TROYE SIVAN BERPOTONGAN RAMBUT MULLET, GAYA PALING HANGAT TAHUN INI
Minggu lalu, penyanyi muda kelahiran Australia, Troye Sivan memuat naik gaya potongan rambut barunya di Instagram. Potongan rambut mullet menjadi pilihan untuk menjadikan penampilannya lebih segar tambahan pula single terbarunya ‘Easy’ turut dilancarkan minggu lalu. Menerusi muat naik pertama dia berambut mullet, Sivan menulis, “Ur rat boy” dan dia turut menyebut nama Space Kacey dan Mark Ronson seta Tarikh pelancaran single terbarunya itu. Rata-rata peminat memuji rambut barunya itu dan berpendapat gaya mullet sesuai dengan raut wajahnya.
GAYA RAMBUT SIMETRIKAL DIOR MEN
Potongan rambutan mullet tahun ini tiba-tiba menjadi perhatian. Miley Cyrus misalnya tampil lebih awal dengan gaya rambut mullet pada pertengahan tahun. Khabarnya dia memotong sendiri rambutnya itu sewaktu lockdown. Gaya mullet juga menjadi perhatian pabila salah seorang peserta akhir Ru Paul Drag Race, Crystal Methyd turut tampil dnegan gaya rambut serupa. Tahun ini juga menyaksikan Rihanna tampil dengan potongan rambut yang cukup popular pada tahun 1970-an tersebut.
Mullet begitu diminati pada tahun 70-an, rata-rata bintang ternama era itu berseronok dengan pelbagai gaya mullet. David Bowie antara selebriti yang cukup sinonim dengan gaya mullet selain Paul McCartney dan Rod Stewart. Pada tahun 90-an pula gaya mullet kembali popular selepas kumpulan Beastie Boys tampil dengan gaya tersebut. Awal tahun ini Miley Cyrus turut tampil dengan gaya mullet di pertunjukan fesyen Marc Jacobs di New York, tapi gaya mullet nya tidak begitu ketara, lebih nampak seperti gaya bangs semata.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
30 GAYA SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI FASHION WEEK MENSWEAR 2024
Siapakah selebriti lelaki yang mencuri perhatian ketika menghadiri Fashion Week Menswear 2024 di kota Milan dan Paris kali ini?
SOLUSI MASALAH RAMBUT BERMINYAK
Daripada rutin penjagaan kulit kepada mengekalkan rambut anda untuk kekal bersih dan rapi, sememangnya setiap lelaki di luar sana berpendapat bahawa grooming game adalah penting. Tetapi ada satu soalan yang menyebabkan semua orang menggaru kepala, berapa kerap lelaki perlu mencuci rambut mereka?
5 LANGKAH UNTUK MERAWAT KELEMUMUR
Sesiapa yang pernah mengalami masalah kelemumur degil sering tertanya-tanya cara untuk mengatasinya, GLAM Lelaki menyenaraikan 5 langkah untuk merawat masalah kelemumur.
5 SYAMPU TERBAIK UNTUK RAMBUT GUGUR LELAKI
Anda mempunyai masalah rambut gugur? GLAM LELAKI membariskan 5 syampu terbaik untuk mengurangkan masalah rambut gugur yang membimbangkan di kalangan lelaki apabila semakin meningkat umur.
10 SELEBRITI LELAKI LEBIH KACAK BERAMBUT PANJANG
Bukan semua lelaki sesuai berambut panjang. Ini antara selebriti tempatan dan antarabangsa yang tampak elok dengan imej sedemikian.
EVOLUSI GAYA FESYEN TROYE SIVAN
Sejak memulakan karier sebagai penyanyi di Perth, Australia, Troye Sivan terus mencabar sempadan fesyen dengan evolusi gaya yang semakin berani dan mencuri perhatian.