LISA UNGGULI GUINNESS WORLD RECORD KATEGORI K-POP DENGAN PENCAPAIAN KETUJUH
Ahli kumpulan Blackpink, Lisa tidak henti-henti melakar sejarah di persada global.
Baru-baru ini Lisa atau nama sebenarnya Lalisa Manobal mencipta dua lagi Guinness World Record. Ini menjadikan jumlah keseluruhan rekod dunia yang dimilikinya sebanyak tujuh.
Menurut YG Entertainment, album solo Lisa berjudul Lalisa berjaya diiktiraf oleh Guinness World Record sebagai album pertama oleh artis solo K-pop yang meraih satu bilion strim di Spotify. Ia mengambil masa hanya 595 hari. Album solo sulung penyanyi itu dilancarkan pada September 2021 dan menampilkan dua lagu, Lalisa serta Money.
The debut solo album of Lisa from BLACKPINK, 𝐿𝐴𝐿𝐼𝑆𝐴, has become the first album by a solo K-pop artist to reach 1 billion streams on @Spotify – it took 595 days. pic.twitter.com/Yzx9JBHoEF
— Guinness World Records (@GWR) May 9, 2023
Penyanyi Thailand itu mencatat satu lagi rekod global sebagai penyanyi K-pop wanita terpantas memperoleh satu bilion strim menerusi lagu-lagunya. Terdapat tiga lagu yang disenaraikan di bawah nama Lisa di Spotify termasuk lagu kolaborasi SG bersama DJ Snake, Megan Thee Stallion dan Ozuna. Kini dengan kemenangan ketujuh, Lisa dinobat sebagai artis solo K-Pop yang memiliki Guinness World Record terbanyak di dunia.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
BLACKPINK PINTAS KEJAYAAN JUSTIN BIEBER DAN BAD BUNNY
Kumpulan K-Pop tersohor ini tidak henti-henti meraih pencapaian membanggakan sejak menceburi industri hiburan hampir sedekad lalu.
JIMIN PINTAS KEJAYAAN JUNGKOOK DALAM GUINESS WORLD RECORD
Hanya '16 hari' diperlukan Jimin untuk memadam rekod dunia yang dilakar oleh Jungkook dua bulan lalu.
THE WEEKND DINOBAT ARTIS TERSOHOR DI DUNIA DENGAN DUA REKOD GUINNESS BAHARU
Guinness World Records memaklumkan bahawa populariti The Weeknd tidak dapat ditandingi oleh mana-mana artis lain.
KEBENARAN DI SEBALIK FOTO ROMANTIS NEYMAR & LISA BLACKPINK
Bintang Blackpink, Lisa memberi kejutan kepada Blinks baru-baru ini dengan berkongsi fotonya bersama pemain bola sepak Brazil, Neymar.
PUTERA HARRY ATASI REKOD DUNIA MILIK BARACK OBAMA
Memoir Putera Harry berjudul Spare yang dilancarkan pada 10 Januari lalu berjaya memecah rekod yang dipegang oleh Presiden Amerika Syarikat ke-44.
10 IKON ASIA YANG MEMBERI IMPAK BESAR TERHADAP DUNIA PADA 2022
Tahun 2022 merupakan tahun mencabar buat kebanyakan orang, namun bukan untuk barisan ikon terkenal ini.