MENGUASAI POLE POSITION BERSAMA JAZEMAN JAAFAR DAN JAM TANGAN BREITLING AVENGER
Pelumba kereta professional, Jazeman Jaafar berkongsi perjalanan kariernya dengan berlumba di litar utama di seluruh dunia bersama keunggulan jam tangan Breitling Avenger terbaharu.
Nama yang tidak asing lagi dalam dunia permotoran di Malaysia dan antarabangsa. Dia telah menonjolkan bakat, keberanian dan semangatnya dengan menguasai litar perlumbaan utama di seluruh dunia. Selain kereta perlumbaannya, jam tangan Breitling juga telah memainkan peranan yang penting dalam karier dan gaya hidup Jazeman Jaafar sebagai seorang atlet.
Koleksi jam tangan Breitling Avenger terbaharu kini menjadi pelengkap kepada perjalanan hidupnya sebagai seorang pelumba kereta profesional. Lebih-lebih lagi kini Jazeman sudah bergelar seorang suami dan bapa muda kepada anak lelakinya. Masa menjadi eleman utama, sama ada di atas litar mahupun dalam kehidupan hariannya. Jam tangan terbaharu Breitling Avenger yang terus menjangkau sempadan teknologi ini terus mencabar legasi penerbangan dengan desain baharu, kuasa supersonik dan fungsi terkini yang tahan lasak.
Koleksi Jam Tangan Breitling Avenger Terbaharu
Jam tangan Avenger kini diperbaharui lebih hebat dan kelihatan lebih unggul dari segi reka bentuk. Dalam memenuhi permintaan di langit angkasa, himpunan arloji ini direka semula dengan perincian penerbangan yang sleek, material yang tahan lasak, dan kuasa tambahan Breitling Manaufacture Caliber 01 pada model kronograf.
Himpunan terbaharu ini datang dalam tiga format. Kronograf A 44 mm, GMT automatik 44 mm, serta automatik 42 mm. Setiap rekaan juga hadir dengan pilihan tali jam tangan kulit tentera dengan gancu atau gelang keluli tahan karat tiga barisan dengan kancing mikro boleh laras. Setiap satu mempunyai ketahanan air sedalam 300 meter. Peminat akan menghargai fungsi genggaman mudah dan reka bentuk yang kalis kakisan masa kini.
A new design, ready for action-fueled adventure. Layari laman web rasmi Breitling untuk mengetahui lebih lajut mengenai koleksi Avenger terbaharu di sini.
Ikuti temu bual eksklusif bersama Jazeman Jaafar yang kini menggunakan jam tangan Breitling Avenger terbaharu:
1. Apakah perkembangan terkini anda tahun ini?
Tahun ini adalah tahun yang mengujakan dan sibuk dalam karier saya. Selain sebagai seorang pelumba kereta professional, saya juga merupakan ahli Lembaga Pengarah untuk Litar Antarabangsa Sepang dan terbaharu saya dilantik sebagai ahli jawatankuasa eksekutif untuk Motorsports Association of Malaysia. Salah satu projek utama saya kini adalah terlibat dalam progam pendidikan yang sudah memasuki tahun ketiga. Kami melatih jurutera dan juruteknik dalam dunia permotoran yang digelar Technology Transfer Apprenticeship Program. Baharu-baharu ini, kami memulakan kerjasama dengan Porsche Motorsports Asia Pasific yang menyaksikan 10 bakat tempatan telah dimasukkan ke dalam program tersebut.
2. Jazeman Jaafar dalam 3 patah perkataan.
Passionate, berkeyakinan dan disiplin.
3. Bagaimana anda bermula dalam dunia permotoran?
Saya bermula pada usia seawal 6 tahun. Bermula sebagai hobi sahaja, saya telah dijemput untuk menyertai perlumbaan gokart. Saya tidak tahu apa-apa mengenai gokart, tetapi pada ketika itu saya melihat ramai kanak-kanak yang menyertai perlumbaan tersebut. Saya memang menyukai dunia permotoran dan mengumpul banyak kereta permainan dan aksesori. Dan dari situlah, bermulalah impian saya untuk menjadi seorang pelumba kereta.
Satu hobi yang bertukar menjadi kerjaya professional. Saya menyertai Petronas Development Talent Program pada usia 15 tahun dan selepas itu saya berlumba dalam Formula 4, Formula 3, Formula 2 dan menjadi development driver untuk Formula 1.
4. Satu perkara ramai yang tidak tahu mengenai Jazeman Jaafar?
Saya tidak melepasi ujian teori untuk mendapat lesen sebanyak empat kali, sangat memalukan.
5. Siapakah ikon anda dalam dunia permotoran?
Saya mempunyai dua orang ikon yang saya sangat kagumi. Di atas litar, saya memandang tinggi Ayrton Senna yang mempunyai kekuatan, keberanian dan semangat percaya pada diri yang tinggi. Beliau telah menguasai litar perlumbaan dengan menjuari trofi kejuaraan Formula One sebanyak beberapa kali. Ia sangat menginspirasikan sebagai seorang pelumba profesional.
Seorang lagi ikon yang saya hormati adalah arwah bapa saya. Dia banyak mengajar saya mengenai disiplin dan berkongsi pengetahuan yang tiada tandingan. Saya tidak akan menjadi diri saya pada hari ini tanpa tunjuk ajar daripada arwah bapa saya.
6. Bagaimana anda bersedia sebelum setiap perlumbaan?
Saya mengamalkan rutin saya yang sudah bertahun-tahun. Saya banyak mendengar lagu-lagu R&B dan hiphop. Rentak lagu itu membuat saya berasa lebih tenang. Saya juga mempunyai ritual di mana saya akan memulakan semuanya pada sebelah kanan. Contohnya pemakaian but dan sarung tangan perlumbaan saya, selain itu saya juga memasuki kereta perlumbaan saya melalui bahagian kanan.
7. Jazeman kini sudah bergelar seorang bapa. Bagaimana anda membahagikan masa antara kerjaya dan keluarga?
Manjadi seorang bapa merupakan satu anugerah pada kehidupan saya. Anak lekaki saya, Jufri adalah pride and joy buat diri saya. Saya cukup gembira apabila pulang dari perlumbaan atau kembara. Senyumannya memberikan perasan gembira yang luar biasa.
Membahagikan masa menjadi elemen yang sangat penting dalam kehidupan saya antara kerjaya, mesyuarat dan perlumbaan saya. Saya berusaha untuk mempunyai masa yang berkualiti bersama anak saya. Terutamanya ketika saya pulang ke rumah dan menemaninya sehingga dia tertidur. Jika saya boleh memendekkan kembara saya, saya akan melakukannya. Sekarang saya mahu menghabiskan masa berkualiti bersamanya.
8. Apakah maksud ‘masa’ pada anda?
Saya seorang yang percaya pada frasa ‘time is money’. Masa itu perlu digunakan dengan cermat. Apabila sesuatu peluang itu datang, jangan sesekali membazirkan masa yang diberikan tetapi perlu dimanfaatkan sepenuhnya.
9. Apakah masa kegemaran anda?
Masa kegemaran saya adalah pada penghujung hari di mana saya dapat menghabiskan masa bersama keluarga. Saya juga dapat menenangkan diri dengan membaca buku dan menceduk inspirasi daripada usahawan muda mengenai kejayaan mereka. Saya juga banyak berkongsi bersama isteri saya yang juga merupakan seorang usahawan. Masa berkualiti bersama pada penghujung hari.
10. Apakah yang anda lakukan jika mempunyai masa terluang?
Saya betul-betul mencintai sukan permotoran. Tetapi jika saya mempunyai masa terluang, saya akan melakukan sukan wakeboarding. Walaupun seorang ataupun bersama rakan-rakan, saya suka berada di dalam air. Saya juga suka meneroka tempat baharu. Kerjaya saya banyak membawa saya mengembara ke seluruh dunia, dan saya banyak bertemu dengan orang baharu yang juga saya suka lakukan.
11. Apakah impresi pertama anda mengenai koleksi Breitling Avenger terbaharu?
Koleksi Breitling Avenger terbaharu merupakan jam tangan statement yang menampilkan rekaan yang menarik perhatian. Saya amat menggemari kombinasi warna yang digunakan. Dan sudah pasti keupayaan jam tangan ini sangat menyeluruh pada saya sebagai seorang atlet dan pelumba profesional, juga dalam kehidupan harian saya.
12. 3 perkara yang anda suka mengenai jam tangan Breitling Avenger?
Saya suka saiz jam tangan ini yang sesuai dengan tangan saya yang kecil. Ianya ringan dan lebih ringan daripada generasi sebelum ini. Dan fungsinya sangat berguna untuk saya guna setiap hari.
13. Kongsikan memori pertama anda bersama Breitling?
Arwah bapa saya mempunyai jam tangan kronograf Breitling dalam warna biru keemasan. Ia antara jam tangan yang ikonik dan mencuri perhatian. Lebih istimewa, ketika saya berkahwin dengan isteri saya, bapa mertua saya mempunyai jam tangan yang sama. Apabila saya mula bekerjasama dengan Breitling, jam tangan pertama saya adalah Breitling Superocean yang juga berwarna biru. Saya berpendapat boldness dan sisi penerbangan yang ada pada Breitling memberikan memori dari masa lepas.
14. Kongsikan momen istimewa anda bersama jam tangan Breitling?
Breitling dan diri saya sudah mengecapi pelbagai kejayaan bersama. Mereka telah bersama saya dalam perlumbaan ketika saya memenangi European Lemans Series dan GT World Challenge Asia bersama Johor Motorsports Racing. Saya berbangga perjalanan saya bersama jenama yang ikonik dan cukup memberikan inspirasi.
15. Nasihat yang anda mahu kongsikan bersama generasi baharu yang mahu melibatkan diri dalam dunia permotoran?
Satu nasihat saya adalah jangan sesekali berhenti untuk mengejar cita-cita. Walaupun satu pintu tertutup, nanti pastinya ada sebuah pintu lagi akan terbuka. It’s always a reminder that the flag you carry is heavier dan more rewarding than any trophy.
Pengarah Kreatif @aizataidid Editor & Pengurus Projek @muzammin Pengarah Seni @ayoi.arif Pereka Grafik @hil.pele Grooming @ezadibrahim Foto @chintooVideo@aunchua @aunshots Pelatih Amali Ronald Henry Lokasi @mresortandhotelkl Outfit Brunello Cucinelli & Sandro Paris
Baca lebih lanjut: THE AVENGER: MISI PENERBANGAN JAM TANGAN BREITLING BAHARU
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 KOLEKSI JAM TANGAN MEWAH BAMBAM GOT7 BUAT ANDA TERGAMAM
Sebagai seorang penggemar fesyen dalam industri muzik, koleksi jam tangan mewah BamBam mempunyai keunikkan tersendiri.
KEMPEN TERBAHARU OMEGA SPEEDMASTER 38MM
Jenama jam tangan mewah OMEGA memperkenalkan kempen media sosial terbaru untuk produk mereka, Speedmaster 38mm.
KEMBARA KECERGASAN LUMINOX BERSAMA GL GANG, IYZDHAM ANGKIMHWA
Luminox meraikan ulang tahun ke-35 dengan memperkenalkan tiga jam tangan Luminox 35th Anniversary Heritage Collection yang penuh legasi dan fungsi kecergasan terbaik.
TIGA EKSPRESI MASA JAM TANGAN FRANCK MULLER LONG ISLAND EVOLUTION TERBAHARU
Jenama horologi Switzerland, Franck Muller memperkenalkan jam tangan Franck Muller Long Island Evolution dengan tiga model yang eksklusif di rantau Asia Pasifik.
MISI HOROLOGI ANGKASA JAM TANGAN OMEGA SPEEDMASTER
OMEGA terus mengorbitkan misi Apollo 8 yang ikonik dengan memperkenalkan jam tangan Dark Side of the Moon terbaharu dalam misi horologi ke langit angkasa.
FAKTA MENARIK MENGENAI PEMANGKU SULTAN JOHOR TUNKU MAHKOTA ISMAIL
Baru-baru ini, TMJ telah dilantik sebagai Pemangku Sultan Johor. Dengan berikutan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim kini memulakan tugas sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17. Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail mempunyai keperibadian yang berjiwa rakyat, praktikal dan berwawasan. Baginda juga yang menjadi kebanggaan Bangsa Johor dari segenap…