Skip to content

5 FILEM HEBAT LAKONAN AKTRES GADIS KRETEK, DIAN SASTROWARDOYO

5 FILEM HEBAT LAKONAN AKTRES GADIS KRETEK, DIAN SASTROWARDOYO

Kongsikan artikel ini

Dian Sastrowardoyo mencipta nama dalam industri hiburan Indonesia sejak awal 1996 namun hanya dikenali di Malaysia sekitar tahun 2000-an.

Memulakan kerjaya sebagai model, dia melangkah ke dunia lakonan menerusi filem indie Bintang Jatuh pada 2000. Bagaimanapun filem keduanya, Pasir Berbisik pada 2001 yang menaikkan namanya di Indonesia. Menjayakan watak remaja pelarian bernama bernama Daya, Dian Sastrowardoyo dinobat sebagai aktres terbaik pada 2002 di Deauville Asian Film Festival di Perancis dan Singapore International Film Festival.

Sejak itu aktres berusia 41 tahun ini telah menghidupkan pelbagai karakter dalam filem menerusi bakat luar biasanya. Malah dia pernah muncul sebagai cameo dalam filem Puteri Gunung Ledang lakonan Tiara Jacquelina dan M Nasir pada 2004. Terbaharu bintang berketurunan Jawa ini muncul menerusi siri Netflix, Gadis Kretek yang meraih pujian daripada peminat dan pengkritik.

Berikut lima filem terbaik Dian Sastrowardoyo yang anda wajib tonton

 

1. Ada Apa dengan Cinta? (2002)

Turut dibintangi oleh: Nicholas Saputra, Ladya Cheryl, Adinia Wirasti, Sissy Prescillia

Skor IMDb: 7.7/10

Filem yang menaikkan nama aktres ini di Malaysia. Mengisahkan tentang kisah cinta remaja antara Cinta (Dian) dan Rangga (Nicholas) yang datang dari latar belakang keluarga berbeza. Mereka menghadapi pelbagai konflik dan cabaran dalam menjalin hubungan.

 

2. Pasir Berbisik (2001)

Turut dibintangi oleh: Christine Hakim, Slamet Rahadrjo, Didi Petet, Dessy Fitri

Skor IMDb: 7.6/10

Filem ini berkisar tentang Daya (Dian), seorang gadis remaja yang tinggal di sebuah perkampungan miskin berdekatan pantai bersama ibunya, Berlian (Christine). Ayah Daya menghilang saat dia masih kecil, membuatkan ibu menjadi sangat protektif.

Daya sering membayangkan kepulangan bapanya. Kala berbaring di atas pasir, dia merasa seakan pasir itu berbisik kepadanya. Dia turut menanam harapan agar bapanya akan pulang dan membawa dia pergi bersama.

 

3. Kartini (2017)

Turut dibintangi oleh: Acha Septriasa, Reza Rahardian, Christine Hakim, Adinia Wirasti

Skor IMDb: 7.6/10

Filem biografi ini mengisahkan tentang perjuangan Kartini (Dian), aktivis dan pelopor kebangkitan wanita Indonesia. Tokoh ini gigih memperjuangkan hak dan pendidikan wanita pada era penjajahan Belanda. Pada awal abad ke-20, kaum Hawa tidak dibenarkan mendapat pendidikan tinggi.

Bersama dua adik-beradiknya, Roekmini dan Kardinah, Kartini menubuhkan sekolah untuk wanita dan kaum miskin serta mewujudkan peluang kerja untuk rakyat di Jepara dan sekitarnya.

 

4. Ada Apa Dengan Cinta? 2 (2016)

Turut dibintangi oleh: Nicholas Saputra, Ario Bayu, Adinia Wirasti, Sissy Prescillia, Titi Kamal

Skor IMDb: 7.2/10

Sekuel Ada Apa Dengan Cinta? ini mengikuti kehidupan Cinta (Dian) yang kini menjadi pemilik Mini Pop Art Cafe di Jakarta. Bersama rakannya, dia menghiburkan Karmen yang semakin pulih daripada ketagihan dadah. Milly telah berkahwin dengan bekas rakan sekolahnya, Mamet dan sedang hamil anak pertama. Maura juga telah berumah tangga dan memiliki empat anak.

Cinta dan rakan-rakannya membuat rancangan bercuti ke Yogyakarta. Namun siapa sangka sebaik tiba di sana, dia terserempak dengan bekas kekasihnya, Rangga (Nicholas). Apa yang menyulitkan keadaan adalah dia kini sudah pun bergelar tunangan kepada Trian.

 

5. Aruna & Lidahnya (2018)

Turut dibintangi oleh: Nicholas Saputra, Ayu Azhari, Hannah Al Rashid, Oka Antara

Skor IMDb: 7.1/10

Filem adaptasi novel ini mengisahkan pengembaraan kulinari Aruna (Dian), Bono, dan Nad untuk mencari makanan enak di pelbagai lokasi di Indonesia. Sambil menikmati hidangan istimewa, mereka terlibat dalam perbualan yang mendedahkan rahsia tersembunyi dari masa lalu.

 

Pautan berkaitan: 5 FILEM & DRAMA TERBAIK MATTHEW PERRY SELAIN FRIENDS

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 FILEM TERBAIK ARIO BAYU, AKTOR BERKARISMA DALAM SIRI GADIS KRETEK

5 FILEM TERBAIK ARIO BAYU, AKTOR BERKARISMA DALAM SIRI GADIS KRETEK

Bacaan Lanjut
Arya Saloka

5 PERKARA ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU TENTANG PELAKON ‘GADIS KRETEK’, ARYA SALOKA

Bacaan Lanjut
must watch November 2023

15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG NOVEMBER 2023

Bacaan Lanjut
RANDY PANGALILA DIKURNIA PUTERA SULUNG

RANDY PANGALILA DIKURNIA PUTERA SULUNG

Bacaan Lanjut
Richard Kyle The Bachelor Indonesia

“SAYA TIDAK MEMPUNYAI ‘TYPE’ YANG SAYA CARI DALAM PASANGAN.” – “THE BACHELOR INDONESIA”, RICHARD KYLE

Bacaan Lanjut
MILLER KHAN AKHIRI ZAMAN BUJANG DENGAN GADIS DARI SEBERANG

MILLER KHAN AKHIRI ZAMAN BUJANG DENGAN GADIS DARI SEBERANG

Bacaan Lanjut