Skip to content

must watch December 2023

15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG DISEMBER 2023

Kongsikan artikel ini

Dari filem “Malbatt: Misi Bakara” kepada siri “Gyeongseong Creature” lakonan Park Seo-joon, laman penstriman utama membariskan 15 rancangan yang ‘must watch’ sepanjang Disember 2023.

Tahun 2023 bakal melabuhkan tirai tidak lama lagi. Laman penstriman seperti Netflix, HBO GO, Prime Video dan Disney+ Hotstar tidak ketinggalan melancarkan pelbagai siri, filem, dokumentari dan rancangan realiti baharu buat peminat televisyen di Malaysia. Dari filem tempatan, “Malbatt: Misi Bakara” kepada siri “Gyeongseong Creature” lakonan Park Seo-joon dan Han So-hee, laman penstriman utama membariskan 15 rancangan yang ‘must watch’ sepanjang Disember 2023.

Berikut adalah 15 rancangan baharu yang must watch sepanjang bulan Disember 2023 ini:

1. Malbatt: Misi Bakara (Netflix)

Tarikh tayangan: 24 Disember 2023

malbatt misi bakara

Pelakon: Bront Palarae, Shaheizy Sam, Hairul Azreen, Zahiril Adzim, Iedil Dzuhrie Alaudin, Adlin Aman Ramlie, Fauzi Nawawi, Tony Eusoff, Syazwan Zulkifli, Dafi Ismail Sabri, Taufiq Hanafi, Nafiez Zaidi, Dini Schatzmann, Gambit Saifullah, Theebaan G, Safwan Nazri dan Ikhram Juhari

Sinopsis: Filem ini berdasarkan kisah benar pada tahun 1993 dan menyelami keberanian anggota 19 Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD) Mekanis dari Batalion Malaysia (MALBATT). Mereka ditugaskan untuk menyelamatkan askar-askar Amerika Syarikat yang terperangkap di Pasar Bakara, Mogadishu, ibu negara Somalia, dalam kejadian Black Hawk Down.

 

Baca lebih lanjut: HAIRUL AZREEN UMUM BERHENTI BERLAKON

 

2. BTS Monuments: Beyond The Star (Disney+ Hotstar)

Tarikh tayangan: 20 Disember 2023

BTS

(Photo by Big Hit Entertainment/AMA2020/Getty Images via Getty Images)

Pelakon: Kim Namjoon, Kim Seokjin, Min Yoongi, Kim Hoseok, Park Jimin, Kim Taehyung, Jeon Jungkook, dan ARMY

Sinopsis: Menampilkan temu bual, persembahan dan momen belakang tabir bersama RM, Jin, SUGA, j-hope, Jimin, V dan Jung Kook. Siri dokumentari ini akan membawa peminat melayari perjalanan karier 10 tahun BTS yang penuh warna ke puncak kejayaan. Dua episod akan ditayangkan setiap minggu.

 

3. Taking on Taylor Swift (HBO GO)

Tarikh tayangan: 1 Disember 2023

Taylor swift

Sinopsis: Dalam penguasaan Taylor Swift melalui konsert jelajah Eras Tour di seluruh dunia dan layer perak, CNN menyiasat saman tuntutan mahkamah yang dibawakan oleh penulis lagu, Sean Hall dan Nathan Butler pada lagu hit “Shake It Off”. Diterbitkan oleh unit FlashDocs CNN, dokumntari ini mengeksplorasikan kreativiti, kredit dan sempadan antara menghormati atau apropriasi budaya.

 

4. My Man Is Cupid (Prime Video)

Tarikh tayangan: 1 Disember 2023

my man is cupid

Pelakon: Jang Dong-yoon & Nana

Sinopsis: Cerita ini mengisahkan tentang percintaan antara mahkluk pari-pari dan seorang Wanita. Cheon Sang-hyuk adalah seorang pari-pari cinta yang kehilangan sayapnya dalam kemalangan yang terjadi 500 tahun lalu. Sejak itu, dia telah menjalani kehidupan sebagai seorang manusia. Dia berjumpa dengan Oh Baek-ryun, iaitu seorang pakar bedah haiwan yang kejelitaannya menarik perhatian ramai. Tetapi, semua lelaki yang cuba untuk mendekatinya akan mengalami kemalangan yang luar biasa. Adakah mereka berdua yang sentiasa malang dalam percintaan ini akan bernasib baik kali ini?

 

5. Sweet Home: Season 2 (Netflix)

Tarikh tayangan: 1 Disember 2023

sweet home season 2

Pelakon: Song Kang, Lee Jin-wook, Jin Young and Lee Si-young.

Sinopsis: Penduduk Green Home Apartments , termasuklah Cha Hyun-su perlu berhadapan dengan mahkluk raksasa untuk keluar ke dunia luar. Mereka yang terselamat kini mula menetap di sebuah stadium baseball untuk menyelamatkan diri daripada terkena jangkitan.

 

Baca lebih lanjut: JI CHANG-WOOK MELANCARKAN PEMBUKAAN BUTIK RADO DI KUALA LUMPUR

 

6. Soundtrack #2 (Disney+ Hotstar)

Tarikh tayangan: 6 Disember 2023

soundtrack #2

Pelakon: Geum Sae-Rok, Steve Noh, dan Demian

Sinopsis: Peminat muzik, Hyun Seo dan Soo Ho yang merupakan ahli kumpulan muzik kolej jatuh cinta. Mereka Bersama hampir setiap hari selama enam tahun. Tetapi, tekanan yang dihadapi mereka selepas graduasi telah memisahkan mereka. Empat tahun kemudian, jodoh membawa mereka berjumpa kembali. Mampukah cinta bermula sekali lagi?

 

7. Tukar Tambah Nasib (Prime Video)

Tarikh tayangan: 6 Disember 2023

 

tukar tambah nasibPelakon: Aghniny Haque, Dion Wiyoko, dan Darius Sinathrya

Sinopsis: Juruwang di sebuah kedai serbaneka, Naya berhadapan dengan pelbagai dugaan sepanjang hidupnya. Satu hari, dia menerima jemputan daripada stor misteri untuk menukar nasib hidupnya dengan orang lain. Tapi, setiap pertukaran menandakan satu pengorbanan ke atas mereka yang dekat dengan dirinya.

 

8. Blue Beetle (HBO GO)

Tarikh tayangan: 1 Disember 2023

blue beetle

Pelakon: Xolo Maridueña, Adriana Barraza, Damián Alcázar, Raoul Max Trujillo, Susan Sarandon, dan George Lopez.

Sinopsis: Diarahkan oleh Ángel Manuel Soto, filem DC Studios ini mengisahkan tentang Jaime Reyes yang pulang ke rumah selepas tamat pengajian kolej. Dalam usaha mencari arah tuju kehidupannya, dia mendapati dirinya kini pemilik kepada relik kuno daripada bioteknologi mahkluk asing, Scarab. Apabila Scarab itu memilih Jaime sebagai tubuh simbiotik, dia kini memiliki kuasa yang luar biasa dan masa hadapannya berubah kini sebagai superhero.

 

9. Death’s Game (Prime Video)

Tarikh tayangan: 15 Disember 2023

death's game

Pelakon: Seo In-guk dan Park So-dam.

Sinopsis: Siri drama fantasi ini mengisahkan tentang Choi Yee-jae yang sentisa tidak bernasib baik. Dia yang cuba untuk ‘mengawal’ hidupnya telah dihukum oleh Death yang membuat keputusan dengan 12 kehidupan semula. Yee-jae pelu mencari jalan untuk menghentikan hukuman itu sebelum kematian yang selamanya.

 

10. Percy Jackson and The Olympians (Disney+ Hostar)

Tarikh tayangan: 20 Disember 2023

Percy Jackson

Pelakon: Walker Scobell, Leah Save Jeffries, Aryan Simhadri, Virginia Kull, Glynn Turman, Jason Mantzoukas, Megan Mullally, Timm Sharp, Dior Goodjohn, Charlie Bushnell, dan Adam Copeland

Sinopsis: Siri ini mengisahkan tentang budak lelaki separa dewa berusia 12 tahun, Percy Jackson yang mempunyai kuasa luar biasa. Tetapi, dia dituduh oleh dewa Zeus mencuri panahan petir. Dia perlu memulakan pengembaraan merentasi Amerika Syarikat untuk mengembalikan keamanan Olympus. Dua episod baharu akan ditayangkan setiap minggu.

 

Baca lebih lanjut: 5 PERKARA ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU TENTANG PELAKON ‘GADIS KRETEK’, ARYA SALOKA

 

11. John Wick 4 (Prime Video)

Tarikh tayangan: 30 Disember 2023

John wick 4

Pelakon: Keanu Reeves, Donnie Yen, Bill Skarsgård, Laurence Fishburne, Hiroyuki Sanada, Shamier Anderson, Lance Reddick, Rina Sawayama, Scott Adkins, Clancy Brown, dan Ian McShane.

Sinopsis: John Wick menjumpai cara untuk menewaskan The High Table. Tetapi sebelum mengecapi kebebasan, dia perlu berhdapan dengan musuh baharu yang mempunyai hubungan berkuasa di seluruh dunia.

 

12. Gyeongseong Creature: Season 1 Part 1 (Netflix)

Tarikh tayangan: 22 Disember 2023

Gyeongseong Creature

Cr. Lim Hyo Sun/Netflix © 2023

Pelakon: Park Seo-joon, Han So-hee, Soo Hyun, Kim Hae-sook, Jo Han-chul dan Wi Ha-joon

Sinopsis: Gyeongseong, 1945. Di bawah penjajahan Jepun di Korea, seorang usahawan dan penyaisat perlu berjuang untuk hidup dan berhadapan dengan makhluk yang lahir daripada ketamakan manusia.

 

13. Berlin (Netflix)

Tarikh tayangan: 29 Disember 2023

berlin money heist

Cr. TAMARA ARRANZ/NETFLIX © 2022

Pelakon: Pedro Alonso, Najwa Nimri, Itziar Ituño, dan Michelle Jenner.

Sinopsis: Kembali ke zaman kegemilangannya sebelum “Money Heist”, Berlin dan kumpulannya berkumpulan di kota Paris. Mereka kini merancang untuk melakukan rompakan yang terhebat.

 

14. Reacher Season 2 (Prime Video)

Tarikh tayangan: 15 Disember 2023

reacher season 2

Pelakon: Alan Ritchson, Maria Sten, Ferdinand Kingsley, Serinda Swan, Shaun Sipos dan Karla Dixon.

Sinopsis: Veteran penyiasat polis tentera, Alan Reacher menerima mesej kod yang menyatakan bekas ahli unit ketenteraannya dibunuh seorang demi seorang. Dia kini Bersama tiga bekas ahli pasukannya memulakan penyiasatan untuk menyelesaikan misteri tersebut.

 

15. Indiana Jones & The Dial of Destiny (Disney+ Hotstar)

Tarikh tayangan: 1 Disember 2023

indiana jones

Pelakon: Harrison Ford, Phoebe Waller-Bridge, Antonio Banderas, John Rhys-Davies, Toby Jones, dan Boyd Holbrook

Sinopsis: Indiana Jones kembali dengan mencari dial legenda yang berkuasa untuk mengubah sejarah. Bersama cucunya, dia kini berhadapan dengan Jürgen Voller yang merupakan seorang bekas Nazi yang bekerja untuk NASA.

 

Foto: Netflix Malaysia, Disney+ Hotstar, HBO Asia & Prime Video

Baca lebih lanjut: 15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG NOVEMBER 2023

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

new show February 2024

15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG FEBRUARI 2024

Bacaan Lanjut
rancangan baru January 2024

15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG JANUARI 2024

Bacaan Lanjut
Death's Game Kdrama

DEATH’S GAME, SIRI PRIME VIDEO TERBARU DIBINTANGI SEO IN-GUK DAN PARK SO-DAM

Bacaan Lanjut

TOP 10 FILEM TERBAIK SEPANJANG 2023

Bacaan Lanjut
must watch November 2023

15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG NOVEMBER 2023

Bacaan Lanjut

CALVIN KLEIN MERAIKAN KOLEKSI MUSIM LURUH 2023 BERSAMA JUNG KOOK

Bacaan Lanjut