Skip to content

BLACKPINK DIUNDANG SEBAGAI TETAMU KEHORMAT DI ISTANA BUCKINGHAM

BLACKPINK DIUNDANG SEBAGAI TETAMU KEHORMAT DI ISTANA BUCKINGHAM

Kongsikan artikel ini

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Begitulah tuah Blackpink apabila dijemput menghadiri majlis makan malam di Istana Buckingham.

Undangan ini berikutan lawatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol dan isteri, Kim Keon Hee ke United Kingdom. Ini sekali gus menjadi pertembungan budaya pop antarabangsa terpenting dalam sejarah.

Jisoo, Lisa, Jennie and Rose antara 170 tetamu yang dijemput hadir pada majlis makan malam tersebut. Blackpink merupakan kumpulan penyanyi wanita kedua diundang ke Istana Buckingham selepas Spice Girls, sewaktu kumpulan Inggeris itu berada di puncak kerjaya mereka pada 1997.

BLACKPINK

Foto: Getty Images

Dalam ucapannya, Raja Charles III memuji Blackpink kerana menggunakan pengaruh mereka untuk meningkatkan kesedaran tentang alam sekitar.

“Saya memuji Jennie, Jisoo, Lisa dan Rose yang lebih dikenali sebagai Blackpink atas peranan mereka dalam membawa mesej kelestarian alam sekitar kepada khalayak global. Bukan sahaja sebagai duta Presidensi COP 26 UK, tetapi juga penyokong Matlamat Pembangunan Mampan UN.

“Menyaksikan generasi muda Korea mempunyai dedikasi untuk tujuan sebegini amat memberi inspirasi. Saya kagum melihat bagaimana mereka boleh mengutamakan isu penting ini dan bergelar bintang global pada masa sama.

“Jika England mempunyai The Beatles, Queen, Harry Potter dan kaki kanan David Beckham, maka Korea mempunyai BTS, Blackpink, Squid Game, dan kaki kanan Son Heung Min,” tambahnya.

Blackpink Terima Pingat Kebesaran

Terdahulu, Raja Charles mengurniakan darjah kebesaran Members of the Order of the British Empire (MBE) kepada Jennie, Jisoo dan Lisa.

Rose turut menerima pingat MBE namun tanpa gelaran ‘kehormat’. Ini kerana mempunyai dua kewarganegaraan termasuk New Zealand, salah satu daripada 14 negara yang dinaungi Raja Charles.

BLACKPINK

Foto: Getty Images

Pernghormatan ini diberikan sempena menghargai peranan mereka dalam mempromosi usaha sidang kemuncak COP26 mengenai perubahan iklim di Glaslow, Scotland dua tahun lalu.

Anugerah ini adalah sebahagian daripada sistem penghormatan Britain yang mengiktiraf perkhidmatan cemerlang individu kepada negara dan dunia.

 

Foto: Getty Images

Pautan berkaitan: BLACKPINK PINTAS KEJAYAAN JUSTIN BIEBER DAN BAD BUNNY

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

BLACKPINK PINTAS KEJAYAAN JUSTIN BIEBER DAN BAD BUNNY

BLACKPINK PINTAS KEJAYAAN JUSTIN BIEBER DAN BAD BUNNY

Bacaan Lanjut
LISA UNGGULI GUINNESS WORLD RECORD KATEGORI K-POP DENGAN PENCAPAIAN KETUJUH

LISA UNGGULI GUINNESS WORLD RECORD KATEGORI K-POP DENGAN PENCAPAIAN KETUJUH

Bacaan Lanjut
KEBENARAN DI SEBALIK FOTO ROMANTIS NEYMAR & LISA BLACKPINK

KEBENARAN DI SEBALIK FOTO ROMANTIS NEYMAR & LISA BLACKPINK

Bacaan Lanjut
10 IKON ASIA YANG MEMBERI IMPAK BESAR TERHADAP DUNIA PADA 2022

10 IKON ASIA YANG MEMBERI IMPAK BESAR TERHADAP DUNIA PADA 2022

Bacaan Lanjut
RAJA CHARLES III USIR PUTERA ANDREW DARI ISTANA

RAJA CHARLES III USIR PUTERA ANDREW DARI ISTANA

Bacaan Lanjut

BUAT KEJUTAN DI JERMAN, TAYLOR SWIFT MENANG BESAR DI MTV EMAS 2022

Bacaan Lanjut