Skip to content

GAYA RAMBUT SIMETRIKAL DI DIOR FALL 2021

Kongsikan artikel ini

Semalam berlangsungnya pementasan himpunan Dior Men 2021 yang sekali membuktikan hebatnya buah fikir Kim Jones. Menerusi himpunan ini Jones menghidupkan himpunan ini dengan simbahan pelbagai warna di sebalik warna-warna dominan lelaki seperti hitam. Mainan warna itu tidak terbatas pada helaian semata malah dijelmakan pada aksesori seperti Saddle Bag. Mainan warna-warni bak gula-gula ini adalah ahsil kolaborasi Jones bersama artis Amerika Syarikat, Kenny Scharf.

Tapi apa yang menarik minat saya selain helaian-helaian yang dipentaskan saya juga terpikat melihat gaya rambut model-model yang memperaga himpunan ini. Semuanya tampil dalam gaya rambut simetrikal. Semuanya sekata kiri, kanan, belakang dan hadapan. Tidak mengira apa gaya potongan rambutnya, semuanya perlu nampak sekata dan sleek. 

Seperti model di dalam gambar di atas, fringe rambut dipotong lurus sekata. Begitu juga dengan gaya rambut yang dibelah tengah, parasnya tampak sama. Tiada lagi gaya messy dan bermalas-malas musim ini. Ini juga mungkin petanda sudah tiba untuk lelaki memotong rambut dalam gaya simetrikal tahun hadapan. Sekalipun mahu tampil rambut bak tentera, pastikan ia tampak sekata khususnya pada bahagian hairline. 

KELAHIRAN BARU DIOR HOMME BERSAMA ROBERT PATTINSON

Get The Look

Apa yang anda perlukan untuk mendapatkan gaya rambut ini ialah pastikan anda punya pelurus rambut (iron). Bahagikan rambut kepada beberapa bahagian dan mulakan proses meluruskan rambut menggunakan iron pelurus. Gunakan sikat untuk memastikan rambut tidak kusut dan kelihatan rapi. Jika mahu gaya yang lebih natural, gunakan penyembur rambut yang tidak mengeraskan rambut. Anda mahukan yang lebih basah, boleh gunakan gel rambut. 

 

By Khairul Abidin
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

mile apo

LIVESTREAM – SAKSIKAN PEMENTASAN DIOR MEN WINTER 2024 DI SINI

Bacaan Lanjut

SOLUSI MASALAH RAMBUT BERMINYAK

Bacaan Lanjut

FIRST LOOK: KONSEP BAHARU BUTIK DIOR DI THE EXCHANGE TRX

Bacaan Lanjut

5 SYAMPU TERBAIK UNTUK RAMBUT GUGUR LELAKI

Bacaan Lanjut

#GLFIRSTFESYEN PERTUNJUKAN DIOR MEN WINTER 2023 – LIVESTREAMING

Bacaan Lanjut

ANTARA POMADE, GEL DAN WAX YANG MANA PILIHAN ANDA?

Bacaan Lanjut