JANGAN TERPERANGKAP! 7 TANDA LELAKI KAKI DERA YANG WANITA WAJIB TAHU
Dalam dunia percintaan, ramai wanita mengimpikan pasangan yang penyayang dan melindungi. Namun, tidak semua cinta berakhir bahagia, terutamanya jika anda sedang bersama lelaki yang mempunyai sifat kaki dera. Baru-baru ini, media sosial digemparkan dengan dakwaan serius terhadap pelakon lelaki terkenal, Ammar Alfian, yang dituduh mendera bekas teman wanitanya secara fizikal dan emosi. Kes ini telah mencetuskan perbualan hangat dalam kalangan netizen tentang keganasan rumah tangga dan hubungan toksik.
Kes Ammar Alfian ini bukanlah kes terpencil. Ramai wanita di luar sana mungkin sedang menjalani hubungan yang serupa, tetapi tidak menyedarinya kerana pada awalnya ia tidak kelihatan seperti penderaan. Kadangkala ia bermula dengan kawalan kecil, cemburu berlebihan, atau kata-kata yang merendahkan maruah, dan lama-kelamaan, ia berubah menjadi penderaan fizikal dan emosi yang sukar untuk dilepaskan.
Oleh itu, penting untuk para wanita mengetahui tanda-tanda awal lelaki yang berpotensi menjadi kaki dera. Jangan tunggu sehingga terluka untuk menyedari bahawa anda telah terperangkap dalam hubungan yang toksik. Berikut adalah 7 tanda utama yang perlu anda awasi, agar anda tidak menjadi mangsa yang sama dalam kes-kes dera sekarang ini.
7 Tanda Lelaki Kaki Dera Yang Wajib Dikenal Pasti
#1. Cemburu yang melampau salah satu tanda awal kaki dera
Cemburu boleh dianggap romantik, tetapi jika dia mengawal siapa anda jumpa, dengan siapa anda bercakap, malah marah jika anda lambat balas mesej, itu tanda mengongkong, bukan cinta.
#2. Kawalan terhadap kehidupan anda
Dia membuat keputusan untuk anda, menentukan pakaian anda, tempat kerja anda, atau siapa yang anda boleh berkawan. Ini tanda awal lelaki yang ingin mengawal hidup anda sepenuhnya.
#3. Suka merendah-rendahkan anda
Mungkin dia tidak pernah pukul anda, tetapi jika dia sering mengkritik, memperlekeh atau menghina anda secara verbal, itu adalah penderaan emosi yang serius.
#4. Memutarbelitkan fakta (gaslighting) tanda awal kaki dera
Setiap kali anda menegur, dia akan membuat anda rasa bersalah atau mempertikaikan kewarasan anda. Anda akan mula meragui diri sendiri.
#5. Sukar mengawal kemarahan
Dia mudah naik angin, melempar barang, menumbuk dinding, atau mengugut anda semasa marah. Ini petanda bahaya, penderaan fizikal mungkin berlaku selepas ini.
#6. Menyalahkan anda atas segala perkara adalah tanda awal kaki dera
Apa sahaja yang berlaku, dia akan menuding jari kepada anda. Ini adalah cara dia mengelak tanggungjawab dan membuat anda rasa bersalah.
#7. Mempunyai sejarah hubungan yang bermasalah
Jika bekas pasangannya pernah menuduh dia mendera atau semua hubungan lamanya penuh drama, itu bukan kebetulan. Ia mungkin corak yang berulang.
Lindungi Diri Anda
Isu dera seperti yang melibatkan dakwaan terhadap Ammar Alfian mengingatkan kita bahawa penderaan tidak mengenal latar belakang, ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, termasuk selebriti. Jika anda atau seseorang yang anda kenal sedang melalui situasi seperti ini, jangan tunggu. Dapatkan bantuan daripada pihak yang berwajib atau pertubuhan sokongan wanita.
Ingat, cinta seharusnya menyembuhkan, bukan menyakitkan.
Artikel berkaitan: SHIA LABEOUF DISAMAN BEKAS KEKASIH, DITUDUH MENDERA SECARA SEKSUAL DAN EMOSI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DIDAKWA MENGASARI ANAK-ANAK, INI RESPONS BRAD PITT
Dalam satu saman yang difailkan Angelina Jolie, Brad Pitt didakwa mencekik dan memukul dua anak mereka enam tahun lalu.
MENDERA BEKAS TUNANG, MARILYN MANSON DIGUGUR DARI SYARIKAT RAKAMAN
Setelah menerima kecaman, Manson tampil mempertahankan diri dengan mengatakan tuduhan tersebut diputar belit oleh mangsa.