Skip to content

Arya Saloka

5 PERKARA ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU TENTANG PELAKON ‘GADIS KRETEK’, ARYA SALOKA

Kongsikan artikel ini

Arya Saloka membintangi siri Netflix, “Gadis Kretek” sebagai Lebas yang turut menampilkan barisan pelakon berbakat seperti Dian Sastrowardoyo, Ario Bayu dan Putri Marino.

Namanya belum lagi sehebat nama-nama pelakon Indonesia lain. Tetapi, Arya Saloka mula mencuri perhatian peminat tempatan selepas membintangi siri hangat Netflix, “Gadis Kretek”. Siri yang popular itu turut menampilkan barisan pelakon berbakat seperti Dian Sastrowardoyo, Ario Bayu dan Putri Marino.

Arya saloka

Foto: Instagram @arya.saloka

Arya Saloka mula terkenal selepas membintangi siri sinetron popular, “Ikatan Cinta” bersama Amanda Manopo. Pada tahun 2024, peminat boleh menyaksikan pelakon berusia 32 tahun itu berkongsi skrin bersama bintang jelita, Anna Jobling dalam filem “Lembayung”. Filem yang menampilkan Baim Wong sebagai sutradara itu turut akan dibintangi oleh Taskya Namya, Daffa Wardhana, Tio Pakusadewo, Paula Verhoeven, Asri Welas, Mario Maulana, dan ramai lagi.

 

Berikut adalah 5 perkara yang anda mungkin tidak tahu mengenai Arya Saloka:

1. Bintang Cancer

Arya saloka

Foto: Instagram @arya.saloka

Arya Saloka Yuda Prawira Surowilogo atau popular dengan nama pentas Arya Saloka dilahirkan pada 27 Jun 1991 di Denpasar, Bali di Indonesia. Pelakon dan model berbintang Cancer itu berketurunan Minangkabau dan India.

Dia merupakan anak kepada pasangan Hardono Surowilogo dan Murtiningsih Hardono. Dia mempunyai seorang kakak bernama Diah Pramesty Pramaiswara Surowilogo, dan adik bernama Ilham Donny Prakoso Surowilogo.

2. Ketinggian Arya Saloka

Arya saloka

Foto: Instagram @arya.saloka

Pelakon itu mempunyai ketinggian 1.75 meter atau 5 kaki 9 inci. Dia mendapatkan pendidikan tinggi di Universitas Negeri Malang dalam jurusan Teknik Informatik. Dia memulakan kariernya sebagai bintang FTV sejak tahun 2011 lagi. Pada tahun 2012, dia membintangi drama pertamanya berjudul “Malaikat Tanpa Sayap” daripada produksi Starvision.

Nama Arya Saloka mula menjadi bualan peminat selepas memegang watak Guntoro dalam siri sinetron “Get Married The Series 2” pada 2013. Dalam siri tersebut, dia bergandingan dengan barisan pelakon seperti Acha Septiasa dan juga Alessia Castaro.

3. Bapa Kepada Seorang Anak

anak Arya saloka

Foto: www.wowkeren.com

Arya bukan lagi bujang. Dia sudah bernikah dengan Putri Anne pada 2017. Hasil perkahwinan tersebut, dia kini sudah bergelar seorang bapa kepada seorang anak lelaki.

Walau bagaimanpun, terdapat desas-desus yang menyatakan rumah tangga mereka kini sedang mengalami masalah. Ada juga berita dari seberang yang menyatakan mereka sudah pun berpisah.

4. Juara Badminton Indonesia

Arya saloka badminton

Foto: Instagram @arya.saloka

Berlangsung di Istora Gelora Bung Karno Senayan, Jakarta, Arya telah menjuarai pertandingan badminton Vindes Sport yang berjudul Tepok Bulu 2023. Dalam pertarungan acara beregu campuran bersama Ziva Magnolya telah menewakan musuh tradisi badminton serantau dari Malaysia.

Pasangan Indonesia itu telah menentang pasangan selebriti dari Malaysia iaitu Atu Zero dan Atita Haris yang berlangsung sehingga ke set penentuan. Mereka menang dengan keputusan 21 – 18, 14 – 21 dan 23 -21.

5. Gadis Kretek

gadis kretek

Cr. Courtesy of Netflix © 2023

Dalam siri popular Netflix ini, Arya memegang watak Lebas Abimanyu Soeraja yang merupakan salah seorang anak Soerja atau Raja lakonan Ario Bayu dan Pritt Timothy. Bersama Arum yang dilakonkan oleh Putri Marino, Lebas berusaha untuk mencari kekasih lama bapanya yang Bernama Dasiyah yang dilakonkan oleh Dian Sastrowardoyo.

“Gadis Kretek” boleh ditonton secara eksklusif melalui laman penstriman, Netflix.

 

Foto: Instagram & Netflix

Baca lebih lanjut: 5 FILEM HEBAT LAKONAN AKTRES GADIS KRETEK, DIAN SASTROWARDOYO

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

NADHIR NASAR, THE LUCKY STRIKE!

Bacaan Lanjut
rancangan raya 2024

5 RANCANGAN ANDA BOLEH ‘LAYAN’ SEPANJANG HARI RAYA INI

Bacaan Lanjut
must watch April 2024

15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG APRIL 2024

Bacaan Lanjut
Coach Malaysia

COACH LANCAR INSTALASI IMERSIF RAMADAN DI PAVILION KL

Bacaan Lanjut

COACH KINI MEMBUKA THE COACH RESTAURANT PERTAMANYA DI JAKARTA

Bacaan Lanjut
new shows march 2024

15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG MAC 2024

Bacaan Lanjut