SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-40 G-SHOCK BERSAMA 88RISING
Sempena ulang tahun ke-40 G-SHOCK yang bersejarah, jenama ini singgah ke Kuala Lumpur dalam meneruskan jelajah pop-up di seluruh Asia Tenggara yang bertemakan “Rooted in Toughness” bersama 88rising.
Jelajah G-SHOCK yang dinantikan telah berakhir dan menutup tirai di Pavilion Kuala Lumpur. Bermula dari 23 Oktober sehingga 29 Oktober 2023, acara ini menjadi telah hentian terakhir pengembaraan jelajah yang menakjubkan. Jelajah pop-up ini mempamerkan barisan koleksi Ulang Tahun ke-40 G-SHOCK yang eksklusif. Antaranya termasuklah siri Clear Remix, siri Remaster Black, siri Recrystallized, siri Adventurer’s Stone, dan siri Flare Red. Dan paling utama, jam tangan kolaborasi G-SHOCK x Eric Haze yang sangat dinantikan oleh peminat.
ANTARA KOLEKSI JAM G-SHOCK.

Adventurer’s Stone

Flare Red

G-SHOCK x Eric Haze
Sepanjang acara pop-up selama seminggu ini, pengunjung dapat memulakan perjalanan untuk mendalami kembali ke masa lalu yang menyaksikan evolusi luar biasa jenama jam tangan ini.
Daripada penciptaan G-SHOCK DW-5600C yang menjadi tonggak sejarah dalam teknologi jam digital pada tahun 1983, hingga status ikoniknya saat ini. Ia mencerminkan daya tahan dan inovasi (GA-2100), pengunjung akan memiliki peluang unik untuk menyaksikan transformasi luar biasa jenama ini.
Apabila melihat ke lokasi Pavilion Kuala Lumpur, pengunjung berpeluang melihat susunan yang mengambil inspirasi dari bentuk oktagonal ikonik G-SHOCK 2100. Ia membiaskan rangkuman semangat perjalanan 40 tahun G-SHOCK di dunia horologi.
Acara pop-up ini juga akan menampilkan beberapa artis daripada kolektif muzik terkenal, 88rising. Termasuklah Rich Brian, Warren Hue, Spence Lee, Dumbfounded, Ylona Garcia, Milli, Atarashii Gakko!, Niki, dan Stephanie Poetri. Potret-potret pemuzik ini dengan indah menyampaikan warisan, menyoroti asal usul artis-artis dan imej ketangguhan moden.
KOLABORASI T-SHIRT G-SHOCK DENGAN 88RISING

Kolaborasi G-SHOCK dengan 88rising juga meciptakan pencapaian luar biasa dalam menampilkan jumlah tertinggi artis-artis 88rising dalam satu kempen jenama. Pengunjung juga berpeluang untuk membeli kemeja-t istimewa dengan harga RM 139 setiap satu. Kemeja-t unik ini hanya eksklusif semasa acara dan tertakluk kepada ketersediaan stok.
Jelajah pop-up G-SHOCK “Rooted in Toughness” di Pavilion Kuala Lumpur telah menciptakan suasana yang berwarna-warni dan dinamis. Ia selari dengan jiwa peminat G-SHOCK dan 88rising, serta generasi muda di Malaysia. Lantas memperkenalkan warisan jenama kepada generasi baharu.
Artikel Berkaitan: G-SHOCK MR-G X BRUCE LEE
Tags
Artikel Yang Berkaitan
MARK YOUR CALENDAR: 5 SAMBUTAN YANG BAKAL WARNAI SEPTEMBER DI MALAYSIA
Ketahui 5 sambutan September di Malaysia yang bakal memeriahkan bulan ini, daripada Hari Malaysia hingga festival seni, makanan dan budaya.
APABILA RUMAH JADI KARYA: KENALI 5 PEREKA DALAMAN LOKAL INI
Kenali 5 pereka dalaman lokal Malaysia yang mencipta ruang penuh karakter, daripada gaya minimal hingga mewah, moden dan dekat dengan alam.
LOCAL BEAUTY: 5 JENAMA SKINCARE MADE IN MALAYSIA
Kenali 5 jenama Malaysian skincare yang semakin mencuri perhatian, daripada Tatagaltier, Kayman Beauty, SkynFyx, Safi hingga Good Virtues Co.
NAZIFI NASRI: MINIMALIS, MODERN, & MADE IN MALAYSIA
Nazifi Nasri tampil dengan gaya minimalis dan moden, bahawa identiti serta bakat tempatan mampu mencipta statement dalam dunia fesyen.
MEN’S FASHION WEEK SS27: BARISAN DUTA GLOBAL & BINTANG KPOP YANG DIJANGKA MENGGEGARKAN ‘FRONT ROW’
Jelajahi jangkaan barisan duta global dan bintang K-Pop di pentas Menswear RTW SS27. Ikuti perkembangan trend terkini bersama GLAM LELAKI.
BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF
Boggi Milano melancarkan Koleksi Kapsul Piala Dunia 2026 di TRX. Terokai gaya sukan mewah lelaki urban moden di sini.











