INI KEPUTUSAN RASMI PERLUMBAAN ANTARA PHELPS VS JERUNG
Siapa yang tidak mengenali Michael Phelps, jaguh renang dunia dari Amerika Syarikat yang telah memenangi 28 emas, antaranya rekod 23 pingat emas Olimpik, termasuk 13 pingat emas acara individu. Dan sekitar tahun lepas, Phelps membuat keputusan mengejutkan, iaitu untuk menyaingi bukan manusia, namun jerung putih yang dikatakan antara spesis hidupan air yang memiliki kelajuan mengagumkan di dalam air. Seakan mencabar diri, hajat Phelps didengari oleh Discovery Channel (DC). Dan dengan bantuan saluran dokumentari itu, pertandingan antara Phelps vs Jerung Putih akan ditayangkan dalam salah satu rancangan DC iaitu Shark Week edisi istimewa,”Phelps vs. Shark: Great Gold vs. Great White”, and guess what? The results are in!


Spoiler alert! Ya, jerung putih membuktikan tiada apa yang mampu menewaskan ‘kehebatan’ spesis itu berenang di dalam air, mahupun dicabar oleh juara renang dunia. Jerung putih tersebut nyata mendahului Phelps, dengan hanya tempoh dua saat di hadapan!

Balapan renang terbuka (open water) itu khabarnya diadakan di Cape Town, South Africa, namun ramai yang kecewa kerana Phelps dikhabarkan tidak ‘berlumba’ bersebelahan dengan jerung putih. Ramai menganggap ia bukan perlumbaan sebenar. Khabarnya, rakaman aksi kedua-dua Phelps dan jerung putih itu berenang dirakam secara berasingan melalui simulasi komputer. Oh no! Ini antara respon-respon netizen yang dilihat agak kecewa memandangkan perlumbaan ini amat cukup dinantikan terutama sekali peminat Phelps.

https://www.facebook.com/SportsIllustrated/videos/10154688699431367/
Atas faktor keselematan dan saranan pihak tertentu, Phelps terpaksa akur dengan dua perkara – tidak dapat menyaingi bersebelahan, serta kalah kepada jerung putih. Walaupun kalah, namun team Phelps ternyata mencuba sehabis baik dengan menyediakan peralatan terbaik buat Phelps, seperti wetsuit berkulit serta menofin menyerupai ekor ikan jerung. Apa-apa pun tahniah buat Phelps atas usaha keras mencabar dirinya.
Oleh Wan Mohd Firdaus, 24 Julai 2017
olimpik
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 ARTIS LOKAL UNTUK DIDENGARI SEANDAINYA ANDA MEMINATI KUMPULAN ALPHA
Lihatkan lima artis lokal yang berkongsi latar bunyi bersama ALPHA, daripada DUKES hinggalah Aisha Retno.
RICK OWENS: BEGINIKAH RUPA FESYEN MASA HADAPAN?
Untuk 2026, dunia Rick Owens tampil lebih ekstrem menerusi koleksi Spring/Summer 2026 “Temple” dan Fall/Winter 2026 “Tower” dengan elemen masa hadapan.
7 PROMOSI SEMPENA MERDEKA 2026 UNTUK MERAIKAN SEMANGAT PARTIOTIK
Raikan Merdeka 2026 dengan 7 promosi dan acara menarik yang sedang berlangsung di seluruh Malaysia, daripada tawaran makanan dan pengalaman budaya hingga aktiviti bersama keluarga dan rakan.
GAYA MEWAH ZEEKR 7X BLACK NOVA
Zeekr 7X, model SUV elektrik kegilaan ramai, kini hadir dalam monokromatik hitam serba elegan, Zeekr 7X Black Nova.
5 FILEM YANG MEMBUKTIKAN BAKAT LAKONAN DAIYAN TRISHA
Biarpun sudah lama mengikuti atau baru mahu mengenali Daiyan Trisha, lihatkan lima sorotan filem terbaik yang menjadi bukti bakat lakonannya.
MEN’S FASHION WEEK SS27: BARISAN DUTA GLOBAL & BINTANG KPOP YANG DIJANGKA MENGGEGARKAN ‘FRONT ROW’
Jelajahi jangkaan barisan duta global dan bintang K-Pop di pentas Menswear RTW SS27. Ikuti perkembangan trend terkini bersama GLAM LELAKI.










