah Klang sentiasa hidup dengan pilihan untuk semua lapisan umur. Bagi mereka yang sukakan hiburan, banyak acara persembahan, pameran seni, dan festival budaya diadakan hampir setiap minggu, manakala pencinta makanan pula boleh menjadikan hujung minggu sebagai masa terbaik untuk mencuba menu baharu di restoran, food truck atau pasar malam terkenal. Tidak kira sama ada anda mahu keluar bersama keluarga, bersantai dengan rakan-rakan, atau sekadar meluangkan masa sendiri, Lembah Klang mempunyai sesuatu yang mampu menjadikan hujung minggu anda lebih bermakna dan menyeronokkan.

#1 Baekhyun Reverie in Kuala Lumpur

Baekhyun dari kumpulan Korea Selatan EXO akhirnya akan ke Malaysia hujung minggu ini! Disinilah tempat dimana EXO-Ls bakal berkumpul untuk menikmati konsert dari penyanyi utama EXO ini. Dari Candy ke Chocolate, nikmati setiap diskografi Baekhyun yang menjadi kesukaan ramai pada 23 Ogos 2025 di Idea Live KL ini!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by iMe Malaysia (@ime.malaysia)

#2 Comedy Mixtape, KEDAI KL

Kembali untuk hujung minggu kali ini, Comedy Mixtape akan diadakan di tempat yang sama, KEDAI KL. Bakal kembali pada hari Sabtu minggu ini, bertarikh 23 Ogos 2025. Gelak tawa anda boleh didengari dengan hanya RM30 sebagai bayaran tiket untuk stand up comedy ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Have Pun Malaysia (@havepunmalaysia)

#3 Rock The World in Kuala Lumpur

Rock The World kembali untuk tahun ini, pada 23 Ogos 2025! Festival muzik epik ini bakal menampilkan yang terbaik dari dunia muzik bebas, dengan barisan artis yang pasti membuat anda terpegun. Jangan lepaskan peluang untuk berhibur bersama pencinta muzik lain dan nikmati sehari penuh dengan persembahan yang tidak boleh dilepaskan, lebih-lebih lagi buat pencinta muzik.

#4 Queen Tribute in Kuala Lumpur

Malam tribute buat band lagenda Queen bakal diadakan pada hujung minggu ini, 23 Ogos 2025. Acara ini akan bertempat di Swig at Gasing, Petaling Jaya. Buat peminat-peminat Queen yang ingin mendengar lagu mereka secara langsung, inilah masanya!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SWIG (@swigatgasing)

#5 Lisette’s Coffee Club

Pencinta-pencinta kopi, acara ini buat anda! Lengkapkan hari minggu anda dengan versi kelima Lisette’s Coffee Club pada 24 Ogos 2025 ini. Sertai edisi Ogos Lisette’s Coffee Club dengan sajian brunch dan muzik hebat bulanan yang boleh di dengari di tengah-tengah kota Bangsar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by What’s on KL (@whats.on.kl)

#6  Askandar Unglehrt: A Third Eye

Buat peminat seni, alami gabungan seni dan emosi apabila kurator Ricardo Chavez Tovar dan Adela Askandar menampilkan karya-karya menakjubkan yang mencabar persepsi. Sama ada anda seorang pencinta seni atau sekadar ingin tahu, pameran ini menjanjikan santapan visual yang mampu membangkitkan deria anda. Pameran seni yang akan diadakan di HARTA Space ini telah berlangsung sejak 3 Ogos dan bakal berakhir pada 31 Ogos 2025. Dan yang terbaiknya, ia percuma!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by What’s on KL (@whats.on.kl)

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

the conjuring universe tour Malaysia

PENGALAMAN SERAM YANG MENDEBARKAN: THE CONJURING UNIVERSE TOUR KINI TIBA DI MALAYSIA

Bacaan Lanjut