HAIRUL AZREEN UMUM BERHENTI BERLAKON
Pelakon filem MALBATT: Misi Bakara, Hairul Azreen bersara daripada industri lakonan. Pengumuman mengejutkan ini diumumkan dalam segmen radio pada pagi Isnin.
Hairul Azreen Idris, suami kepada Hanis Zalikha menjadi tetamu undangan di Era FM bagi mempromosikan filem terbarunya MALBATT: Misi Bakara lalu terus membuat satu pengumuman mengejut.
HAIRUL AZREEN BERSARA DARIPADA BERLAKON
Melalui video yang dimuat naik oleh pihak radio Era FM di Instagram, Hairul Azreen memberitahu bahawa filem terbabit merupakan lakonan terakhirnya sebelum bersara daripada industri lakonan.
Keputusan yang mengejutkan itu dibuat selepas dia merasakan sudah mencapai impiannya dalam industri lakonan selama lebih 15 tahun. Hairul juga bersyukur terlalu banyak rezeki yang diterimanya sejak dia menceburi dalam dunia hiburan.

Foto: Instagram/era.je
“Saya Hairul Azreen, saya nak mengumumkan yang saya behenti berlakon ‘for good’,” ucap pelakon terkenal itu ketika menjadi artis jemputan dalam segmen 3 Pagi Era.
Kata Hairul Azreen, keputusan tersebut adalah muktamad. Dan sebagai pelakon, dia berbesar hati filem sehebat MALBATT: Misi Bakara menjadi kemunculan terakhirnya. Hairul Azreen memberitahu bahawa dia telah mencapai kesemua impiannya dalam industri hiburan.
“Saya dah buat semua benda, saya dah jadi pelakon stunt, pelakon filem. Kemudian saya doa nak jadi hero filem dan Allah makbulkan pula sekarang saya jadi hero filem aksi dalam Malbatt. Malah filem-filem saya seperti Paskal membuatkan orang mahu jadi tentera” kata Hairul.

Foto: Instagram/Hairul Azreen
“Bila saya berlakon saya akan fokus dengan satu watak, buat badan selama enam bulan sehinggakan tak sedar anak-anak membesar tanpa saya sedari,” tambah Hairul.
Sebagai seorang bapa dia juga mahu berhenti berlakon kerana tidak mahu terlepas peluang melihat dua cahaya mata Yusuf Iskandar berusia enam tahun dan Alisa Aisyah berusia tiga tahun membesar.
“Ada orang tidak sempat tengok ibu bapa kerana sibuk dengan kerja. Ada orang tidak sempat tengok anak-anak membesar,” ujar Hairul lagi.
Pelakon televisyen dan filem ini juga berkata bahawa dia tetap akan aktif di media sosial. Cuma tidak akan kembali ke industri lakonan. Harapan terakhir Hairul Azreen sebagai seorang pelakon mahu meninggalkan pentas seni dengan cara bermaruah. Dan Hairul sentiasa memberi yang terbaik untuk setiap naskah dilakonkan.
Hairul juga mahu penonton menghargai pengorbanannya sebagai pelakon.
Untuk filemnya yang terakhir, selain Hairul Azreen, filem MALBATT: Misi Bakara yang bakal ditayangkan di panggung pada 24 Ogos nanti. Ia turut menampilkan barisan pelakon handalan seperti Bront Palarae, Zahiril Adzim, Shaheizy Sam, Adlin Aman Ramlie, Fauzi Nawawi, Syazwan Zulkifly, Nafiez Zaidi, Theebaan G, Dafi Ismail Sabri, Taufiq Hanafi, Ikhram Juhari, Safwan Nazi, Gambit Saifullah dan Iedil Zuhrie.
Artikel berkaitan: Hairul Azreen – Kebangkitan Seorang Hero
Tags
Artikel Yang Berkaitan
LIMA SELEBRITI DADDY PALING ‘HOT’ DI MALAYSIA
Selamat hari bapa! Berikut adalah lima selebriti ‘daddy’ Malaysia paling ‘hot’ yang sering menjadi bualan ramai.
ANGIN PASANG LELAKI: MASALAH KESIHATAN YANG RAMAI TAK SANGKA BAHAYA!
Angin pasang lelaki berlaku apabila organ atau tisu lemak terhimpit melalui tempat lemah pada otot sekeliling atau tisu penghubung yang dipanggil fascia. Ia sering berlaku di mana dinding perut lebih lemah, seperti di perut atau pangkal paha, dan boleh mempunyai pelbagai sebab.
RECAP GLAM LELAKI RESET: FESYEN TERBAIK SELEBRITI
Sorotan fesyen terbaik dari malam GLAM Lelaki Reset.
HUN HAQEEM VS IKMAL AMRY DI FURY CHAMPIONSHIP
Pertarungan paling dinanti-nantikan telah tiba! Hun Haqeem dan Ikmal Amry tampil luar biasa dalam Fury Championship 2025.
GLAM LELAKI APRIL 2025
Presenting, our favourite boy untuk GLAM Lelaki Mei 2025! ALVN adalah bukti bahawa ketahanan dan evolusi adalah kunci kejayaan.
AUGUSTIN ENG, PASANG IMPIAN BEKERJASAMA DENGAN PEREKA FESYEN LOKAL
Augustin Eng mula dikenali sejak dia aktif berkongsi content menarik di media sosial. GLAM Lelaki mengenali ‘content creator’ muda ini lebih dekat.