Skip to content

FIRST LOOK: KONSEP BAHARU BUTIK DIOR DI THE EXCHANGE TRX

Kongsikan artikel ini

Label fesyen Paris, Dior kini membuka pintu butik terbaharu mereka di Malaysia yang terletak di The Exchange TRX dengan memperkenalkan konsep baharu di rantau Asia.

Destinasi beli-belah yang paling hangat di Kuala Lumpur hari ini dengan barisan jenama-jenama ternama dunia. Terbaharu, The Exchange TRX membuka pintu kepada rumah fesyen Perancis, Dior kepada peminat fesyen yang mahukan kelainan. Ini merupakan butik Dior ketiga di Kuala Lumpur selepas Suria KLCC dan Pavilion KL.

dior trx

Sebaris dengan butik jenama-jenama high-end antarabangsa, butik Dior terbaharu ini terletak di aras bawah (ground floor) di pusat beli-belah ini. Sejak pembukaan The Exchange TRX pada akhir tahun lalu, pengunjung sudah dapat melihat lokasi butik Dior yang masih dalam proses renovasi. Hari ini, ia sudah dibuka kepada pengunjung dengan memperkenalkan konsep baharu yang pastinya menarik perhatian.

dior men

Konsep Baharu Butik Dior Untuk Rantau Asia

Butik dengan keluasan 8100 kaki persegi ini menampilkan konsep baharu untuk pasaran Asia. Melangkah masuk, pengunjung dapat melihat seni dekorasi yang diperkenalkan berlatarkan dinding dalam warna krim. Ia menggabungkan material kayu yang menerbitkan sisi mewah, selain pemilihan karpet yang sepadan dalam mewujudkan susasan yang harmoni. Bahagian lelaki pula memberikan kelainan pada pemilihan karpet biru yang memberikan sisi lebih maskulin.

dior Malaysia

Selain koleksi pakaian sedia pakai, butik baharu ini menampilkan rangkaian aksesori kulit terhangat seperti beg tangan, kasut dan tali pinggang buat lelaki dan wanita. Tidak ketinggalan, pengunjung dapat melihat seleksi perhiasan kemas, topi dan cermin mata yang ditawarkan musim ini. Antaranya beg tote mini Safari North-South dan kasut sniker B57 terbaharu.

dior trx

Buat wanita, pengunjung dapat melihat koleksi Cruise 2024 yang berinspirasikan Mexico daripada Pengarah Kreatif Wanita, Maria Grazia Chiuri. Manakala, peminat koleksi lelaki pula boleh mendapatkan himpunan Musim Bunga 2024 daripada Pengarah Kreatif Lelaki, Kim Jones.

dior Malaysia

Peminat Dior boleh melangkah masuk ke butik terbaharu dengan konsep segar ini bermula hari ini.

 

Baca lebih lanjut: 15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG DISEMBER 2023

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

AURUM THEATRE LANCAR PENGALAMAN HIBURAN ULTRA-MEWAH TERBESAR DI THE EXCHANGE TRX

Bacaan Lanjut
Uniqlo trx

APA YANG MENARIK DI STOR UNIQLO TERBESAR MALAYSIA DI THE EXCHANGE TRX?

Bacaan Lanjut
mile apo

LIVESTREAM – SAKSIKAN PEMENTASAN DIOR MEN WINTER 2024 DI SINI

Bacaan Lanjut
cha eun-woo

CHA EUN-WOO MELANCARKAN STOR SKECHERS TERBAHARU DI THE EXCHANGE TRX

Bacaan Lanjut
Aiman Hakim Ridza

“MEN ARE MADE HOW MEN SHOULD BE.” – AIMAN HAKIM RIDZA, GLAM LELAKI JANUARI 2024

Bacaan Lanjut

ONITSUKA TIGER RAI ULANG TAHUN KE-75 BERSAMA ASTRO BOY

Bacaan Lanjut