SHIA LABEOUF DISAMAN BEKAS KEKASIH, DITUDUH MENDERA SECARA SEKSUAL DAN EMOSI
Siapa sangka di sebalik wajah dan watak ‘jejaka baik’ yang sering dibawakannya dalam filem, tersembunyi keperibadian yang menjadi igauan ngeri setiap wanita.
Pelakon yang terkenal melalui filem Transformers ini dituduh melakukan serangan fizikal dan penderaan emosi secara berterusan terhadap penyanyi FKA Twigs sepanjang tempoh perhubungan mereka dari tahun 2018 sehingga 2019.
Dikatakan pada Februari tahun lalu, dia menghempas tubuh Twigs dengan kuat ke badan kereta dan cuba mencekiknya. Bukan itu saja, dia juga dituduh menyebarkan peyakit kelamin dengan sengaja kepada penyanyi itu dan memaksanya berbogel ketika tidur.

Foto: Getty Images
Dalam satu kenyataan kepada The New York Times, LaBeouf berkata: “Saya tidak mampu menjelaskan bagaimana sikap saya memberi kesan terhadap perasaan mereka. Namun saya tidak menolak fakta tentang ketagihan alkohol dan sifat agresif dalam diri saya. Saya pernah mengasari diri sendiri dan orang sekeliling selama bertahun-tahun. Saya mempunyai sejarah melukakan orang paling rapat dengan saya. Saya malu dan mohon maaf. Itu saja yang boleh saya katakan.”
Twigs bertemu LaBeouf ketika membintangi filem semi-autobiografi berjudul Honey Boy yang ditulis sendiri oleh pelakon itu, berkisar tentang kehidupan zaman kanak-kanak LaBeouf yang suram dan hubungannya bersama bapanya.
Mungkin ini jalan terbaik untuk Twigs mendapatkan keadilan dan melindungi wanita lain daripada menjadi mangsa. Sebelum ini dia pernah memberi peluang untuk menyelesaikan perkara ini secara tertutup jika LaBeouf bersetuju mendapatkan rawatan psikologi secara konsisten, namun tawarannya ditolak.
Foto: Rich Fury/Getty Images
Pautan berkaitan: PELAKON X-MEN, JAMES MCAVOY HULUR RM1.5 JUTA BANTU DANA COVID-19
Tags
Artikel Yang Berkaitan
IKON FESYEN TAMPIL UNTUK VERSACE SS23
Versace SS23 memberikan sebuah gerakan mantap dengan penampilan supermodel era ‘90-an dan model generasi baru sebagai bentuk penghargaan.
Armani Exchange Singkap Mood Cerita & Penuh Tenaga
Untuk musim bunga 2023, Armani Exchange sambut tenaga vibrant yang akan mendukung setiap gerak anda.
SKY ISKANDAR, MODEL & USAHAWAN ERA BAHARU. “I’M A DREAMER, I DREAM BIG AND I DON’T SETTLE”
Kenali Sky Iskandar, bergelar model, usahawan dan mula menceburi bidang lakonan. Bercerita tentang fesyen dan gaya peribadinya.
MICHELLE YEOH CIPTA SEJARAH, PELAKON MALAYSIA PERTAMA TERCALON DI ANUGERAH OSCAR
Legenda perfileman negara, Tan Sri Michelle Yeoh menerima pencalonan untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Oscar 2023.
BINTANG WEDNESDAY, PERCY HYNES WHITE BERDEPAN TUDUHAN SERANGAN SEKSUAL
Tanda pagar #cancelpercy kini hangat Di Twitter selepas sisi gelap Percy Hynes White didedahkan bekas rakan sekolahnya di media sosial.
BRAD PITT BAKAL TINGGALKAN HOLLYWOOD DAN MENETAP DI PERANCIS?
Hampir empat dekad terlibat dalam bidang perfileman, 2023 mungkin menjadi tahun terakhir buat Brad Pitt.