15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG NOVEMBER 2023
Dari siri “Gadis Kretek” lakonan Dian Sastrowardoyo kepada pertandingan “Squid Game: The Challenge” serta musim finale “The Crown”, laman penstriman utama membariskan 15 rancangan yang ‘must watch’ sepanjang November 2023.
Bulan ini, laman penstriman seperti Netflix, HBO GO dan Disney+ Hotstar bakal melancarkan pelbagai siri, filem, dokumentari dan rancangan realiti baharu buat peminat televisyen di Malaysia. Dari siri “Gadis Kretek” lakonan Dian Sastrowardoyo kepada pertandingan realiti “Squid Game: The Challenge” serta musim finale “The Crown”, laman penstriman utama membariskan 15 rancangan yang ‘must watch’ sepanjang November 2023.
Berikut adalah 15 rancangan baharu yang must watch sepanjang bulan November 2023 ini:
1. Gadis Kretek [Cigarette Girl] (Netflix)
Tarikh tayangan: 2 November 2023

Cr. Courtesy of Netflix © 2023
Pelakon: Dian Sastrowardoyo, Ario Bayu, Putri Marino, dan Arya Saloka
Sinopsis: Perjalanan cinta dan self-discovery seorang artis yang berbakat diterjemahkan dengan latar industri tembakai di Indonesia pada sekitar 1960an.
Baca lebih lanjut: “SAYA SUDAH SEDIA UNTUK BERKELUARGA.” – DINI SCHATZMANN, GLAM LELAKI NOVEMBER 2023
2. Shooting Stars (HBO GO)
Tarikh tayangan: 25 November 2023

(Photo by: Oluwaseye Olusa/Universal Pictures)
Pelakon: Marquis Cook, Caleb McLaughlin, Avery Serell Wills Jr. dan Khalil Everage.
Sinopsis: Sebuah kisah yang penuh inspirasi mengenai ikon bola keranjang, LeBron James. Ia menceritakan bagaimana dia dan rakan-rakannya, Lil Dru, Willie McGee dan Sian Cotton yang bersatu untuk menjadi pasukan bola keranjang sekolah terbaik di Amerika Syarikat. Ia adalah detik permulaan karier milik salah seorang atlet sukan terbaik di dunia.
3.Vigilante (Disney+ Hotstar)
Tarikh tayangan: 8 November 2023
Pelakon: Nam Joo-Hyuk, Yoo Ji-Tae, Kim So-Jin, Lee Joon-Hyuk, dan Lee Do-Goon
Sinopsis: Ia mengisahkan tentang Kim Ji-yong, yang kehilangan ibunya di tangan seorang gangster ketika dia kecil lagi. Dengan sistem kehakiman yang rosak, dia menyertai akademi polis yang memberikan dia pengetahuan dalaman untuk mencari keadilan. Apabila pihak media membongkar kegiatannya, dia terpaksa mengubah cara untuk menangkap penjenayah dan mengelakkan dirinya daripada ditangkap.
4. All the Light We Cannot See (Netflix)
Tarikh tayangan: 2 November 2023

Cr. Courtesy of Netflix © 2023
Pelakon: Aria Mia Loberti, Louis Hofmann, Mark Ruffalo dan Hugh Laurie
Sinopsis: Dalam detik-detik akhir Perang Dunia Kedua, pengembaraan seorang gadis buta Perancis dan seorang askar Jerman tertembung. Siri drama ini berdasarkan novel tulisan Anthony Doerr yang telah memenangi Pulitzer Prize.
5. Squid Game: The Challenge (Netflix)
Tarikh tayangan: 22 November 2023

Cr. Pete Dadds/Netflix © 2023
Sinopsis: 456 peserta. US$ 4.56 juta dan seorang pemenang. Fenomena global itu kini dijadikan pertandingan sebenar yang diinspirasikan daripada siri popular dan akan menampilkan cabaran baharu yang luar biasa.
Baca lebih lanjut: THE AVENGER: MISI PENERBANGAN JAM TANGAN BREITLING BAHARU
6. A Murder at the End of The World (Disney+ Hotstar)
Tarikh tayangan: 15 November 2023
Pelakon: Emma Corin, Brit Marling, Clive Owen, Harris Dickinson, Harris Braga, Jermaine Fowler, Joan Chen, Raul Esparza, Edoardo Ballerini, Pegah Ferdoni, Ryan J. Hadad, dan Javed Khan
Sinopsis: Siri ini mengikuti Darby Hart, seorang yang bercita-cita untuk menjadi penyiasat. Bersama lapan orang lain, dia menerima jemputan oleh seorang billionaire rahsia untuk mengikuti percutian di sebuah destinasi yang mengagumkan. Apabila salah seorang daripada tetamu tersebut mati, Darby perlu menggunakan bakatnya untuk memulakan penyiasatan dalam kes pembunuhan itu.
7. The Crown: Season 6 Part 1 (Netflix)
Tarikh tayangan: 16 November 2023
Pelakon: Imelda Staunton, Jonathan Pryce, Lesley Manville, Dominic West, Elizabeth Debicki, Olivia Williams dan Khalid Abdalla.
Sinopsis: Musim terakhir buat siri yang telah bikin fenomena di seluruh dunia kini sudah tiba. Ratu Elizabeth II merefleksikan legasi dan salasilah keturunannya apabila Puteri Diana mula mencuri perhatian ramai.
8. The Twilight Saga (Netflix)
Tarikh tayangan: 21 November 2023

Ph: Andrew Cooper, SMPSP
© 2011 Summit Entertainment, LLC. All rights reserved.
Pelakon: Kristen Stewart, Robert Pattinson, Taylor Lautner dan ramai lagi.
Sinopsis: Bermula dengan “Twilight” dan berakhir dengan “Breaking Dawn – Part 2”, siri filem fantasi romantik ini akan menemui peminat dengan kesemua lima filem yang telah berjaya mengutip lebih US$ 3.4 billion di pawagam seluruh dunia.
9. Unexpected Business Season 3: In California (Disney+ Hotstar)
Tarikh tayangan: 1 November 2023
Pelakon: Jo In-Sung, Cha Tae-Hyun dan tetamu jemputan lain
Sinopsis: Pelakon, Jo In-sung dan Cha Tae-hyun mempunyai sebuah kedai runcit di pekan kecil. Musim ketiga ini menyaksikan mereka beroprasi sebuah kedai di Amerika Syarikat, dengan bantuan daripada abrisan selebriti.
10. The Killer (Netflix)
Tarikh tayangan: 10 November 2023
Pelakon: Michael Fassbender, Arliss Howard, Charles Parnell, Kerry O’Malley, Sala Baker, Sophie Charlotte, dan Tilda Swinton
Sinopsis: Terselamat dari hampir terbunuh, seorang pembunuh upahan perlu bertarung dengan majikan dan dirinya sendiri. Dia kini dalam pemburuan antarabangsa selepas kejadian yang terjadi bukan secara personal.
Baca lebih lanjut: ACARA EKSKLUSIF PERSEMBAHAN KOLEKSI TERBAHARU HUGO BERSAMA GLAM LELAKI
11. My Demon (Netflix)
Tarikh tayangan: 24 November 2023
Pelakon: Kim Yoo-jung, Song Kang, dan Lee Sang-yi
Sinopsis: Siri ini mengisahkan tentang perkahwinan kontrak antara seorang gadis waris konglomerat dan mahkluk demon yang kehilangan kuasa. Ia telah memberikan kebahagian sementara kepada mereka, sebelum membawa kepada kejahatan.
12. Shohei Ohtani – Beyond the Dream (Disney+ Hotstar)
Tarikh tayangan: 17 November 2023
Sinopsis: Dokumentari mengenai karier Shohei Ohtani yang bermula di kawasan pedalaman Jepun, sehingga menjadi pemain baseball MLB untuk Los Angeles Angels.
13. The Nun II (HBO GO)
Tarikh tayangan: 1 November 2023
Pelakon: Taissa Farmiga, Storm Reid, Jonas Bloquet dan ramai lagi.
Sinopsis: Sekuel kepada filem pecah panggung “The Nun II” mengikuti Sister Irene yang sekali lagi berhdapan dengan Valak, syaitan biarawati pada 1956 di Perancis.
14. Robbie Williams (Netflix)
Tarikh tayangan: 4 November 2023
Sinopsis: Netflix Documentary ini menampilkan penyanyi yang telah mengecapi populariti sebagai penyanyi solo selepas 25 tahun. Robbie William berkongsi mengenai sejarah dirinya sewaktu muda dan merefleksikan kariernya yang berwarna.
15. Obliterated (Netflix)
Tarikh tayangan: 30 November 2023

Cr. Courtesy of Netflix © 2023
Pelakon: Nick Zano dan Shelley Hennig
Sinopsis: Pasukan elit khas perlu berhadapan dengan serangan berbahaya di Las Vegas. Siri komedi-aksi ini daripada penerbit Cobra Kai.
Baca lebih lanjut: 15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG OKTOBER 2023
Foto: Netflix Malaysia, Disney+ Hotstar & HBO Asia
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 PERKARA ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU TENTANG PELAKON ‘GADIS KRETEK’, ARYA SALOKA
Arya Saloka membintangi siri Netflix, “Gadis Kretek” sebagai Lebas yang turut menampilkan barisan pelakon berbakat seperti Dian Sastrowardoyo, Ario Bayu dan Putri Marino.
5 FILEM HEBAT LAKONAN AKTRES GADIS KRETEK, DIAN SASTROWARDOYO
Selain Gadis Kretek yang tular baru-baru ini, semak beberapa lagi karya terbaik lakonan Dian Sastrowardoyo.
15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG OKTOBER 2023
Dari siri popular “Loki” yang kembali dengan musim kedua kepada dokumentari mengenai ikon bola sepak “Beckham”, laman penstriman utama membariskan 15 rancangan yang ‘must watch’ sepanjang Oktober 2023.
15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG SEPTEMBER 2023
Dari filem “Dungeons & Dragons: Honor Among Thieves” kepada siri popular “Sex Education: Season 4”, laman penstriman utama membariskan 15 rancangan yang ‘must watch’ sepanjang September 2023.
15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG OGOS 2023
Dari siri Manga “One Piece” kepada siri “Star Wars: Ahsoka” terbaharu serta dokumetari Kpop, “NCT 127: The Lost Boys”, laman penstriman utama membariskan 15 rancangan yang ‘must watch’ sepanjang Ogos 2023.
PELAKON KOREA SELATAN, JUNGJAE LEE UNTUK GUCCI VALIGERIA
Jungjae Lee dilantik sebagai duta global Gucci dan menghiasi kempen terbaru Gucci Valigeria. Mengertikan kembara mewah sebenar.